Monday, June 9, 2014

Ada bergaduh, tak ada pun gaduh

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Gelagat anak-anak memang lucu.  Apabila dekat mereka bergaduh.  Bila jauh masing-masing merindui.

Hari ini Angah pergi ke rumah pengasuh kerana hendak berjumpa rakan-rakan dan bermain futsal.  Jadi dari pagi si Angah melepak di sana.  Petang ayahnya akan ambil Angah di sana.  Tinggal si Adik di rumah menemani ibu.  Pukul 3 si Adik sudah mengeluh, "Ibu, bosan nya angah tak ada."  Saya hanya senyum dan menjawab ringkas, bila Angah ada awak bergaduh dengan dia, bila Angah tak ada awak bergaduh juga (bergaduh yang ke 2 ni kalau dalam bahasa Pahang, bising).  Boleh jawab lagi si Adik, " ni saya gaduh dengan ibu lah."  Anak oh anak.

Si adik dah jadi macam baby.  Sekejap-sekejap dengar keluhan memanggil ibu.  "Jom lah ibu kita main,".  Kalau main dengan ibu, apa lagi main masak-masak lah. Jadi adik jadi tukang kopek petai untuk sambal petai makan malam ;)

Tidak lama kemudian, saya nampak di wall FB Angah, si Along letak status, "15 hari lagi kita gadoh."  Mereka rindu tetapi rindu nak bergaduh.
Sebenarnya anak-anak walau bergaduh, mereka sebenarnya saling merindui.  Moga mereka kekal dengan semangat dan perasaan begini.  Saling hormat-menghormati walau berbeza pendapat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...