Wednesday, February 25, 2015

Sibuk atau buat-buat sibuk :)

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

"Sibuk ke saja-saja buat sibuk?"

Sudah hampir masuk tahun kedua saya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kadang-kadang, terbit di  fikiran saya,

"Kalau lah aku berhenti lebih awal, kan seronok"

"Kenapalah aku tak berhenti kerja lagi awal"

Tetapi sebagai hamba Allah, saya wajib percaya bahawa semua ini sudah tertulis di Luh Mahfuz.  Tiada kebetulan tetapi semuanya sudah ditentukan oleh Allah.

"Kenapa berhenti kerja, tak sayang ke gaji dah banyak" .

"Kenapa tahun 2013 bukan tahun 2001".


Subhanallah.  Semua itu bukan lagi persoalannya.  Semuanya saya sudah bertanyakan pada Allah sebelum saya membuat keputusan untuk menghantar surat perletakan jawatan.  Malah tarikhnya juga saya tanyakan kepada DIA.

{Bak kata Ustaz Kamal, bukan semua hikmah dari Allah boleh difikir dengan logik akal.  Tidak perlu kita persoalkan kenapa.  Terima dengan hati yang redha.  Siapa kita untuk persoalkan ketentuan Allah sedangkan diri kita sendiri pun kita tidak tahu untuk uruskan.}

Tiada bayaran yang lebih mahal yang dapat menawarkan saya untuk kembali bekerja sepenuh masa.  Bukan mendabik dada atau bercakap besar tetapi nikmat yang Allah berikan sekarang terlalu banyak berbanding dengan ketika saya bekerja sepenuh masa dengan wang ringgit yang masuk ke akaun setiap hujung bulan.

Ketika berhenti kerja dulu, hampir semua orang bertanya nak buat apa.
"Do something lah, nanti you will get bored".

Hmm saya hanya tersenyum sebab saya tahu ketika itu Allah yang lebih mengetahui apa yang Dia mahu berikan kepada hambaNya yang tidak punya apa ini.
Niat saya nak berhenti kerja kerana saya mahu berada bersama keluarga di samping pergi ke kelas-kelas agama.

Saya tahu saya tidak akan memiliki wang untuk membeli barang sesuka hati.
Saya tiada kemahiran.  Nak baking pun setakat buat Kek Carrot, muffin dan brownies aje.
Nak bisnes online pun tiada produk nak jual.  Kemahiran nak bisnes pun tidak ada. (Tetapi Allah juga sudah lorongkan saya bertemu dengan sifu Masayu Ahmad ketika itu, walaupun ketika itu saya belum nampak lagi apa yang saya buat itu akan membawa saya ke alam bisnes online.)

Saya mahu ke kelas-kelas agama tetapi saya tidak ada gaji yang tetap untuk membayar kelas-kelas tersebut. (Ketika itu kelas-kelas baking belum masuk dalam senarai saya :) )
Ketika bekerja dulu, kuliah agama PERCUMA diadakan waktu rehat.  Jadi bila sudah berhenti kerja, saya perlu mencari tempat-tempat yang mengadakan kuliah-kuliah sebegini.

Saya hanya mapu berdoa agar Dia permudahkan jalan untuk saya menambah ilmu akhirat.  Alhamdulillah, seorang rakan memaklumkan kepada yang Masjid Bukit Jelutong ada mengadakan kuliah-kuliah agama.  Allah lorongkan jalan untuk saya dapat menghadiri kuliah-kuliah agama dan ia adalah PERCUMA.  Malah setiap hari ada kuliah-kuliah dari penceramah yang bagus-bagus yang tidak pernah saya bayangkan saya akan dapat jika saya  berhenti kerja.  Sehinggakan saya pernah berkata kepada Along,
"Inilah nikmat keseronokan berhenti kerja sebenarnya Along.
Dapat pergi kuliah agama, belajar tajweed, bahasa Arab, macam-macam lagi lah.
Gaji RM5000 pun belum tentu dapat ganti ilmu yang Allah mahu berikan ni."

Setiap hari diingatkan akan kematian yang bakal datang pada bila-bila masa.
Setiap hari diingatkan, apa yang kita lakukan akan dicatat di kitab amalan kita.
Allahurabbi.
Nikmat mana lagi yang mahu kami dustakan.

Ini belum termasuk lagi kesedaran dan ilmu yang saya terima dari Grup whatsapp Al Quran di Hati(AQDH).  Allah lorongkan juga untuk saya bersama mereka yang mengingatkan agar dulu kan hak Allah.  Setiap hari pandanglah Al-Quran sebelum melihat facebook atau sebelum asyik dengan kerja-kerja rumah.
"Kalau dulu nak baca Quran 2 mukasurat pun rasa payah, sekarang 10 mukasurat sehari pun rasa mudah".  Ini antara komen-komen rakan-rakan di AQDH.  Mudah-mudahan berkekalanlah kami di dalam keseronokan membaca kalam Allah.  Bukan setakat membaca tetapi juga membaca terjemahannya.

Ya itulah sebenarnya kesibukan yang saya suka.  Sibuk dengan ilmu akhirat, sibuk mengejar ambil anak-anak.  Sibuk dengan kelas-kelas baking dan juga kelas-kelas blog.  Dan juga sibuk dengan tempahan.  Itupun jika Allah mahu beri.  Hanya DIA yang tahu kemampuan saya.

Atas kesibukan itu juga saya terpaksa menolak untuk kelas offline pada waktu malam.  Kerana siang hari saya sudah kesibukan untuk ilmu dan anak-anak.  Jadi malam hari adalah untuk saya berehat bersama keluarga.
Mohon kemaafan dari saya yang lemah.


============================================================

Namun kelas-kelas offline saya masih buka untuk hari Selasa, Khamis dan Jumaat.  Dan yang terbaru Kelas offline bersama Ciku Zaila di Shah Alam untuk grup kecil 5-10 orang sahaja buat masa ini. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7

Tuesday, February 24, 2015

Kelas Asas Blog + Instagram secara Offline

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Atas permintaan di luar sana, saya bersama Cikgu Zaila akan mengadakan Kelas Asas Blog dan belajar menggunakan Instagram untuk Bisnes secara offline bagi kumpulan kecil.

Yang berminat dan rasa lebih sesuai untuk belajar secara berdepan berbanding online, boleh mula daftar ya.



Yang berminat boleh pm ke fb: aishah.hussein7
atau wassap ke 013-3837768
Tempat sangat terhad.


Wednesday, February 11, 2015

Ulasan Kelas Blog - Roszila Ibrahim

Bismillah. Alhamdulillah penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah berisi tulisan, artikel atau informasi bermanfaat yang diupdate (diperbaharui) secara teratur diakses secara online baik untuk umum mahupun peribadi. Blog juga kombinasi sesebuah teks, gambar, video dan link ke satu blog ke blog. Blog juga laman yang menempatkan pelbagai topik samaada berdasarkan minat, kemahiran atau apa untuk dikongsi. Boleh juga dikatakan sebagai diari online. Kini dengan blog juga dapat menjana pendapatan. Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini tanpa ragu-ragu kerana dengan kelas online blog banyak faedahnya. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pada masa kini seiring perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang semakin meluas. Angan- angan saya memang tinggi dan saya berharap supaya menjadi WAHM yang berjaya seperti yang diharapkan Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.
Niat memang sudah lama untuk belajar blog dan baru sekarang impian dapat direalisasikan.Yang bestnya Kelas Online ini kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan! Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Pada mulanya saya membeli dua ebook dari Anys Idayu untuk bahan bacaan saya, oleh kerana tidak puas membaca ebook jadi saya daftarkakan diri dengan Anys Idayu untuk belajar. Teruja sangat dapat belajar dan berblog kerana ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Yuran Rm 200 dengan percuma 4 ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang berguna.
Kini, saya masih giat menuntut ilmu dan saya berharap supaya dapat menghasilkan blog yang berkualiti. Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke grup Belajar Asas Blog. Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips dari ahli lain. Oleh itu, mulakan sekarang sebelum terlambat.

sumber : http://roszilaibrahim.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas%20Online%20Blog 

Sunday, February 1, 2015

Tips menyimpan sayur dan ulaman dalam petisejuk

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Ramai yang cuti panjang ya bermula dari Sabtu hingga Selasa, terutamanya orang KL.
Bagi ibu-ibu di Selangor, walau cik abang cuti, anak-anak bersekolah.  Jadi tidak ke mana juga lah kami.

Sabtu lepas diberi peluang oleh Allah berjumpa dengan rakan karib.  Walau hanya beberapa jam tetapi cukup untuk kembalikan keceriaan dan mengeratkan hubungan.  Sesekali perlu ada masa untuk ibu juga.

Hanya buah tangan ini yang dapat saya bawa untuk kami(kenapa kami sebab saya pun nak makan juga :) ) sebiji kek Victoria Sandwich.




Sebenarnya saya nak kongsi tips menyimpan ulam-ulaman dalam petisejuk.  Hari ini adalah hari membeli barang-barang basah.  Jadi saya nak kongsikan cara saya menyimpan ulam-ulam supaya segar dan tidak layu.
Selalunya saya akan masukkan dalam bekas plastik khas untuk sayur jenama Tupperware tetapi kalau ketumbar, bila ia sudah lembik akan melekat pada penapis bekas tersebut.  Jadi untuk mengelakkan dari terpaksa mencuci dengan begitu teruk sekali, saya menggunakan plastik dan masukkan sayur-sayur ini.  Ikat plastik dengan getah dan buat tebukan pada plastik tersebut supaya ada ruang untuk keluar masuk udara.  Setelah itu barulah letak plastik-plastik ini ke dalam bekas tupperware tersebut. 
Alhamdulillah, sayur-sayur dan ulam-ulama lebih tahan lama dan penapis bekas tidaklah berbekas hitam dengan sayur yang lebam.


Saya menggunakan plastik yang ada seal( stok lama masih ada lagi) tetapi kalian boleh guna plastik biasa juga.  Cuma kalau plastik biasa perlu guna getak untuk ikat di bahagian atas.  Dan jika menggunakan plastik yang ada "seal", boleh basuh semula setelah habis sayur itu digunakan.

Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...