Thursday, August 29, 2013

Kelas Asas Blog

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, saya rasa seronok melihat blog protege-protege saya yang sudah semakin rancak membuat entri.  Masing-masing dengan ilmu dan pengalaman hidup dan kerjaya.  Semoga kami sama-sama dapat berkongsi ilmu di Akademi Bekerja dari Rumah.



Ramai suri rumah yang masih tidak tahu dan tidak pandai membina blog ataupun fanpage.

Dengan niat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dari rumah melalui blog, kini
pendaftaran masih dibuka untuk 2 kelas di bawah:
1.  Kelas Asas blog dan penulisan - Belajar menulis blog yang disukai pembaca.
2.  Kelas Asas Blog dan Fanpage - Khusus buat surirumah yang mahu bermula, kita ajarkan permulaan asas, sebelum kalin boleh berlari dan menyertai lain-lain seminar yang hebat di luar sana. 

Kami menyediakan trek pemula. Jika tidak ada produk, kami sediakan produk.
1. Produk fizikal, produk sunnah, buku
2. Produk digital-ebook
3. Agen periklanan
4. Produk runcit dan borong


Kami kini di akademi bekerja di rumah, menerima pendaftaran hampir setiap hari. Uniknya kelas ini adalah fleksibel, secara online, pendaftaran juga online. Alhamdulillah atas rezeki ini yang kami kongsi bersama.

Mengapa perlu ada blog
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.  Ini adalah pendapatan pasif.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.

 4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.


Bagaimana kelas diadakan?
-Kelas adalah secara online
- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.
-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.

Berminat?
pm saya di Aisah Hussein

Dua Kelas dibuka sekarang:
1. Kelas asas blog dan penulisan (bagi yang ingin berkongsi kepakaran), atau
2. Kelas asas blog dan fan page (bagi yang mahu mula bisnes)


Boleh terus daftar di http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html  

atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com.

Ada banyak teknik mudah untuk pasak di tapak pemasaran facebook dan blog. Kalau mahu yang berbayar boleh sahaja ke seminar pakar IM. Kelas ini bagi kalian yang mahu belajar asas sahaja, blog, fan page dan juga penulisan iklan.

Tips sasaran pelanggan di facebook.
1. Menggunakan fb profile sama ada khusus nama sendiri atau nama kedai tarik 5k pertama sasaran pelanggan.
2. fanpage-tiada had sasaran pelanggan.
3. Gabungkan facebook, fanpage dan blog untuk sasaran pelanggan maksima dan tapak awal kedai.


Blog pengasas di Harian Metro 11.1.2013
Boleh baca di sini 
Blog Pn Masayu Ahmad di Utusan Malaysia
Baca di sini
 

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Berani untuk Berubah
Teks : Saniah Mat Sanat
Sumber: http://saniahmatsanat.blogspot.com/2013/08/berani-untuk-berubah_24.html


Assalamualaikum.

" Berani Untuk Berubah " slogan yang secara spontan keluar dalam minda saya semasa berbual dengan guru online, Puan Aishah Hussein.   Malah saya lebih teruja apabila turut serta dalam kelas online ini berdasarkan konsep ayat sebelas surah Ar- Rad yang bermaksud " Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya " .


Semasa menerima tugasan untuk mengulas tentang kelas online ini dari Puan Aishah Hussein, saya masih tercari-cari apa yang ingin saya tuliskan.  Setelah membaca ulasan-ulasan dari alumni penulis dari rumah, saya tahu perlu menulis dari hati.  Itulah juga tips yang saya baca dari ebook belajar asas blog dan penulisan.  Saya masih tidak percaya sebenarnya saya boleh menulis walaupun saya amat meminati aktiviti membaca buku.  Dorongan dari Puan Aishah Husein dan Puan Masayu Ahmad (pengasas Akademi Belajar Dari Rumah ) amatlah saya hargai.


Kelas yang santai dan mesra sangat membantu saya, tambahan pula saya bukanlah berpendidikan tinggi.  Sebagai seorang surirumah sepenuh masa dan berkahwin semasa muda, saya sebenarnya juga berasa rendah diri.  Melalui kelas ini saya membina keyakinan, tiada yang mustahil apabila kita berusaha.  Terima kasih banyak-banyak buat Puan Aishah Hussein dan Puan Masayu Ahmad.  Allah sajalah yang dapat membalasnya.

Semoga ada manfaatnya.  In shaa Allah.  Astagfirullah.  Wallahu'alam.

Sumber: http://monalitamansor.blogspot.com/2013/09/entri-no-44.html#more

Nama Pelajar: Monalita Mansor
Guru Online: Aishah Hussein

Teks   :  Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

MasyaAllah.  TabarakAllah.  Ini entri saya yang ke 44 secara rasminya.  Maka berakhirlah tugasan saya di dalam kelas Asas Blog, yang saya namakan langkah pertama ini.  Selama 17 hari, rasanya saya melepasi sasaran.  Saya menyasarkan akan menghabiskan entri dalam masa 22 hari.  Alhamdulillah.


Apa yang saya dapat daripada kelas ini?

1.  Sillaturrahmi - itulah rahmat dan rezeki yang tidak ternilai.  Guru dan sahabat sekelas merangkap kakak dan adik-adik yang sangat bermotivasi.  Sangat merendah diri, sentiasa berkongsi maklumat dan tidak kedekut ilmu.

Saya bertemu dengan khalayak rangkaian yang lebih besar, yang saling bahu-membahu di antara satu sama lain.  Ya, pada asasnya kami bersaing.  Cuba memberikan yang terbaik.  Tetapi teknik persaingan dengan merapatkan saf sillaturahmi dengan mengenepikan segala perasaan negatif itulah menjadi harapan semua orang.  

Persaingan yang menjadikan kita sentiasa sayang-menyayangi seperti keluarga.   Persaingan yang perlu dikukuhkan kerana di sini saya menyaksikan para peniaga Cina berjaya merealisasikan impian mereka dengan bersatu.


2.  Keyakinan diri - entah, ini juga rezeki batin yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.  Saya merasakan aura Pn. Masayu Ahmad sudah meresap sedikit demi sedikit.  Selama ini saya mengintai dari jauh kekuatan semangat wanita Kelantan ini. (ini bukan bodek, meminjam semangat!)

3.  Peluang perniagaan - pernah saya katakan pada cikgu saya.  Saya memang  fobia dan trauma untuk berniaga lagi.  Saya begitu takutkan rejection.  Saya takut gagal!  Tetapi, memasuki kelas Asas Blog ini memberitahu saya, untuk berjaya harus bersabar.  Kesabaran daripada berniaga itu ada ganjarannya. 


Dari Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Ada seseorang bertanya, “Penghasilan apakah yang paling baik, Wahai Rasulullah?” Beliau jawab:
عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور
“Penghasilan seseorang dari jerih payah tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad di dalam Al-Musnad no.16628)

5.  Ilmu  -  saya mempunyai blog sebelum ini.  Bagaimanapun tidak mempunyai ilmu khusus melainkan dengan melihat-lihat dan bertanya-tanya pada sesiapa yang sudi menjawab.  Di kelas blog ini, segala persoalan saya dijawab oleh guru yang berpengalaman dan mahir dengan selok belok penghasilan blog.
Sebelum ini saya umpama Kak Aishah dengan anaknya di depan bangunan KLCC, lihat blognya di 
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/gajet-dalam-hidup-seorang-wahm.html

tersenyum seorang diri saya membacanya.  Sekarang, saya boleh menjawab dengan yakin, kau tahu buat blog?  Tahu!
http://online.wsj.com/media/mbh_02.jpg

 













Selain itu, rangkaian guru-guru dan sahabat-sahabat di dalam jaringan Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai blog-blog yang hebat yang boleh dipelajari.  Penting sekali, ada masa untuk bersiar-siar di blog.  Whoops, jangan sampai anak menangis kita biarkan.

6.  Masa  -  Masa yang sangat fleksibel.  Ketika memasuki kelas ini awalnya, saya merasakan sangat tertekan.  Laptop rosak.  Komputer rosak.  Saya hanya ada Blackberry yang saya gunakan untuk melayari FB.  Setiap hari, saya terkocoh-kocoh ke PPAS.  Membina blog, mencantikkannya ditambah pula pada ketika itu ada manuskrip yang perlu saya kemaskan untuk dihantar kepada editor.

Menggunakan BB untuk memasukkan entri memang menyakitkan hati, malah menaikkan angin kumulus nimbus tertimbus!  Saya gunakan pula telefon jenama  Samsung milik anak, alhamdulillah.  Entri boleh diposkan tetapi siksanya menaip umpama menggunakan batang balak sebagai pen di atas sekeping kertas A4!

Gambarnya pula lintang pukang sehingga saya ditegur cikgu.  Tertekan sungguh.  Masuk minggu kedua, omak pulang ke kampung.  Si kecil dua orang tiada pula pengasuh.  Separuh hari saya digunakan pula mengasuh anak saudara yang keletah dan manja itu.  

Begitupun, oleh kerana tiada kekangan masa, semasa mereka tidur lebih kurang dua jam, saya bergelut menaip entri sambil memasak.  Tanyalah cikgu saya.  Sambil mengupas kunyitpun saya masih berada di kelas Asas Blog.  

Kerana itu, saya merasakan kelas ini sangat istimewa.  Selain daripada idea spontan saya menghantar mesej kepada Puan Masayu bertanyakan tentang kelas ini, saya rasakan mereka yang ada di sekeliling saya sekarang membawa rahmat dengan izin-Nya.

Kalau anda belum menyertai kelas ini dan inginkan pengalaman senyaman dan seindah ini, tangan saya sentiasa terbuka menyambut kedatangan anda.  

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan - Fadhlina Yaacob

Sumber: http://fadhlinayaacob.blogspot.com/2013/09/bermulanya-proses-pembelajaran.html

Nama Pelajar: Fadhlina Yaacob
Guru Online: Aishah Hussein

Assalamualaikum wbt,

Semuanya bermula selepas timbul kesedaran saya perlu lakukan sesuatu untuk mengisi masa saya selain dari membuat rutin harian sebagai seorang surirumah.

Alhamdulillah, seorang sahabat baik saya telah membuka lorong memperkenalkan FB Kak Masayu tentang iklan kelas untuk SOHO ni kepada saya Ogos lepas. Sudah lama tercari-cari individu yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Saya rasa saya perlukan bimbingan dari yang berpengalaman walaupun sebelum ni saya dah pernah buat blog saja-saja, suka-suka sampaikan terbengkalai dan saya dah tak ingat apa nama blog tu. hehe

Bermula dengan perkenalan dengan Kak Masayu, beliau telah perkenalkan pula saya kepada Guru Online kami iaitu Kak Aishah. Masa tu sangat teruja untuk belajar sampaikan tak tertanya pun tentang yuran kelas dan lain-lain. Kenal jer dengan Kak Aishah terus mula kelas. Dah diajar cara buat email dan buka akaun blog baru Kak Aishah tanya pasal bayaran. Hahaha.. Punyala semangat nak belajar :D

Pendek cerita, selepas diterangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog & Fanpage memandangkan saya sudah memiliki fanpage di Facebook untuk kedai online saya :)

Yuran kelas yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada saya yang sentiasa mempunyai kekangan untuk menguasai gajet-gajet seperti laptop atau ipad dek kerana berebut dengan anak-anak :D

Kak Aishah memang sangat efisien mengajar kami jika diajukan pelbagai soalan dan juga sabar melayan pertanyaan saya yang agak perlahan pencernaan maklumatnya . Hihi.. Saya memang kurang minat untuk mengetahui tentang fungsi-fungsi komputer atau teknologi maklumat ni. Tetapi walau apapun, kelas berlangsung dengan penuh harmoni dan santai serta sangat mesra seperti sudah lama berkenalan. Memang bagaikan seorang kakak melayan kerenah si adik :D Terima kasih Kak Aishah.

Tidak dilupa juga kehadiran rakan-rakan penulis yang lain yang sama-sama membantu memberikan idea dan pemahaman, Kak Saniah dan Kak Mon yang pertama kali saya kenal di dalam group kelas kami :)

Saya sangat bersyukur ditemukan dengan mereka yang sama-sama berkongsi pengalaman sebagai surirumah dan memberi tunjuk ajar bukan sahaja secara formal juga secara tidak formal. Terima kasih diatas sokongan Cikgu Kak Aishah serta Kak Saniah dan Kak Mon.

Oklah, sampai sini dulu perkongsian bagaimana bermulanya proses pembelajaran melalui tawaran kelas secara online untuk para surirumah ini. Satu usaha yang sangat bagus untuk kami sama-sama menaikkan kredibiliti kami sebagai surirumah yang bukan lagi seperti ibu-ibu atau nenek-nenek kita seperti zaman sebelum ini. Kami juga perlu menyiapkan diri menghadapi dunia masa depan yang lebih mencabar dalam mendidik anak-anak di zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini :)

Sekian dulu daripada saya. Terima kasih buat semua dan anda yang berminat untuk sertai kelas ini, JANGAN teragak-agak lagi untuk menyertainya kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat.

Wassalamualaikum :)

Teks: Fatin Farhana


Assalamualaikum saya ucapkan.

Blog? Tidak pernah terlintas difikiran untuk membuat blog dan tidak pernah sedar, yang sebenarnya, setiap hari saya mencari maklumat serta membaca perkongsian masyarakat di internet itu, rupa-rupanya, blog namanya.

Setelah mengetahui fungsi serta kelebihan blog, apabila Belajar Asas Blog bersama Puan Masayu Ahmad, gembira bukan kepalang saya dibuatnya. Tidak pernah disangka-sangka yang saya akan terlibat dengan pembuatan blog ini.

Pada suatu hari, saya membelek-belek akhbar Utusan, bahagian Gaya Hidup Keluarga Moden [mode] bertarikh 14.02.2013, akhbar itu telah menjadi koleksi terbaru saya. Tiba-tiba mata saya tertumpu pada tajuk Panduan ibu bekerja dari rumah. Saya memang peka jika ada cerita tentang wanita didalam akhbar.

Dengan fokus dan terujanya saya membaca, terus cari di internet Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM,SAHM,SOHO), ketika itu saya belum tahu linknya, lagi bertambah teruja apabila gambar blog di akhbar itu terpampang di skrin komputer, waktu itu juga saya Bookmark dan mencari lagi, tentang pengasas blog tersebut Puan Masayu Ahmad. Selepas membaca beberapa entri dalam blog beliau, di sudut kanan blog terdapat link facebook beliau. Kerana perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang beliau, saya jadikan kawan.

Tidak disangka-sangka pula, saya terlihat post beliau tentang Kelas Belajar Asas Blog, setelah PM dan membuat bayaran, pada hari itu juga kelas bermula. Ya Allah, teruja yang melampau saya pada waktu itu. Alhamdulillah, Puan Masayu Ahmad dikenali sebagai kak Mas, telah mengajar saya dari A-Z tentang asas blog, apa sahaja pertanyaan yang diajukan, segera dijawab, dari tidak faham langsung, sehinggalah saya faham penggunaan blog ini. Yuran yang dikenakan amat berpatutan, tidak ternilai ilmu dan masa yang dicurahkan, dengan wang ringgit.


Belum pun sampai sebulan berguru dengan kak Mas, pelbagai ilmu baru yang telah saya perolehi. Bukan sahaja saya tahu tentang blog, malah pencarian gambar, maklumat untuk entri, link-link yang berkenaan, serta hobi-hobi saya yang telah lama dilupakan telah pun dihidupkan kembali, seperti membaca, mengkaji, menulis, dan banyak lagi. Minda semakin kreatif, semangat ingin berjaya membuak-buak. Selain itu yang gembiranya, sesama rakan blog juga, dapat saya belajar perkara baru daripada mereka, pengalaman mereka  menjadi motivasi dan sumber rujukan bagi saya.

Seronok sebenarnya belajar beramai-ramai, dan belajar di alam maya ini. Tidak perlu berkejar-kejar, tidak membuang masa, setiap masa terluang saya, akan diisikan dengan pencarian maklumat dan banyak pembacaan.


Walaupun tugasan yang diberikan agak mencabar bagi anak muda yang tiada pengalaman dalam penulisan, saya cuba dan terus mencuba, belajar terus menerus bersama guru yang tidak pernah jemu dengan pertanyaan saya, yang bagi saya amat sukar untuk berkenalan serta berguru seperti beliau pada masa kini.

Terima kasih yang tidak terkira kepada kak Mas kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu kepada saya dan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Jika kita lihat, blog memang mudah dibina dan sesiapa pun mampu membuat blog, tetapi untuk mencipta blog yang menarik serta berpengaruh amat sukar jika tiada guru untuk membimbing, bila-bila masa sahaja kita akan ketandusan idea, serta tidak fokus dan akhirnya, blog itu akan terbiar sahaja tanpa entri baru serta penambahbaikan. Banyak juga blog-blog yang saya lawati, terhenti sekerat jalan.


Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat blog yang berpengaruh, dan idea yang tidak putus-putus untuk menulis, carilah guru yang boleh dan ingin membimbing kita. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Insya Allah.

Untuk pendaftaran kelas asas blog
pm saya di Aisah Hussein




Tuesday, August 27, 2013

Makaroni Bakar (Baked Macaroni)

Teks: Aishah Hussein

Alahmdulillah, cuaca yang terang benderang.  Apa pun yang dikurniakan DIA, bersyukur kerana ada nikmat yang tersirat di sebalik setiap pemberianNYA.

Syukur, rezeki yang Allah berikan setiap hari.  Bagi yang ingin menjadi Stay-at-home-mom(SAHM) atau Work-at-home-mom(WAHM), jangan terlalu risau tentang rezeki.  Semua itu kita serahkan kepada Allah. Banyakkan memohon petunjuk dan berserah.  Selepas itu, berusahalah apa yang kita minat.  Inshaallah, akan dipermudahkanNYA.

Hari ini saya ingin berkongsi resipi Baked Macaroni.

Ya Allah, sudah seminggu lebih rasanya saya buat tetapi agak sibuk nak memuat turun gambar.  Nak kata sibuk, sibuk biasa-biasa sahaja, menyiapkan tempahan brownies rakan-rakan di pejabat lama.  Semalam bila buat untuk kali ke 3 selepas raya, maka hari ini kuatkan semangat untuk berkongsi resipi.

Jamuan open house juga sudah bermula.  Setiap hujung minggu penuh dengan jemputan.  Boleh gunakan resipi ini untuk hidangkan kepada tetamu.  Sesekali selitkan hidangan barat di celah rendang dan ketupat.




Makaroni Bakar/Baked Macaroni


Bahan-bahan:
250gm makaroni atau pasta shell atau spiral
1 biji Bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih ditumbuk atau didadu
1 tin tomato puri
Sos cili
Lada sulah
Oregano
Garam secukup rasa

Sos Putih

3 keping Cheese
6 sudu tepung gandum
6 cawan susu segar kotak

Lada sulah
400gm Daging/ayam kisar 
1 tin Cendawan /cendawan segar (optional)
2 sudu butter
Garam/gula/lada sulah
 

Cara-caranya:
1.  Rebus pasta sehingga 3/4 lembut (al dente)
2. Tumis bawang besar dan bawang putih bersama butter.
3. Masukkan daging/ayam dan tumis sehingga warna putih dan airnya kering.
4. Masukkan cendawan,  tomato puri, sos cili, lada sulah dan oregano.
5. Letakkan garam dan gula sedikit, mengikut rasa.
6. Masukkan pasata dan gaul rata.

Untuk sos putih
1. Tumis butter di dalam periuk.
2. Masukkan kepingan cheese yang dicarik-carik.
3. Setelah cheese cair, masukkan susu segar.  Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air.
5. Masak sehingga pekat.

Untuk membakar.
Letakkan makaroni yang telah dimasak tadi ke dalam bekas.  Saya gunakan tray aluminium dan resipi ini mencukupi untuk 3 tray.  Setelah itu tuangkan sos putih ke atas pasta tersebut.
Tabur cheese cheddar di atas sos tersebut dan jika suka boleh taburkan parsley kering.
Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 35min, bergantung kepada oven masin-masing.  Atau bakar sehingga bahagian atasnya garing berwarna coklat keperangan.

Makan ketika ia sudah suam.  Boleh disediakan siap-siap dan simpan di dalam fridge.  Bila tetamu datang panaskan sahaja.  Tetapi jangan disimpan terlalu lama, bimbang cheese tidak tahan lama.  Mungkin sediakan 2-3 hari lebih awal, inshaallah masih boleh tahan cheese tersebut.


Resipi ini saya cari melalui internet. Terima kasih kepada tuan blog kerana perkongsian beliau.  Resipi ini saya sudah olahkan mengikut selera dan keperluan.
Resipi asal: http://dapur-mamasya.blogspot.com

Monday, August 26, 2013

Saniah Mat Sanat - Kahwin Muda dan Tips Rumahtangga

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Berani untuk Berubah
Teks : Saniah Mat Sanat
Sumber: http://saniahmatsanat.blogspot.com/2013/08/berani-untuk-berubah_24.html


Assalamualaikum.

" Berani Untuk Berubah " slogan yang secara spontan keluar dalam minda saya semasa berbual dengan guru online, Puan Aishah Hussein.   Malah saya lebih teruja apabila turut serta dalam kelas online ini berdasarkan konsep ayat sebelas surah Ar- Rad yang bermaksud " Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya " .


Semasa menerima tugasan untuk mengulas tentang kelas online ini dari Puan Aishah Hussein, saya masih tercari-cari apa yang ingin saya tuliskan.  Setelah membaca ulasan-ulasan dari alumni penulis dari rumah, saya tahu perlu menulis dari hati.  Itulah juga tips yang saya baca dari ebook belajar asas blog dan penulisan.  Saya masih tidak percaya sebenarnya saya boleh menulis walaupun saya amat meminati aktiviti membaca buku.  Dorongan dari Puan Aishah Husein dan Puan Masayu Ahmad (pengasas Akademi Belajar Dari Rumah ) amatlah saya hargai.


Kelas yang santai dan mesra sangat membantu saya, tambahan pula saya bukanlah berpendidikan tinggi.  Sebagai seorang surirumah sepenuh masa dan berkahwin semasa muda, saya sebenarnya juga berasa rendah diri.  Melalui kelas ini saya membina keyakinan, tiada yang mustahil apabila kita berusaha.  Terima kasih banyak-banyak buat Puan Aishah Hussein dan Puan Masayu Ahmad.  Allah sajalah yang dapat membalasnya.

Semoga ada manfaatnya.  In shaa Allah.  Astagfirullah.  Wallahu'alam.



Friday, August 23, 2013

Semuanya bermula dengan BLOG

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Alhamduillah, semakin ramai yang mendaftar di kelas asas blog.  Ramai peserta yang sudah ada bisnes tetapi tidak tahu untuk berniaga secara online.  Ada juga yang tiada bisnes tetapi hanya sekadar ingin berkongsi ilmu atau hobi.  Dari hobi juga boleh menjana pendapatan.

Niat kami di Akademi Bekerja dari Rumah untuk mengajar seberapa ramai surirumah untuk menjana pendapatan dari rumah.  Saya sendiri dulu sememangnya sudah tahu untuk membina blog tetapi setakat buat entri sahaja.  Itupun hanya 2,3 entri sahaja, lepas itu ditinggalkan bersawang.  Tetapi selepas mengikuti kelas online dan mendapat bimbingan dari Pn Masayu, alhamdulillah kini banyak ilmu  baru yang saya belajar. Semuanya kami lakukan secara online sahaja.  Kami tidak pernah bersua muka, tetapi alhamdulillah semua arahan diberi melalui arahan nota secara online sahaja.

Cara ini memang cukup senang dan mudah kerana kami faham kebanyakan surirumah memang tiada peluang untuk menghadiri bengkel atau kelas di luar kerana perlu menjaga anak-anak di rumah ataupun bekerja di pejabat.  Semoga dengan adanya saluran ini, kalian dapat menjana pendapatan tambahan untuk keluarga.



Pendaftaran bagi 2 kelas online masih terus berjalan.
Waktu kelas adalah fleksibel.

pm saya Aishah Hussein untuk pendaftaran salah satu kelas dan pertanyaan atau
emel ke noraisah.hussein@gmail.com

1. Kelas asas blog dan penulisan, atau
2. Kelas asas blog dan fan page (bagi yang mahu mula bisnes)





Thursday, August 22, 2013

Iklan Produk Anda di Rangkaian Akademi Bekerja dari Rumah

Teks: Aishah Hussein

Dengan lafaz bismillah, hari ini saya dari Akademi Bekerja dari Rumah ingin melancarkan pakej iklan di Rangkaian Blog Akademi kami.

Untuk pengetahuan pembaca rangkaian blog kami sudah mencecah sehingga 100 blog.  Bilangannya makin bertambah setiap hari.  Blog-blog ini akan menjadi platform bagi mempromosikan produk anda.  Jadi iklan kalian akan mendapat promosi dari rangkaian kami selagi anda masih ingin teruskan dengan pengiklanan selepas tamat tempoh.

Iklan kalian juga akan dipamerkan di dalam ruangan iklan di http://sohodirectory.blogspot.com/

Di bawah adalah pilihan pakej iklan-iklan yang ditawarkan.  Bagi yang baru mula bisnes, boleh ambil pakej yang paling murah sebagai permulaan.  Peluang ini dibuka kepada semua usahawan online dan juga offline.


Pakej Iklan 1:
RM50
1 gambar, link fan page, link blog
Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan

Pakej Iklan 2:
RM100
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan,  1 testimoni produk, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan

Renew iklan RM100 untuk setahun

Pakej Iklan 3:
RM250

2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan

-servis bonus 1: siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes)
-percuma ebook super wahm super mom

Renew iklan hanya RM100 setahun

Pakej Iklan 4:
RM300
2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
Tempoh 12 bulan

-Servis bonus 1: siapkan email dan blog
-Servis bonus 2: siapkan fan page bisnes, borang link produk
Percuma 1: ebook super wahm super mom (bernilai RM25)
Percuma 2: ebook asas blog (bernilai RM50)
Harga sebenar adalah RM375, bayar hanya RM300 sahaja

Renew iklan hanya RM100 setahun.

Tempah ruang iklan sekarang sebelum terlambat.
Hubungi saya di facebook Aishah Hussein atau emel terus ke noraisah.hussein@gmail.com

Tuesday, August 20, 2013

Kehidupan seorang WAHM tidak pernah menjemukan

Teks: Aishah Hussein

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.  Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama tidak mengemaskinikan blog saya.  Sebulan puasa, memang sudah bagi alasan sibuk :).  Sudah habis berpuasa sibuk lagi ya.  1 minggu pertama menghabiskan cuti bersama keluarga menziarah dan pergi kenduri. Minggu kedua sibuk menyiapkan tugasan untuk bengkel program HEARTS yang berbaki 2 hari lagi.

Alhamdulillah, sudah selesai kesemua modul bengkel yang perlu saya hadiri.  Kursus di bengkel tersebut telah diajar oleh Carol Fung, seorang yang memang sudah lama menjalankan bisnes online.  Beliau cuba untuk sampaikan seberapa banyak yang boleh memandangkan masa 4 hari sebenarnya tidak mencukupi jika diikutkan.

Saya kira saya sangat bertuah kerana dipertemukan dengan guru-guru yang tidak kedekut ilmu seperti Pn Masayu Ahmad dan Carol Fung.  Moga semuanya dipermudahkan bagi saya.

Ok saya terpaksa pergi dulu untuk temankan si adik bersarapan.


Wednesday, August 14, 2013

Kunjung mengunjung di bulan mulia

Teks: Aishah Hussein

Hari ini tetamu sudah mula menjengah ke teratak kami.  Alhamdulillah, siang tadi sahabat-sahabat dari jabatan lama berkunjung.  Kalau diikutkan memang tidak cukup masa nak bercerita dan bertanya khabar tetapi bersyukur dapat juga bersua muka.

Malam ini, rakan-rakan en suami yang juga sudah lama tidak bertamu di sini.

Apa yang saya hidangkan adalah campuran hidangan timur dan barat.

Jika berpeluang saya akan letakkan resipi dan fotonya ya.

Saya terpaksa undur diri dulu, nak hidangkan juadah :)

Sunday, August 11, 2013

Jalan-jalan Hari Raya mengeratkan silaturrahim

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, hari ini 4 Syawal.  Bagaimana hari raya kalian? Tentu seronok bagi yang dapat beraya di samping keluarga tercinta.  Mungkin hari ini masih ada lagi sahabat-sahabat yang masih berada di kampong halaman dan mungkin juga ada yang sudah beredar ke rumah masing-masing.

Syukur juga kerana kita masih diberi peluang untuk menjamah pelabagai juadah hari raya. Sejak dari 1 Syawal kita diuji dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah.  Wahai Allah kau ampunilah kelekaan kami ketika menikmati nikmat rezekiMu.

Setelah pulang beraya ke Pahang, hari ini pula kami bergerak ke Perak untuk menghadiri kenduri kahwin saudara di sana.  Moga Allah sentiasa di hati kami ketika menikmati juadah di samping bertemu sanak saudara.

P/s Bagi sahabat-sahabat yang mengirimkan emel tempohari, saya sudah pun membalas.  Jika kalian tidak menerimanya, harap boleh semak di spam folder, ataupun boleh hubungi saya semula.  Terima kasih bagi yang sudi menghubungi saya.  Moga persahabatan kita di alam maya berterusan.

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Lebaran

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Alhamdulillah, setiap hari bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk melakukan ibadah.  Malam ini kita sudah akan melihat anak bulan untuk menentukan sama ada kita akan beraya esok atau lusa.  Tahniah bagi yang berjaya mendapat ijazah di akhir Ramadhan ini.  Bagi yang masih rasa kekurangan, kita sama-sama berdoa moga dipanjangkan umur kita agar dapat bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan dan diberi peluang untuk beribadat dengan lebih baik dari tahun ini. In shaa allah.

Bagi yang sudah pulang ke kampong, berhati-hati di jalanraya.  Bersyukurlah kerana kalian masih ada ibubapa yang menanti kepulangan kalian.  Bagi mereka yang seperti saya, hanya beraya di rumah sendiri sahaja.  Setelah solat raya barulah kami akan bergerak ke pantai timur menziarah sanak saudara yang masih ada di kampong.

Hari raya bukan lagi suatu yang ditunggu-tunggu seperti waktu ketika saya masih kecil dulu-dulu.  Jika dulu, setiap hari menghitung, berapa hari lagi nak puasa.  Sekarang, menghitung hari untuk mula semula berpuasa Syawal.

Tahun ini adalah kali pertama saya beraya sebagai suri rumah sepenuh masa yang bekerja dari rumah.  Tiada bezanya cuma saya tidak perlu fikir nak cuti berapa hari, bila nak mula bercuti , bila nak mula bekerja semula.  Tahun ini lagi seronok kerana anak-anak juga bercuti panjang.  Tetapi memandangkan angah ada peperiksaan besar yang menunggu, jadi cuti panjang adalah untuk dia mengulangkaji.

Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan kepada para pembaca sekalian, walau di mana kalian berada, Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Sepuluh jari saya susun memohon kemaafan sekiranya ada tersilap atau terkasar bahasa yang saya catatkan sepanjang saya menulis di blog ini.

Bagi yang bukan beragama Islam, Selamat bercuti panjang.






Friday, August 2, 2013

Resipi Ramadhan 8.0

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah berkesempatan memasukkan resipi untuk pencuci mulut.  Sesuai dihidangkan sejuk dan dimakan bila-bila masa sahaja.

Puding Kastad Pisang
Bahan-bahan
Pisang yang separuh masak (Pisang Emas/ pisang embun/pisang montel)
Telur putih
Minyak untuk menggoreng
Kuah
Susu cair
2 sudu besar Tepung Kastad
1 cawan Air biasa
2 sudu besar susu pekat

Cara-caranya
1.   Pisang dibelah dua.
2.   Panaskan minyak sedikit di dalam kuali.
3.   Pisang dicelup ke dalma telur putih dan digoreng sebentar sahaja.
4.   Angkat dan asingkan pisang yang telah digoreng.
5.   Di dalam periuk tuangkan susu cair, air, susu pekat dan tepung kastad yang dibancuh dengan sedikit air.
6.  Masak kuah kastad di atas api yang perlahan sehingga sedikit pekat dan menggelegak.
7.  Tuang ke atas pisang yang telah disusun di dalam mangkuk.
8.  Puding boleh dimakan terus atau disejukkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.


Thursday, August 1, 2013

Berserah dan Allah akan aturkan buat kita

Teks: Aishah Hussein

Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang mengatur seluruh kehidupanku.  Setiap dugaanMU adalah pelajaran bagiku.

Seminggu ini, sibuk dan juga kepenatan untuk menghabiskan tempahan cookies.  Lantaran malam tidak mahu terlepas dari peluang beribadat, siang hari harus siapkan tempahan pelanggan di samping mneyediakan juadah berbuka untuk keluarga.  Bau cookies menyelubungi seluruh rumah sehingga ke malam.  Bahang kepanasan oven juga menambahkan rasa panas dalam rumah.

Sangat-sangat bersyukur kerana pada tahun ini, walaupun sumber kewangan sudah tiada dari pihak saya, tetapi kami masih dapat menyediakan pakaian raya untuk anak-anak.  Masih bersederhana seperti tahun-tahun yang lalu.

Tengah hari tadi ke rumah abang mengambil tempahan biskut dari kakak ipar, beliau bertanya "cukup ke belanja kau sekarang? Biasa dah ada gaji banyak tiba-tiba dah tak ada?"   Jawab saya mudah sahaja, memang tak cukup tetapi percaturan Allah itu memang adil.  DIA seimbangkan mana yang tidak cukup dan alhamdulillah masih lagi bertahan.  Apabila kita betul-betul berserah kepadaNYA, nescaya kelak dia kita akan lebih redha di atas percaturanNYA.  Berserah bukan menyerah ya.  Berserah bererti meletakkan diri kita di tanganNYA dan berusaha ke arah petunjuk yang DIA berikan.  Menyerah bererti kita tidak berbuat apa-apa dan menyerah kalah sebelum berusaha.

Doa saya agar pengorbanan saya untuk keluarga diberi balasan dan rahmat oleh Allah.  Andai jika ditanya adakah saya menyesal berhenti kerja, sudah tentu sama sekali tidak.  Saya sangat gembira kerana memiliki masa saya sendiri tanpa perlu terikat dengan orang lain.

Hujung minggu ini saya akan menghadiri kursus untuk modul 3 program HEARTS.  Isnin perlu siapkan tempahan terakhir dari sahabat dari pejabat lama.  Agak ketat jadual tetapi janji harus ditepati. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan oleh NYA.

Apa-apa pun amat bersyukur segala nikmat yang Allah berikan buat masa sekarang.  Terima kasih Allah.



Pendaftaran bagi 2 kelas online masih diteruskan.  Bagi yang ingin menjana pendapatan dan membuat bisnes secara online, boleh daftar di Kelas asas blog dan fanpage.

pm saya https://www.facebook.com/messages/aishah.hussein7 untuk pendaftaran dan pertanyaan atau
emel ke noraisah.hussein@gmail.com

Bagi yang tiada produk, kami sediakan produk untuk mulakan bisnes.

Atau yang mempunyai kepakaran atau hobi yang ingin dikongsi kepada ummah, boleh daftar di kelas asas blog dan penulisan.  Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya di dunia dan di akhirat kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...