Monday, June 30, 2014

Idea Bisnes Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Masih belum terlambat bagi yang ingin mencari duit tambahan di bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan 1000 Rahmat. Jika kita seimbangkan dunia dan akhirat in shaa allah, Rahmat itu milik kita. Jika diusahakan, kedua-duanya milik kita.
Lagi tentang idea bisnes makanan di bulan Ramadhan. Antara idea bisnes makanan yang saya rasa sangat memberi kelegaan dan sangat-sangat membantu suri rumah yang sibuk bekerja ialah menyediakan juadah berbuka di bulan Ramadhan. Sasaran pelanggan adalah pekerja-pekerja bujang ataupun suri rumah yang bekerja yang memang terkejar-kejar untuk menyediakan juadah berbuka di bulan puasa. Walaupun diberi pelepasan untuk balik awal di bulan Ramadhan, tetapi dek kerana tuntutan kerja yang perlu diselesaikan dan juga keadaan trafik lalulintas, mereka terpaksa juga pergi ke bazar-bazar Ramadhan untuk membeli lauk-lauk ataupun kuih-muih. Tetapi dengan keaadan harga di bazaar Ramadhan yang makin meningkat dan rasa juadah yang belum tentu sedap, suri rumah lebih percaya untuk membeli dari rakan-rakan yang rapat yang mereka sedia tahu memang sedap dan terjamin kebersihannya.

Ambil peluang ini dengan memberi pilihan kepada rakan-rakan di pejabat untuk membeli lauk-pauk atau pencuci mulut yang sedap dengan harga yang berpatutan. Tukar menu setiap hari agar pelanggan tidak bosan. Bulan Ramadhan hanya 30 hari dan hari bekerja pun hanya lebih kurang 20 hari sahaja, jadi kita sudah boleh sediakan pilihan menu sebelum bulan Ramadhan dan mula emel dan hantar flyer ke pejabat. Dari situ kita sudah boleh agak berapa ramai pelanggan yang berminat dan sudah boleh bajet berapa modal yang diperlukan.

Sepatutnya kalian sudah mula survey sebelum Ramadhan. Tetapi jika baru mahu mula minggu depan, masih tidak terlambat untuk mula. Berikan pilihan menu yang kalian tawarkan. Kemudian follow-up rakan-rakan yang berminat. Telefon atau emel dan ambil terus tempahan kerana anda bukan berniaga di bazaar Ramadhan yang perlu masak berjenis-jenis lauk yang tidak tentu berapa pelanggannya. Anda hanya perlu masak sebanyak mana tempahan sahaja. Cara ini lebih menjimatkan dan memudahkan kalian.

Cari idea bisnes yang menyelesaikan masalah orang, di samping mencari rezeki ia akan memberi pahala kerana membantu orang lain. Tetapi hati mesti niat untuk membantu bukan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain seperti mengenakan harga yang terlalu tinggi. Hilang nak dapat pahala, rezeki yang kita dapat pun tidak berkat.

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Kareem

Teks: Aishah Hussein

Ahlan Wa sahlan ya Ramadhan.
Ramadhan Kareem untuk semua pembaca.

Alhamdulillah.  Tahun ini kami masih diberi peluang untuk berpuasa bersama semua ahli keluarga.  Untuk sahur tadi kami bersahur dengan lauk kegemaran anak-anak dan juga merupakan lauk bersahur turun-temurun :) iaitu Ikan Goreng bergaram.  Tidak susah mana pun resipi cuma anak-anak lebih berselera bila dapat makan lauk ini terutamanya jika menggunakan Ikan Kerisi.

Sambil menulis ini juga saya masih  bayangkan suasana bersahur di kampung.   Lauk ini dihidangkan bersama sambal cili garam atau pun sambal tempoyak di meja makan. Bagaimana saya akan menuruni mata tangga dan mata terus tertumpu kepada meja makan dengan hidangan yang ringkas sahaja tetapi membuat selera hendak makan ketika bersahur itu datang.  Cepat-cepat basuh muka dan terus makan bersama keluarga.  Tidak lupa juga Teh O suam-suam yang manis-manis buah sahaja.  Terima kasih Allah atas kenangan ini.  Masakan air tangan ibu tetap dalam memoriku,  malah ia juga kekal dalam memori Along dan angah walau pun hanya diberi peluang untuk beberapa tahun bersama arwah.  Moga masakan dari air tangan kita juga akan kekal di dalam memori anak-anak.

Untk resipi Ikan bergaram boleh ke sini

==========================================
Kami masih buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islami
5 langkah mudah
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan
tidak perlu
-simpan stok
-COD
-urus penghantaran
Bagi yang mahu dan ingin bersama jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3. Sudah sedia baru daftar ya.



Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7

Saturday, June 28, 2014

Mula dulu baru tahu

Teks: Aishah Hussein

Selamat datang Ramadhan.
Persiapkan diri fizikal dan emosi untuk bertemu Ramadhan.
Mohon kemaafan dari saya andai ada yang menyentuh perasaan rakan-rakan.
Moga kita sama-sama mencapai kemenangan Ramadhan kali ini.
Buat yang terbaik dan serahkan kepada Allah.  Anggaplah ia seperti Ramadhan terakhir buat kita.

Walau Ramadhan, hal-hal dan amanah di dunia juga perlu diteruskan seperti biasa.  Masih mengajar kelas-kelas dan menjawab PM dan emel-emel yang bertanyakan tentang bisnes dari rumah.
Ramai juga suri yang masih bekerja PM dan whatsapp saya bertanyakan tentang kelas online dan bekerja di rumah.  Peluang untuk menjana pendapatan dari rumah memang sangat luas, cuma perlu fokus dan bersungguh.  Saya cadangkan baca dulu ebook dari Puan Masayu Ahmad.  Saya sendiri sebelum hantar surat berhenti, saya mencari di internet tentang wahm.  Saya baca ebook janawang di rumah.  Kemudian mula dengan buat dropship produk buku/ebook serta produk sunnah.  Semuanya saya mula tanpa modal.  Modalnya hanyalah dengan beli ebook dengan harga tidak sampai RM50 ketika itu.  "Turning point" saya ialah apabila saya mula sertai kelas asas blog di bawah bimbingan Puan Masayu.  Baru nampak peluang-peluang bisnes dapat dijalankan hanya dari rumah.

Orang kata kalau nak buat, buat ajelah.  Jangan cakap aje, tapi tidak melangkah langsung.  Selagi tidak mula, kita tidak tahu pahit manisnya.  Tapi sebelum melangkah, perlu rujuk "CEO" ya. Saya mohon petunjuk dari DIA bertahun.  Alhamdulillah, saya tidak menyesal menghantar surat perletakan jawatan saya tahun lepas.

Apabila sudah pandai buat kedai online menggunakan blog, kita boleh buat seberapa banyak kedai lain.  Sama dengan fanpage.  Buatlah seberapa banyak (setakat ini fb tidak menyekat lagi).  Tetapi blog lebih selamat dari fanpage.  Fanpage dikawal oleh facebook.  Andai facebook meroyan, dia blok fanpage, habis macam tu sahaja.  Kalau blog, inshaallah setakat ini tiada gangguan.

Blog juga lebih senang ditemui di carian google.  Contoh blog saya, kalau kalian taip "resipi mudah" , "tips resipi mudah" dan "bisnes makanan", alhamdulillah  blog saya ada di 10 carian teratas.  Kita guna blog sebagai platform untuk mula.  Kumpul duit dulu.  Selepas cukup modal, boleh ambil platform yang berbayar lengkap dengan shopping cart.  Inshaallah, saya percaya kalau niat kita berhenti kerja untuk keluarga kita, Allah akan permudahkan jalannya.

========================================
Menuju 1000 blog di Akademi Bekerja di Rumah bulan Ramadhan ini.
Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coaching
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes--> 5 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7

Wednesday, June 25, 2014

Terima kasih Allah atas setiap rezeki

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Pagi-pagi lagi berkejar ke KLIA untuk menjemput si Along.  Alhamdulillah sudah selamat semuanya.  Banyak lagi tugasan yang sangkut yang perlu diselesaikan sebelum Ramadhan.
Perlu selesaikan artikel untuk majalah.
Esok perlu siapkan tempahan brownies dan kek carrot untuk Jumaat.
Di saat aku tidak meminta, Allah berikan rezeki.  Terima kasih Allah.

Moga Allah berikan masa untuk saya lengkapkan persediaan menyambut Ramadhan.


Monday, June 23, 2014

Kumpulan sokongan penting untuk bisnes

Baca dulu ulasan protege dan Pengurus online ABDR

Teks : Nur Farha Muhamad Khalit
Sumber: http://nurfarhamuhamadkhalit.blogspot.com/2014/06/akademi-bekerja-di-rumah.html

Assalamualaikum
Alhamdulillah.  Belum sebulan saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada hasilnya. Saya mula menjadi Pengurus Online akademi setelah berdaftar dengan Puan Anys Idayu. Kenapa saya tiba-tiba terjebak sebab anak saya yang kedua, Marsya selalu sahaja menangis bila hantar ke taska. Marsya rapat dengan saya kerana dia masih menyusu badan. Saya berniat akan berhenti kerja dalam tempoh 3 atau 4 tahun akan datang untuk menumpukan perhatian pada anak-anak. Saya tidak mahu terlepas melihat perkembangan mereka  Jadi saya tercari-cari alternatif untuk jana pendapatan sampingan untuk cuba melangsaikan hutang saya dan menyimpan supaya saya ada tabungan bila berhenti kerja kelak.

Pada mulanya saya kurang yakin dan rasa takut. Dalam fikiran ini boleh berjaya ke?Masa mula-mula promosi dulu pun tiru sahaja ayat cikgu. Tetapi lama kelamaan saya menjadi yakin & mula promoai dengan ayat saya sendiri. Rasa seronok juga kerana jaringan yang besar di akademi. Di ruangan Facebook saya telah menambah bilangan sahabat dari akademi. Saya belajar cara promosi mereka. Di saat saya rasa sangat lemah & tiada hala tuju, saya akan lawati blog atau FB sahabat yang lain. Bila melihat semangat mereka, berjangkit kepada saya. Malah ada perkongsian ilmu secara tidak langsung antara jaringan yang ada.

Walaupun tidak berjumpa secara fizikal dengan sahabat akademi tetapi melihat ada status yang mendapat like dari sahabat menambahkan lagi semangat yang ada.
Kenapa saya yakin untuk mempromosikan akademi? Sebab saya ingin kongsikan rasa seronok dan kelebihan akademi.

Saya pernah hendak buat dropship dahulu tetapi separuh jalan sebab tiada yang sokong. Semangat membara pada mula sahaja bila tiada yang membeli, akhirnya terkubur begitu sahaja. Dengan menyertai akademi terdapat kumpulan sokongan yang membantu jika tidak faham. Malah cikgu yang sentiasa ada untuk menjawab pertanyaan. Paling berpuashati bila saya memerlukan pertolongan untuk mendapatkan link kepada sahabat lain untuk tujuan promosi, saya akan dapat dengan cepat. Maklum sajalah di waktu saya bekerja tidak boleh melayari internet. Saya kena jaga amanah di tempat kerja. Biasanya bila ada yang bertanya di waktu kerja,  saya akan bagi link dulu untuk baca. Bila waktu rehat atau habis kerja saya akan hubungi mereka semula.
Memang ada yang bertanya tetapi mereka sudah ada menjadi agen atau telah terlibat dengan dropship lain tetapi bila mereka tiada blog & kumpulan sokongan.  Sudah pasti semangat itu tidak konsisten. Jadi persoalannya bolehkah bertahan?

Saturday, June 21, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog - Shuhada Badya

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah, hari ini berada bersama rakan-rakan dalam "Workshop Ramdhan by Design".
Moga saya diberi peluang untuk bertemu Ramadhan pada minggu hadapan.

Sumber: http://shuhadabadya.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-blogging-abdr.html
Syukur ke hadrat allah swt atas kurniaan tunasan idea menyiapkan blog yang baru yang lebih kemas dan tersusun ini. mood perasan sikit hehehehe  Alhamdulillah berjaya menyiapkan branding semula dari blog lama RAHSIA IBU SIHAT ke blog baru ARDA eSHOP =) Yess blog telah lengkap review !!

Saya masih baru, mula sertai Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) pada 19 April 2014, masih baru masih bertatih hehehe namun di luar jangkaan saya, trafik sehingga hari ini telah melebihi 3K !! ALHAMDULILLAH

Baru 2 bulan lebih menyertai keluarga ABDR di bawah seliaan Pn. Anys Idayu Zakaria. Terima kasih cikgu atas ilmu yang diperturunkan semoga mendapat ganjaran pahala yang berlipat-kaliganda dari Allah swt, InsyaAllah. Keperihatinan cikgu dalam segala tunjuk ajar cikgu sangat-sangat membantu !! Pengalaman yang sangat berbeza caranya dari dulu ketika saya terkial-kial belajar sendiri membuat blog dan belajar membuat blog dengan berguru =)

Bagusnya ABDR, saya juga boleh berkenalan dengan kawan-kawan online yang baru, bertukar-tukar ilmu dan pandangan tentang dunia online, blog dan bisnes, suatu pengalaman yang amat membuatkan saya teruja ! serta membina rangkaian blog tersendiri yang mana setiap ahli keluarga ABDR saling bantu- membantu dengan cara berkongsi link blog rakan yang lain di blog masing-masing =)

Manfaat utamanya setiap hari saya akan terima tips-tips yang baru yang sangat berguna untuk rujukan untuk menjadikan blog atau kedai online lebih interaktif supaya sentiasa dikunjungi =)

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah  syukur yang tidak terkata, rezeki dah mula masuk, sale juga semakin rancak, semuanya Anugerah Rezeki Dari Allah swt =)

Wednesday, June 18, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog - Zaridah Hj Hashim

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Minggu yang sibuk kerana mengambil alih tugas sebagai supir untuk anak-anak ke sekolah. En suami menjalankan tugas.  Doa saya moga beliau dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Saya kongsikan lagi ulasan protege di ABDR
Sumber: http://zaridahashim.blogspot.com/2014/06/UlasanKelasAsasBlogDanPenulisan.html
Bagaimana Saya Bermula
Ianya bermula selepas saya terbaca satu artikel Pn. Masayu di Majalah Mingguan Wanita, maka timbul keinginan untuk mengenali beliau dan dalam masa yang sama saya ternampak satu "posting" dari Pn. Anys di FB Pn. Masayu. Lalu saya "add" Pn. Anys sebagai rakan Facebook saya.
Di pendekkan cerita, selepas saya menghantar "PM" kepada Pn. Anys untuk mengetahui matlumat lanjut tentang Kelas Asas Blog Dan Penulisan. Beliau menerangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog Dan Penulisan memandangkan saya perlu mengetahui bagaimana untuk membuat blog dan penulisan yang menarik minat pengunjung.
Perlukan Bimbingan
Sebelum ini saya juga telah mempunyai beberapa blog tetapi saya sangat teruja untuk memperlajari lagi tentang blog kerana selama ini saya hanya "out source" kepada individu yang membuat perkhidmatan "up-grade" blog untuk saya.
Sebenarnya saya rasa saya perlukan bimbingan dari mereka yang berpengalaman kerana saya perlu mengetahui teknik yang betul agar saya tidak meninggalkan blog saya seperti blog-blog saya yang terdahulu.
Harga Berpatutan
Bayaran yuran yang dikenakan untuk menyertai kelas sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada waktu terluang saya kerana saya juga perlu menumpukan kepada bisnes online SHAKLEE saya.
Berpuashati
Secara peribadi, saya sangat berpuas hati dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan yang saya sertai kerana banyak ilmu tentang blog dan penulisan yang telah saya pelajari. Alhamdulilah Cikgu yang mengajar saya juga iaitu Pn. Anys banyak berkongsi pengalamannya tentang penulisan serta memberi tips-tips kepada saya. Syukur kerana saya dapat mengenali beliau dan juga Pn. Masayu.
Saya rasa setakat ini dulu perkongsian dari saya, bagaimana permulaan saya dalam pembelajaran kelas secara alam maya ini. Ianya adalah satu landasan untuk mereka yang tidak mengetahui apa-apa tentang blog dan ia boleh menaikkan lagi kredibiliti seseorang untuk membina jaringan dan bisnes di alam maya ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai kelas ini, jangan tunggu lagi atau teragak-agak kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat untuk anda. Anda tidak akan rugi jika menyertai Kelas Asas Blog dan Pemulisan ini.
Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui bagaimana untuk bermula. Kami di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) sangat mengalu-alukan penyertaan anda.

Monday, June 16, 2014

Tips nak jadi Kaya

Teks: Aishah Hussein

[Tips nak jadi Kaya]
Kata orang kalau nak jadi pandai, berkawan dengan orang pandai-pandai.
Kalau nak berjaya, berkawan dengan orang-orang yang telah berjaya.

Tips dari coach.
Kalau nak jadi kaya, selesaikan dulu urusan dengan Allah.
Lebihkan masa untuk bersama DIA.
Mana mungkin kita jatuh miskin jika kita berada bersama Pemilik segala Kekayaan.
Ya semudah itu aje.  Mudah menyebut tetapi mempraktikkannya, terlalu banyak halangan. Halangan dari dalam diri sendiri.
Perlu buang EGO dalam diri. Perlu berjuang untuk melawan nafsu.
Inshaallah. Ikhlaskan dan redha.
Ketika itu, kekayaan bukan lagi yang kita dambarkan. Tetapi Allah tetap memberi walau tanpa dipinta.

Moga Allah sentiasa memberi kesedaran kepada hambaNYA yang lemah ini.
================================
Tips Menulis: Curi Masa Menulis
Semua orang hanya ada masa 24 jam sahaja, tidak lebih tidak kurang.
Curi masa 5 hingga 10 minit setiap hari untuk menulis di blog
Jadikan tabiat buka FB selepas bangun tidur, tahan dahulu, update entri baru di blog barulah update fb.
Lakukan setiap hari, jadikan rutin.
Ambil masa 5 hingga 10 minit sahaja sehari jadikan tabiat.
Sumber rujukan asas ebook asas blog dan penulisan.

Alhamdulillah.  Selamat datang pelajar baru bulan Jun 2014.
Mencecah 750 bloggers dalam rangkain Akademi Bekerja di Rumah. Bagi yang ingin sertai kami, boleh pilih mana-mana kelas atau servis di bawah:
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- kelas offline 19 Julai 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online
9. Pendaftaran Bisnes Makanan Sunnah

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes --> 3-5 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory

Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768

Saturday, June 14, 2014

Mudah ke bisnes dari rumah

Teks: Aishah Hussein

Ramai yang PM dan emel bertanyakan tentang bagaimana cara nak bisnes dari rumah.
Bagaimana nak jana pendapatan dari bisnes online dan masih bekerja.
Bagaimana nak bahagikan masa ya puan untuk siapkan blog?

Sebenarnya, bukan mudah untuk buat bisnes dan masih bekerja.
Perlu sanggup berkorban untuk capai matlamat kita.  Perlu bijak merancang masa untuk kerja, keluarga dan bisnes.

Malah jika tidak bekerja pun jika tidak bijak merancang masa, kita tidak akan mampu untuk melakukannya.   Perlu ada minat dan matlamat.

Ada antara protege saya yang tidak bekerja tetapi juga tiada masa waktu siang untuk siapkan tugasan.  Mereka ini ada yang siapkan tugasan pada pukul 3 pagi ketika bangun untuk susukan anak.  Ada yang akan korbankan waktu tidur awal mereka untuk siapkan tugasan kerana di waktu siang bergelut dengan anak-anak.  Mereka ini adalah suri rumah yang mahu capai matlamat mereka walau ada halangan.

Saya sendiri ketika mula kelas blog waktu masih bekerja.  Selalunya saya akan buat pada waktu malam.  Dan sudah rancang untuk tulis apa entri seterusnya. Waktu hujung minggu yang lapang, saya akan schedule 2 atau 3 entri.
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.  Mulakan dengan perlahan-lahan tetapi konsisten.

===============================

Untuk dapatkan lebih banyak tips bekerja sambil bisnes, kalian boleh dapatkan ebook terbaru kami, hasil perkongsian Pn Azura Abdullah
Buat pre-oder sekarang, kalian akan dapat ebook bonus 101 Idea Homebased Bisnes.
PROMOSI sehingga 20 Jun 2014.



"Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.

Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil."
~Pn Azura Abdullah

Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
SMS/whatsapp: 013 383 7768


Friday, June 13, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog - Roslina Ghazali

Alhamdulillah.
Along sudah selesai exam.  Moga bukan sahaja dapat keputusan dengan cemerlang tetapi lebih memahami apa yang dipelajari sepanjang tahun dan akan membantu dia mengamalkan apa yang dipelajarinya itu suatu hari nanti.

Baca ulasan dari peserta kelas asas blog
Sumber : http://roslinazali.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 entri yang diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada mentor saya Puan Anys Idayu Zakaria kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Beliau begitu sabar melayan dan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, Alhamdulillah saya mampu menjana pendapatan yang lebih sedikit dari biasa. Saya juga rasa gembira bila ramai yang membaca blog dan fanpage dan ingin mengetahui tentang produk jualan saya serta mendapat khidmat nasihat tentang kesihatan dan kecantikan walau secara maya sahaja.

Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa membantu antara satu sama lain.

Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.

Thursday, June 12, 2014

Segala-galanya Cheese

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Selesai membakar Cheese Brownies untuk tempahan seorang rakan.  Ada baki "cream cheese" saya sambung buatkan "Black Bottom Cheese Cupcake" untuk si adik.  Ini antara kek kegemaran si Along.


Sebentar lagi sambung untuk penyediaan Laksa Utara untuk makan malam.  Cari yang paling mudah dan cepat untuk penyediaan sebab malam ini perlu menghantar si adik ke kelas tae kwando pula.

Untuk yang ingin cuba membuat Black Bottom Cheese Cupcake boleh lihat di sini

Malam ini malam nisfu Syaaban.  Ada 15 hari lagi untuk bertemu Ramadhan.  Moga dipanjangkan umur kita untuk bertemu dengannya.

Monday, June 9, 2014

Ada bergaduh, tak ada pun gaduh

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Gelagat anak-anak memang lucu.  Apabila dekat mereka bergaduh.  Bila jauh masing-masing merindui.

Hari ini Angah pergi ke rumah pengasuh kerana hendak berjumpa rakan-rakan dan bermain futsal.  Jadi dari pagi si Angah melepak di sana.  Petang ayahnya akan ambil Angah di sana.  Tinggal si Adik di rumah menemani ibu.  Pukul 3 si Adik sudah mengeluh, "Ibu, bosan nya angah tak ada."  Saya hanya senyum dan menjawab ringkas, bila Angah ada awak bergaduh dengan dia, bila Angah tak ada awak bergaduh juga (bergaduh yang ke 2 ni kalau dalam bahasa Pahang, bising).  Boleh jawab lagi si Adik, " ni saya gaduh dengan ibu lah."  Anak oh anak.

Si adik dah jadi macam baby.  Sekejap-sekejap dengar keluhan memanggil ibu.  "Jom lah ibu kita main,".  Kalau main dengan ibu, apa lagi main masak-masak lah. Jadi adik jadi tukang kopek petai untuk sambal petai makan malam ;)

Tidak lama kemudian, saya nampak di wall FB Angah, si Along letak status, "15 hari lagi kita gadoh."  Mereka rindu tetapi rindu nak bergaduh.
Sebenarnya anak-anak walau bergaduh, mereka sebenarnya saling merindui.  Moga mereka kekal dengan semangat dan perasaan begini.  Saling hormat-menghormati walau berbeza pendapat.

Saturday, June 7, 2014

Pencarian Kek Butter

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Dua tiga hari ini asyik mencuba resipi kek butter.  Kek butter oren, kek butter biasa.  Saya sebenarnya tidak begitu menggemari kek butter.  Suka buat aje tetapi makan setakat sekeping dua aje.  Nasib baik si adik suka betul.  Rasanya dia yang banyak makan.  Yang lain-lain pun tidak begitu menggemari kek.

Dulu-dulu ketika anak-anak belum ada, saya jarang mencuba buat kek-kek walaupun saya suka makan kerana en suami tidak suka sangat makan kek.  Lagipun ketika itu oven pun tidak berapa okay.  Setelah saya ada oven dan anak-anak sudah besar sedikit, saya kembali sambung minat memasak dan mencuba resipi-resipi. Memasak perlu ada minat.  Kalau tidak ada minat hendak mula pun tidak tahu di mana.

Sekarang resipi semua di hujung jari.  Hendak masak rendang, klik google taip rendang.  Macam-macam blog, macam gambar keluar.  Tinggal hendak buat atau tidak aje.

Berbalik kepada pencarian kek butter.  Saya masih tidak berpuashati dengan hasil kek yang saya buat.  Resipi tu memang sedap tetapi rupa keknya saya masih tidak puashati.  Inshaallah, akan terus mencuba dan mencari resipi yang sedap.

Dari pencarian saya, tips yang dipesan adalah jangan memukul terlalu lama bancuhan butter.  Dan apabila memasukkan telur, gunakan kelajuan yang perlahan.

Bagi yang hendak mencuba, boleh guna resipi yang sangat mudah ini.  Saya ambil dari forum cari, perkongsian Bebop.  Ramai yang berikan testimoni yang bagus.

KEK BUTTER

(A)

250 GM BUTTER
200 GM GULA
210 GM TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER

(B)

5 BIJI TELOR

1. Campurkan kesemua bahan A ke dalam mixer dan pukul sehingga sebati dan kembang.
2. Kemudian masukkan bahan B satu-persatu.  Putar selama 4-5 minit sahaja dan sehingga adunan tidak berbintil.
3. Tuang adunan ke dalam pan 8 inci dan bakar dalam oven 160C selama 50-60 minit atau sehingga masak.


Friday, June 6, 2014

Maknai Cuti sekolah bersama anak-anak

Teks:  Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sudah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu. Tinggal seminggu aje lagi cuti sekolah.
Maknai cuti sekolah anak kita dengan aktiviti bersama keluarga.  Aktiviti bukan sahaja bermaksud melancung tetapi juga boleh dilakukan di rumah.  Jika waktu hari sekolah jarang dapat makan bersama, ketika cuti sekolah usahakan agar dapat makan bersama.  Baca Quran bersama, pergi ke surau bersama.  Masa bersama anak-anak terlalu singkat kini.  Jadi usah kita biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Dua hari lepas saya sempat memasak Nasi Maqluba.  Untuk sediakannya sangat mudah.  Semua bahan-bahan sudah ada di dalam kotak Pakej Nasi Arab ini.  Cuma kalian perlu beli Ayam atau kambing.  Resipi untuk masank nasi dan membuat sos harrah ada ditulis di belakang kotak.
Saya memilih kambing walaupun di kotak tersebut menulis Nasi Maqluba Ayam.
Bersama nasi tersebut saya sediakan salad, boleh tengok di sini resipinya.  Kalau ada yang teringin nak cuba, boleh oder dengan saya pakej nasi arab.  Sediakan stok untuk bulan Ramadhan.



Untuk tempahan boleh klik sini
whatsap: 013-383 7768

Thursday, June 5, 2014

Ulasan Ebook 101 Idea Homebased Bisnes

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Hari ini ada kelas offline bersama seorang protege.  Moga dipermudahkan segala urusan.
Bagi yang masih tercari-cari bisnes apa yang sesuai diusahkan dari rumah.  Bagaimana hendak mula. Boleh mula dulu dengan ebook 101 Idea Homebased bisnes.  Bagi yang masih bekerja, mula secara sambilan dulu, setelah sedia baru hantar surat berhenti.

Baca ulasan dari Nurul Azwa Zulkifli
Sumber: http://nurulazwazulkifli.blogspot.com/2014/05/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html
Alhamdulillah, akhirnya saya telah selesai membaca ebook ini. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes hasil tulisan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad. Keseluruhannya mengandungi 181 muka surat.

Ebook yang sangat bermanfaat dan padat dengan pelbagai info yang berguna. Tulisan yang saya kira memberi pendedahan secara menyeluruh terutamanya buat suri rumah atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes.

Membaca bab 1 sahaja sudah membuatkan semangat saya berkobar-kobar. Banyak idea bisnes yang diberikan. Idea-idea ini dipecahkan mengikut skop kerja masing-masing. Ya, idea yang diberikan memang boleh saja kita mulakan hanya dari rumah! Menerusi idea yang diberikan, kita nilai minat juga kepakaran kita. Sebagai contoh, kita minat dalam bidang lukis dan ada kepakaran dalam bidang seni reka. Justeru boleh sahaja menawarkan pkhidmatan mereka bentuk laman rumah atau ruang pejabat kepada umum. Antara usahawan muda yang boleh dijadikan contoh ialah Puan Nisa Nua. Beliau menawarkan segala perkhidmatan berkaitan bidang arkitek menerusi laman intenet sahaja. Berpejabat hanya dari rumah. SOHO.

Di dalam ebook ini, Puan Masayu turut mendedahkan bagaimana untuk mula bisnes tanpa modal. Ya, perniagaan yang amat disarankan kepada mereka yang baru ingin mula berbisnes. Malah kita turut didedahkan bagaimana untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana agensi kewangan. Itulah yang sebaiknya. Mula bisnes tanpa mencipta sebarang hutang.

Saya sarankan setiap wanita yang bercita-cita menjadi WAHM wajib memiliki ebook ini. Perkongsian ikhlas penulis sangat memberi inspirasi dan membuatkan kita ingin berusaha bersungguh-sungguh dengan apa yang kita impikan. Penulis turut kongsikan bagaimana kaedah dan teknik-teknik agar kita mampu bergerak secara produktif walaupun bekerja tanpa pantauan majikan. Apabila kita memilih untuk WAHM sepenuh masa, kitalah majikan dan kitalah pekerja. Lantas, disiplin menjadi keutamaan. Puan Masayu turut kongsikan bagaimana untuk kita kekalkan momentum bekerja dari rumah.


Sebuah ebook yang saya kira berbaloi dengan harganya RM50. Lengkap dari mula idea bisnes yang diberikan, bagaimana kita perlu merancang dan seterusnya mencapai matlamat kita, strategi pemasaran, khidmat pelanggan juga perkongsian pengalaman usahawan yang berjaya. Ebook yang mampu milik dan wajib dimiliki setiap orang!

======================================





Empat ini baca dulu sebagai persediaan untuk menjadi WAHM.
==> http://buku-online4u.blogspot.com/search/label/Ebook

Untuk tempahan dan pembelian
Klik sini => http://buku-online4u.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Wednesday, June 4, 2014

Idea bisnes - bantu selesaikan masalah orang lain

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sekembali dari workshop, banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Rumah pun huru-hara.  Jadi untuk selamatkan tenaga supaya boleh fokus untuk tugasan lain, Allah beri sedikit rezeki untuk saya berikan kepada pencuci rumah "Bibik on Wheels".  Kesian pula saya tengok mereka cuci rumah, almaklum sejak berhenti kerja rumah saya kemas sendiri aje. Bukanlah tip top macam profesional. Ini kali pertama saya panggil orang untuk cuci rumah sejak berhenti kerja.  Sambil-sambil tu saya kemas-kemas tudung-tudung along dan saya yang masih elok dan berikan kepada bibik.  Seronok mereka terima, seronok saya kerana dapat membalas budi mereka kerana mencuci rumah saya.
Ini antara idea bisnes yang kalian boleh buat untuk bantu orang lain.  Servis mencuci rumah atau pejabat.
Saya pernah ambil satu servis sebegini sebelum ini dengan Pn Adibah.  Beliau memang bagus, selesai pekerja beliau buat kerja, beliau sendiri akan datang cek sama ada mereka cuci dengan bersih atau tidak.  Sayangnya beliau sudah tidak lagi menyediakan servis tersebut.

Kalau ada yang perlukan servis cuci rumah atau pejabat boleh hubungi mereka
Bibik on Wheels, cari aje di facebook atau google.  Saya pun cari di google :)


Servisnya ok lah.   BAru test sekali kan.

Sunday, June 1, 2014

Blogging untuk jana pendapatan

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Sedang bercuti di kampung halaman.  Sambil makan keropok lekor.  Baru semalam along kecoh kat fb pasal kepok lekor ;)
Semalam saya naikkan senarai Pengurus Online kami.

Hari ini saya ingin senaraikan blog protege saya.  Saya akan kemaskini senarainya dari masa ke semasa.  Setiap hari ada pendaftaran peserta baru di Akademi.
Niat kami membantu suri samada yang bekerj atau pun bisnes di rumah sahaja untuk mula jana pendapatan melalui online dengan menggunakan fb dan blog.  Dari buang masa melihat fb, ada juga faedahnya sambil melayan fb, promo produk untuk jualan.
Boleh singgah dan lihat contoh blog di sini.  PM saya bila sudah sedia untuk sertai Akademi Bekerja di Rumah.

1. http://sepiahabdullah.blogspot.com/
2. http://nurainiyasmin.blogspot.com/
3. http://fadhlinayaacob.blogspot.com/
4. http://saniahmatsanat.blogspot.com/
5. http://monalitamansor.blogspot.com/
6. http://maziajewelleryart.blogspot.com/
7.  http://sarinasidek.blogspot.com/
8.  http://natashaaishahzameri.blogspot.com/
9.  http://mahizannani.blogspot.com/
10. http://suhailarahim.blogspot.com/
11. http://ummisalis.blogspot.com/
12. http://www.cepatmembaca.blogspot.com/
13. http://zaleha-mustapha.blogspot.com/
14. http://norliaharis.blogspot.com/
15. http://pnnormahkassim.blogspot.com/
16. http://pnnorlizanikmat.blogspot.com/
17. http://azianhamid.blogspot.com/
18. http://azlinaabdaziz.blogspot.com/
19. http://nazirahbugal.blogspot.com/
20. http://nurulsuhadabasir.blogspot.com/
21. http://junaidamohdjamil.blogspot.com/
22. http://pnaidahapini.blogspot.com/
23. http://pnfatimahtahir.blogspot.com/
24. http://sitifatimahsahubar.blogspot.com/
25. http://fatimkhairani.blogspot.com/
26. http://magdalinaselamat.blogspot.com/
27. http://leeyatrading.blogspot.com/
28. http://diyanazainol.blogspot.com/
29. http://fadzliatunkhairuddin.blogspot.com/
30. http://zuriatizubir.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...