Thursday, May 30, 2013

Niat ikhlas seorang WAHM

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan Khamis pagi ini.

Setelah 2 hari tidak produktif dan bermalas-malasan akibat demam, maka hari ini perlu kuatkan semangat.  Ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Insyaallah, hari ini membuat sampel cookies untuk doorgift yang bakal diserahkan pada Jun nanti.  Selesai itu nanti, perlu fokus untuk ebook yang sepatutnya disiapkan Mei.   Sudah tersasar sebenarnya.

Masih lagi bersyukur dengan apa juga rezeki yang datang walaupun tidak mencurah seperti waktu bekerja dulu.  Niat saya untuk berhenti kerja adalah untuk berada bersama keluarga.  Dan semua kerja saya hanya mampu melakukan secara online.  Jika saya perlu keluar untuk berjumpa pelanggan adalah setakat menghantar produk.  Saya tidak mempunyai masa yang lebih untuk melepak di kedai-kedai makan bersama orang yang saya tidak kenali, lebih-lebih lagi di waktu malam.  Melainkan mereka memang sudah lama saya kenali.  Dan saya akan keluar jika perlu menghadiri bengkel-bengkel kemahiran.

Saya harap jangan ada yang salah faham konsep WAHM yang kami ibu-ibu yang bekerja di rumah sedang lakukan.  Walaupun kami juga ada melakukan kerja secara offline tetapi semuanya ada batasan.  Kami ada anak yang perlu dihantar dan diambil dari sekolah.  Saya tidak tahu tentang WAHM yang lain tetapi bagi saya, tujuan utama saya untuk menjadi WAHM adalah kerana anak-anak dan keluarga.  Jadi saya tidak boleh tersasar dari tujuan itu.

Saya harap Allah sentiasa membantu saya untuk menjana pendapatan tambahan untuk keluarga saya kerana niat saya yang ikhlas untuk bersama keluarga.  Terima kasih Allah.

Wednesday, May 29, 2013

Chewy Brownies

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, hari ini sudah beransur pulih .  Tetapi mulut masih lagi payau-payau, jadi tengah hari tadi sepakat dengan anak-anak untuk membuat nasi bubur sahaja dimakan dengan ikan bilis goreng ditumbuk bersama cili padi.  Baru berselera sedikit.

Hari ini saya nak berkongsi resipi brownies yang selalu saya buat untuk kawan-kawan.  Resipi dan caranya memang cukup mudah tetapi rasanya memang digemari ramai (mengikut maklum balas dari rakan-rakan, saya sendiri memang tidak menggemarinya kerana terlalu manis).  Budak-budak memang suka kerana rasa coklatnya.  Kalau dilihat rupanya memang tidak menarik, tetapi memang selalu ditempah.

Jadi cuba dulu, baru tahu. Selamat mencuba.



Chewy Brownies 
250g butter
400g coklat masak

6 biji telur
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g coklat emulco

80g tepung gandum
60g serbuk koko
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-bakarkan sebentar

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan coklat masakan hingga cair, ketepikan dan biarkan ia suam sikit.
3. Campurkan telur, gula, esen dan coklat emulco ke dalam satu mangkuk, guna hand whisk kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan serbuk koko, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman supaya ia lebih lembap.

Monday, May 27, 2013

Apabila angah ke dapur

Teks: Aishah Hussein

Malam tadi pulang dari Kuantan, badan rasa lain macam.  Sampai terus bersihkan diri, lepas mandi rasa sejuk sangat.  Terus cari selimut dan tidur terus.  Bila adik rasa dahi, "panas lah badan ibu".  Sudah lama tak demam sebenarnya.  Sebenarnya demam itu ada kaitan dengan sakit kencing kotor.  Pagi tadi jumpa doktor, sudah diberi segala antibiotik dan ubat-ubatan.  Harap-harapnya semua selesai dalam 2,3 hari ini.

Bila ibu demam, chef no. 3 (gelaran yang diberi oleh adik) akan mengambil alih.  Angah akan mengambil alih tugas ibu.  Jadi inilah menu tengah hari tadi, ikan kerisi masak singgang, ikan selar goreng dan sambal tempoyak.   Alhamdulillah, walaupun ikan terlebih garing,  semuanya makan dengan selera.



Untuk makan malam, chef no. 1 sudah sihat kembali, jadi menu malam ini adalah laksa kuah putih (terengganu).  Gambar tidak diambil kerana ulam-ulaman semua tak cukup, hanya ada timun.  Menu bidan terjun sebab chef tiada selera nak makan nasi.

Tetapi laksa ini sudah masuk dalam senarai along, makan yang dia nak makan apabila pulang ke Malaysia nanti.  Jadi in shaa allah jika ada peluang, saya akan masukkan gambar laksa.

Sunday, May 26, 2013

Jam oh jam


Teks: Aishah Hussein

Bersiaran dari Lebuhraya Pantai Timur. Perjalanan awal dari Kuantan berjalan lancar, walaupun kereta banyak di atas lebuhraya.

Sebentar tadi jam sebelum tol Karak, selepas bayar tol kereta bergerak laju. Tetapi selepas beberapa km sambung semula jam. Rasanya sampai tol Bentong lah nampaknya ni.

Adik sudah gelisah, jemu duduk lama dalam kereta. Nak main game bateri dah habis.
Sempat layan adik main Bingo sebelum maghrib nak hilangkan kebosanan dia. Maghrib dah masuk kena cari surau untuk solat.

Saturday, May 25, 2013

Kenduri kahwin penggal kedua bermula

Teks: Aishah Hussein

Semalaman cuba menyiapkan bab-bab untuk ebook sulung saya.  Dengan pengalaman yang cetek dalam penulisan ini, saya rasa begitu kerdilnya untuk menulis.  Masih tertanya-tanya ada ke orang nak baca ebook saya nanti.  Apa-apa pun, saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk menghabiskannya secepat yang mungkin.  Doakan saya.

Hari ini bercuti ke Pahang menghadiri kenduri kahwin.  Masih dalam perjalanan, alhamdulillah trafik berjalan lancar.  Mungkin di sana untuk dua hari, tetapi kedai saya masih beroperasi.

  Itulah satu kelebihan bisnes online.  Segala urusan pertanyaan dan tempahan boleh berjalan seperti biasa, janji ada talian dan peralatan.  Cuma urusan penghantaran sahaja akan bercuti.  Apa-apa pun pelanggan harus diberitahu keadaan sebenar, kerana mereka tidak suka apabila mereka terpaksa tertunggu-tunggu untuk mendapat barang yang mereka oder.

Selamat berhujung minggu.

Sila singgah di https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline
dan 
https://www.facebook.com/BukuOnline4U

Friday, May 24, 2013

Jom masak yang mudah dan ringkas

Teks:  Aishah Hussein

Tetamu tak jadi datang pagi, jadi ambil kesempatan untuk tukar layout blog.  Harap pembaca senang nak baca dengan layout baru ini.  Konsep ala-ala kena dengan tajuk blog kononnya.

Tengah hari rasa macam nak makan nasi ayam.  Mudah dan ringkas sahaja.  Mood cuti dah datang, jadi sudah malas nak masak yang susah. Nanti akan dimasukkan resipi di sini.  Saya pergi masak dulu ya.  Lambat sikit masak hari ini sebab pagi tadi dah masak mihun goreng, lepas solat Jumaat baru makan tengah hari.

Selamat memasak dan bersolat Jumaat.

Cuti-cuti Malaysia lagi ke

Teks: Aishah Hussein

Bertemu kita dengan Jumaat yang penuh barakah.  Terima kasih Allah kerana memanjangkan usia kita semua.

Hari ini juga bermulanya hari pertama cuti sekolah.  Jadi ke mana percutian kalian kali ini.  Kami tiada perancangan, hanya ke kenduri kahwin di Pahang sahaja.  Anak-anak pun faham dengan keadaan ekonomi sekarang, tidak mampu ke mana-mana.

Bagi yang tiada kemampuan, pergi bercuti ke hotel bukanlah satu kemestian.  Cuti di rumah pun boleh dijadikan cuti yang menyeronokkan jika pandai mengolahkannya.  Bukan hanya setakat main PSP sahaja.

Petang-petang boleh bawa mereka pergi ke taman untuk berjogging.  Janganlah bawa ke taman sebelah rumah, bawalah jauh sikit, barulah mereka seronok.

Ataupun bawa mereka menonton movie, itupun menyeronokkan hati mereka.

Ajak mereka buat muffin bersama, itupun keseronokan juga (bagi adik itu memang seronok).  Angah pun suka juga menolong di dapur.
www.sheknows.com
Ajak mereka menyemai pokok, ini pun adik paling suka. 

Buat sesuatu yang menyeronokkan hati anak-anak kalian.  Cari apa yang mereka suka dan buat bersama-sama.  Jadi percutian mereka itu akan menjadi percutian yang menyeronokkan walaupun hanya berada di rumah, yang penting dilakukan bersama-sama.

Jadi selamat bercuti sekolah dan menghiburkan hati anak-anak ya.

Walaupun bercuti kedai saya sentiasa terbuka.  Boleh pilih dan tempah.
Sekarang kami ada promosi sempena cuti sekolah, pilih mana-mana pakej produk sunnah, dan kalian akan mendapat PERCUMA ebook pantang berserta 2 ebook bonus.


Singgah di sini Kedai Produk Sunnah Online
dan pm ke https://www.facebook.com/messages/KedaiProdukSunnahOnline

atau di http://produksunnahshoppe.blogspot.com/ dan isi borang tempahan di sini.

Tawaran sah sehingga 30 Jun 2013 sahaja!  Cepat pilih sekarang.

Bagi yang hanya ingin membeli ebook pantang boleh terus membeli seperti biasa. Bonus ebook itu juga akan diberikan bersama ebook pantang. 






Thursday, May 23, 2013

Cuti sekolah, cuti untuk ibu

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Tinggal satu hari lagi sekolah akan bercuti.  Anak-anak yang sudah habis exam sudah mula rileks kembali.  Tetapi peringatan tetap diberikan bahawa cuti ini hanyalah sementara.  Nak rehat boleh tetapi hanya untuk 3-4 hari lepas itu harus panaskan semula enjin, almaklum peperiksaan besar menunggu bulan September.

Tetapi sebenarnya, bila cuti sekolah datang, ibu dia yang sebenarnya lagi rasa lega.  Pagi-pagi tidak berkejar-kejar buat persiapan.  Tugas menggosok baju sekolah boleh cuti juga dulu.  Tugasan di rumah juga nanti boleh minta pembantu-pembantu yang sedang bercuti ni buatkan.


Kalau dulu masa bekerja, lega banyak bila waktu cuti sekolah begini sebab jalan pun kurang trafik.  Tetapi sekarang bila sudah bekerja dari rumah, trafik jam tiada lagi dalam senarai.  Trafik jam waktu petang sahaja bila waktu nak ambil anak dari sekolah, itupun jika mengambil alih tugas en suami.

Lebih kurang 3 minggu lagi along pula akan pulang bercuti.  Meriah semulalah rumah dengan suara-suara bergaduh along dengan angah.  Namanya pun adik-beradik.  Bila dia orang tak ada, sunyi pula rumah rasanya.  Tetapi itu memang sudah lumrah ibubapa.  Kena terima yang pada suatu hari nanti anak-anak akan pergi juga untuk teruskan kehidupan bersama keluarga mereka pula.  Jadi berlatihlah dari sekarang.






 

Wednesday, May 22, 2013

Selesai penghantaran, mula produk baru

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, tempahan sudahselamat  dihantar ke destinasi.  Nasib baik ada pemandu yang tolong bawakan saya ke sana, kalau tidak jenuh jugak nak melayan trafik jam.  Tetapi tidak boleh berborak lama dengan kawan-kawan sebab pemandu sudah menuggu.

Sekarang adalah sesi mengemas rumah.  Petang nanti ada tetamu yang akan singgah di rumah.

Produk baru juga sudah sampai semalam.  Belum sempat promo lagi.  In shaa allah, akan dikemaskini di dalam page sabun.  Harap ada yang suka dengan produk ini kerana ia adalah hasil produk muslim dan dijamin halal bahan-bahannya.  Nak bersolek juga kena pastikan ia adalah halal.  Bukan main tempek aje kat muka ataupun bibir.





Untuk dapatkan produk ini,  boleh pm ke https://www.facebook.com/messages/MZSecretSoapSbg2

Dapatkan harga promosi produk baru RM10 setiap 1 tiub.  Saya belum sempat upload ke fan page lagi.  Jadi kalian adalah di kalangan yang pertama mendapat berita tentang produk ini.  Bagi yang membeli sabun sebanyak 3 biji ke atas akan menerima produk ini secara percuma bermula hari ini.
Dapatkannya sekarang di MZSecretSoapSbg2.


Tuesday, May 21, 2013

Seharian membakar

Teks: Aishah Hussein

Seharian membakar 3 jenis jenis brownies hari ini.  Pukul 6 petang selesai semua, tinggal untuk dihantar esok pagi.  Penat jangan ceritalah.  Proses membuat tidak menjadi hal, tetapi bila hendak mengemas penat betul rasanya.  Macam itulah nasib orang yang tiada pembantu.

Bila sudah sibuk macam ni, nak makan pun tiada selera.  Jadi memang tidak masak pun hari ini kerana anak-anak pun petang baru akan diambil.

Bila sudah selesai semua kerja, barulah terasa lapar perut, tetapi nak masak pun sudah penat.  Jadi malam ini tukar perancangan.  Saya ikut en suami menghantar anak ke kelas tae kwando, jadi makan malam adalah di kedai mamak kegemaran adik setiap hari Selasa malam.

Lega dapat makan nasi, walaupun hanya lauk ayam goreng(ayam goreng di Restoran Hakim, Shah Alam memang sedak kalau panas-panas).  Terima kasih Allah untuk rezeki ini.

Bila perut dah kenyang, mata pun sudah layu.  Lama lagi nak tunggu angah habis kelas. Tidur dalam kereta dulu la nampaknya.  Kita jumpa esok ye.

Sebenarnya saya ingin berkongsi resipi brownies yang saya selalu buat.  Tetapi belum kesampaian.  In shaa allah jika diizinkan Allah saya akan masukkan di sini.

Selamat malam.



Bertanya sebelum membuat keputusan

Teks: Aishah Hussein

Kini sudah sebulan lebih saya menjadi WAHM.  Alhamdulillah, walaupun dari segi kewangan memang banyak bezanya dari sebelum saya berhenti kerja, tetapi saya masih bersyukur kerana Allah masih memberi saya untuk bernafas pada hari ini.

Saya harap saya akan terus kuat untuk tidak meletakkan diri di dalam aura yang negatif memkirkan tentang rezeki yang Allah nak bagi.  Setiap hari saya hanya doa, usaha dan tawakkal.

Hmm kenapa doa dulu ya.  Guru saya pernah berpesan apa-apa yang kita hendak buat, mesti rujuk dan tanya pada DIA dahulu.  Kemudian kita buat ikut petunjuk dan ilham yang diberikan oleh DIA.  Jika kita buat dulu kemudian baru nak tanya DIA, memang banyak masa terbuang.  Kerana itu dalam islam disuruh beristikharah kepada Allah sebelum membuat keputusan dalam apa juga perkara.

Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada hamba-hambanya yang betul-betul berserah dan bertawakkal kepadaNYA.

Bersambung nanti. Nak pergi sambung tugasan berkemas.  Selamat menjalankan tugas kepada semua sahabat yang membaca blog saya.



Sudahkah anda mengambil makanan sunnah pada hari ini.  Mulakan dengan habbatus sauda dan madu, jika ada peluang minum bersama air zam-zam.   In shaa allah, sunnah dapat, khasiat pun dapat.
Alhamdulillah, kami ada menjual pelbagai produk sunnah.  Dapatkan dari kami di

=>  https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline
atau di
=> http://produksunnahshoppe.blogspot.com/





Monday, May 20, 2013

Hormati wanita, jika bukan kita yang mulakan siapa lagi

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google

Pagi ini kembali bertugas seperti biasa.  Rutin hari bekerja.  Mmm awak bukannya kerja pun.  Suri rumah sepenuh masa aje kan.  Bukannya sibuk pun.  Kita orang sibuk, keluar pagi balik petang.  Awak boleh rehat-rehat kat rumah, bergolek depan tv.

Mentaliti seperti ini sepatutnya harus dihapuskan dari fikiran masyrakat.  Jika kita wanita sendiri berfikir begini, bagaimana masyarakat akan menghormati kerjaya sebagai seorang suri rumah.  Suri rumah adalah suatu kerjaya juga.  Walaupun ia suatu pekerjaan yang tidak dbayar gaji di dunia ini, tetapi ketahuilah bahawa bayarannya akan melebihi dari segala gaji-gaji yang mereka dapat di dunia ini.  Tetapi semua tugasan haruslah dilakukan dengan ikhlas. 

Tidak dinafikan ibu-ibu yang bekerja di pejabat juga  adalah ibu yang yang hebat.  Di pejabat mereka bekerja, balik ke rumah sambung lagi tugasan di rumah.  Itu belum ditambah dengan yang ada membuat kerja sampingan seperti bisnes online, bisnes bakeri, menjahit dan sebagainya.   Kalau dilihat dari luaran wanita adalah lembut tetapi semangatnya adalah lebih kental dari fizikalnya.  Jadi suami-suami di luar sana, hormmatilah wanita di dalam hidup anda, ibu, isteri, kakak dan adik perempuan anda.  Tanpa mereka siapalah anda.

Saya bukan sahaja harap  surirumah sepenuh masa sahaja dihargai.  Tetapi juga semua wanita yang bekerja. Tidak kira di mana mereka berada, bekerja di pejabat atau di rumah.

Maaf, membebel pula pagi-pagi ni.

Hari ini, adik sekolah pagi sahaja dan angah balik awal kerana minggu peperiksaan tiada kelas tambahan.  Jadi perlu masak lebih awal hari ini.  Dapatlah saya makan tengahari bersama mereka di rumah hari ini.

Jadi apa tunggu lagi.  Saya pergi sarapan dulu ye kemudian sambung masak.
 

Bagi suri rumah yang ada bisnes online dan  ingin membuat blog asas dan fan page untuk produk anda boleh lihat di sini:



Rangkaian Bisnes Makanan

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Apabila kita memikirkan tentang bisnes makanan, otak kita terus terbayang akan menjual pelbagai juadah atau pun terbayang kedai makan dan gerai.  Tetapi pada hakikatnya, bisnes makanan adalah lebih luas cabangnya.
Terpulang kepada kalian untuk memilih cabang mana yang kalian ingin ceburi.

Antara rangkaian bisnes makanan adalah:
1. Pembekal Bahan Mentah
2. Pengusaha Makanan
3. Kelas Memasak
4. Kedai Bahan-bahan bakeri atau peralatan bakeri  
5. Peniaga Pasar Malam
6. Kedai Makan
7. Gerai Nasi Lemak
8. Kedai menjual peralatan memasak
9. Gerai Menjual Burger
10. Kiosk
11. Gerai buah-buahan
12. Gerai minuman 
13. Gerai menjual berjenis-jenis jeruk 
14. Kedai Makanan Segera

 

 





Sunday, May 19, 2013

Fokus demi matlamat sebenar

Teks Aishah Hussein

Dari malam tadi cuba untuk fokus menyambung penulisan ebook.  Banyak sangat gangguan dan dorongan untuk membuat tugasan lain.  Bila sudah pegang jawatan Wahm, baru paham makna pepatah "masa amat mencemburui kita".

Sebenarnya terlalu banyak keinginan untuk membuat banyak benda.  Tetapi tangan hanya ada dua. Macam mentor Masayu kata, macam-macam nak buat, macam  ada 20 tangan hmm.

Tetapi tugasan saya yang satu ini sudah lama sangat tertangguh.  Saya harus selesaikan segera.  Jadi malam tadi dapatlah juga menulis beberapa perenggan.  Harapnya hari ini dapat mencapai  matlamat untuk siapkan ebook ini secepat yang mungkin.  Moga Allah memberi ilham kepada saya untuk teruskan penulisan ini.

Kadang-kadang terfikir jugak, kalaulah saya boleh rehatkan diri dan melayan rancangan tv seperti orang lain.  Tetapi itu dunia mereka.  Dunia saya, masih banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Lebih-lebih tugasan saya kepada yang Maha Esa.

Tidak lama lagi kita akan bertemu Ramdhan kembali.  Sempena dengan itu, kedai saya Produk Sunnah Soppe menawarkan beberapa pakej promosi yang menggabungkan beberapa produk sunnah yang sesuai untuk diamalkan seisi keluarga.  Antaranya Pakej Sunnah Famili, Set Ibu Menyusu, Pakej Ibu Hamil dn juga Pakej Nyah Toksik dan Kolestrol.  Semuanya disusun agar seisi keluarga dapat menikmati dan mengamalkan makanan sunnah yang terdiri dari kurma maryami, madu, habbatus sauda, minyak zaiton, cuka kurma, cuka epal dan tidak ketinggalan kismis.


Sila singgah ke kedai saya untuk dapatkan pakej di atas serta beberapa produk lain
=> http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

 atau di https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline



  








Saturday, May 18, 2013

Kepanasan berterusan

Teks: Aishah Hussein

Hari ini cuaca kembali panas.  Semalam cuaca redup dan nyaman sampai ke petang,  sampai kucing pun malas nak keluar rumah.

Apa aktiviti kita pada hari ini ye.  Kebiasaannya hujung minggu adalah hari bersama keluarga.  Bagi saya pula, hanya akan melayan hal anak-anak sahaja. Pagi-pagi lagi sudah siapkan nasi goreng kampung untuk mereka.

Hujung minggu ini tiada perancangan apa-apa.  Kepanasan minggu peperiksaan masih berbahang.  Along masih lagi ada exam petang nanti, angah bersambung ke minggu hadapan begitu juga adik. Jadi hujung minggu ini tengok-tengokkan mereka untuk mengulangkaji sambil melayan permintaan mereka nak makan apa.  Mungkin sebentar lagi keluar hanya mencari peralatan untuk memasak di kawasan berdekatan sahaja.

Hari ini saya nak kongsikan gambar muffin yang saya buat untuk adik pada hari Khamis lalu.  Walaupun sebenarnya kepenatan sebab sudah dua hari berpuasa tetapi kesian pula tengok dia merayu "nanti malam kalau saya lapar tak ada apa nak makan".  Dalam gambar muffin ni nampak macam kering tetapi sebenarnya dia lagi lembap dari resipi yang kongsi sebelum ini. 



Resipinya lebih kurang resipi yang sebelumnya cuma saya tukar sedikit

Bahan-bahan:
A.
220gm self raising flour {bagi yang tiada penimbang, boleh gunakan dalam anggaran 2 cawan }
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder  
1 cawan gula merah

B.
250ml susu (lebih kurang 1 cawan)
1/3 cawan minyak
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

C.
100-150g coklat chip 


Cara-caranya:
1.  Ayak tepung, baking powder dan baking soda.
2.  Masukkan gula perang, dan gaul rata.  
3.  Masukkan pula setengah dari chocolate chip.  Bakinya untuk ditabur di atas
     untuk hiasan.
4.  Di dalam mangkuk lain, satukan minyak, susu, esen vanilla dan telur.  Pukul
     bagi rata sahaja.
5.  Tuang bahan-bahan basah ke dalam bahan-bahan kering dan gaul rata
     menggunakan senduk.
6.  Masukkan ke dalam mangkuk kertas yang disusun di dalam muffin tray dan  
     taburkan coklat chip di atas adunan.
7. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.  Perlu diingatkan suhu dan masa
    untuk memasak bergantung kepada oven masing-masing.

Jika menggunakan cawan kerta yang bersaiz 8, resipi akan menghasilkan lebih kurang 25 biji muffin.


Friday, May 17, 2013

Syukur, akhirnya hujan turun menyejukkan bumi Shah Alam

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk bernafas lagi hari ini.  Pagi Jumaat yang penuh barakah.  Sudah berhari-hari kepanasan, pagi ini hujan turun membasahi bumi yang sudah kekeringan.  Pokok-pokok keriangan hari ini kerana menerima air dari langit ini.

Pagi ini sudah bersarapan ringan dengan sebiji kurma dan minum air zam-zam bersama sebiji habbatus sauda.  Sejak duduk di rumah saya selalunya saya akan bersarapan dua kali. (banyaknya makan).  Mula-mula dengan produk sunnah kemudian bila sudah selesai tugasan di atas baru turun kembali untuk bersarapan kali kedua.   Masa ini baru saya akan mengambil biskut atau roti bersama segelas air milo.

Syukur kepada Allah juga sejak menjadi WAHM banyak ilmu baru yang saya belajar.  Apa-apa pun ilmu itu semua Allah yang bagi.

Saya juga akan berkongsi beberapa resipi dengan pembaca sekalian nanti.  Sudah lama rasanya tidak berkongsi.  Semuanya resipi mudah.  Mudah mencari bahan dan mudah untuk membuatnya.  Nantikan ye.  Saya nak pergi berkemas dulu.  Hari ini lambat pulak.

Untuk amalan sunnah singgah di sini
-> https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline
atau beli di sini http://produksunnahshoppe.blogspot.com/p/blog-page.html


Tinggal 2 hari lagi tawaran 3 ebook dengan 1 harga!
Dapatkan sekarang di https://www.facebook.com/BukuOnline4U
atau tempah di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html









Thursday, May 16, 2013

Akhirnya ilmu yang dipelajari dimanfaatkan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Akhirnya hari ini dah siap sepenuhnya blog kedua-dua kedai saya.  Walaupun masih belum sepenuhnya memasukkan gambar produk tetapi secara dasarnya sudah lengkap strukturnya.  Pelanggan masuk pun dah boleh pilih dan buat tempahan produk.

Bukan senang buat bisnes online ni.  Paling tahap mencabar adalah melayan kerenah pelanggan.  Tetapi konsepnya pelanggan adalah selalu benar.  Tetapi sekiranya memang salah mereka, kita kena juga beritahu mereka dengan cara yang baik.

Semalam saya memang betul-betul diuji kesabaran.  Kebetulan pula saya berpuasa dan saya pula memang sudah merancang untuk membaca yassin bersama angah untuk along yang akan menduduki peperiksaannya pada pukul 6.

Tetapi kerana ujian semalam, saya terpaksa pergi ke pos laju 2 kali dan mengharungi kesesakan lalulintas hanya semata-mata untuk memenuhi keperluan pelanggan.  Walaupun sebenanrya selepas disiasat ia bukanlah kesalahan saya, tetapi saya hantar juga demi mengelakkan hal itu berpanjangan.

Sekembali dari pos laju bergegas solat asar dan terus masak untuk juadah berbuka puasa.  Sambil-sambil masak bacakan yassin untuk along.  Nak buat macam mana semua sudah disusun oleh Allah.   Kita sebagai hambanya terimalah dengan redha,

Jemput singgah ke kedai saya ye.

Pakej Set Ibu Menyusu Badan
Ingin mencuba pilihan produk sunnah
=> http://produksunnahshoppe.blogspot.com/ atau
di https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline

Untuk dapatkan buku dan ebook
=> http://buku-online4u.blogspot.com/ atau di https://www.facebook.com/BukuOnline4U

Bagi produk kecantikan sabun MZS Sabun Vitamin
=> https://www.facebook.com/MZSecretSoapSbg2
 Tidak lama lagi saya akan menambah produk baru.  Nantikan kemunculannya.

Sesiapa yang baru mula bisnes online dan memerlukan Perkhimatan Menyiapkan Kedai Online (Blog & Fan Page) boleh menghubungi saya di noraisah.hussein@gmail.com atau pm saya di https://www.facebook.com/messages/BukuOnline4U




Wednesday, May 15, 2013

Perjuangan diiringi dengan doa

Teks: Aishah Hussein

Dari hari Isnin anak-anak sudah mula peperiksaan pertengahan tahun. Petang nanti along juga akan mula menduduki peperiksaan.  Sebagai ibubapa, apa yang kita boleh lakukan ketika ini hanyalah berdoa.

Sebelum ini sudah diusahakan dengan memberi ingatan agar mengulangkaji.  Semua jadual sudah disusun untuk kelas tusyen dan waktu untuk belajar.  Bagi yang jauh semua pesanan penaja telah dihantar melalui whatsapp dan ketika skype.  Sekarang tiba masa bagi mereka melalui saat untuk berjuang bagi kejayaan masing-masing.

Setiap pagi saya ingatkan angah untuk meminum air zam-zam dan memakan kismis dan kurma.  Semua itu adalah produk sunnah yang saya usahakan untuk sentiasa ada stok di rumah.  Dan saya tambah dengan supplemen tambahan seperti habbatus sauda dan  coklat minda.

Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya lakukan ketika anak-anak sedang menghadapi peperiksaan.  Mungkin ada juga cara lain tetapi ini yang mudah untuk saya lakukan.

Selain dari melakukan solat hajat, ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan ibu bapa bolehlah sama-sama membantu agar anak-anak kita tenang dan dapat menjawab soalan dengan mudah.

1. Ambil wuduk
2. Duduk dengan mengadap kiblat dan ucapkanlah kalimah syahadah sebanyak 3 kali.
3. Mulakan dengan Bismillah dan bacalah surah Al Fatihah sebanyak 10 kali.
4. Baca surah 3 Qul 1 kali: Surah An Nas, Al Falaq dan Al Ikhlas.
5. Baca Surah Inshirah

6. Baca Selawat 10 kali
7. Baca Surah Yassin sekali
8. Baca Surah Inshirah 100 kali

Amalan ini boleh dilakukan ketika anak-anak sedang di dalam dewan peperiksaan.

Saya bersyukur kerana sekarang saya sudah boleh lakukan di rumah.  Kalau dulu ketika masih bekerja,  kadang-kadang waktu peperiksaan SPM along adalah waktu petang dan sudah tentulah waktu bekerja.  Jadi apa yang saya buat adalah pasangkan surah yassin di komputer perlahan-lahan.  Sambil buat kerja saya akan buat amalan-amalan di atas.  Kita hanya berusaha yang menentukan hanya Allah.

In shaa allah semoga dipermudahkan bagi anak-anak dengan keberkatan doa-doa dari ibu bapa.


Bagi mendapatkan produk sunnah
-> https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline

Buku-buku dan ebook ilmiah
-> https://www.facebook.com/BukuOnline4U








Tuesday, May 14, 2013

Walaupun sibuk tetapi bahagia

Teks: Aishah Hussein

Cuaca begitu panas dua tiga hari ini.  Masing-masing kepanasan.  Kain yang dibasuh juga sekejap sahaja sudah kering.  Cuma belum dilipat sahaja.  Itulah satu kerja yang paling susah betul hendak dibuat.  Padahal kalau dibuat sambil menonton tv pun boleh siap.  Tetapi masalahnya saya tiada masa untuk menonton tv sejak bergelar WAHM dan duduk di rumah.

Tidak pernah saya jangka yang menonton tv tiada lagi dalam senarai saya.  Yang sempat ditonton hanyalah rancangan tanyalah ustaz pukul 7-8 pagi.  Kemudian sudah memulakan rutin tugasan yang lain.

Tetapi yang penting saya bahagia bersama keluarga.  Minggu ini juga minggu peperiksaan anak-anak.  Moga mereka mendapat kejayaan yang cemerlang hendaknya.

Bagaimana untuk tangani stres dengan kerja di ofis dan juga di rumah.  Semuanya boleh diperolehi dalam ebook Super Wahm super mom.

Dapatkan di https://www.facebook.com/BukuOnline4U
atau di http://buku-online4u.blogspot.com/

Produk sunnah
-> https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline

Produk kecantikan
-> https://www.facebook.com/MZSecretSoapSbg2



Saturday, May 11, 2013

Tiada noktah untuk pencarian ilmu

Teks: Aishah Hussein

Semalam dan hari ini adalah hari menyibukkan diri dengan ilmu.  Apabila sibuk begini, tugasan di rumah juga harus disiapkan lebih awal.

Masak tengah hari harus dimulakan lebih awal.  Penghantaran pos laju harus di sub kepada pembantu iaitu en suami.

Semalam petang ke kelas baking Red Velvet dan cheese tart.  Hari ini kelas cheesecake.


Walaupun sebenarnya saya sudah tahu membuat kedua-duanya tetapi saya rasa saya perlu lagi menambah baik dari banyak segi.  Dan mungkin juga saya tidak pun akan membuatnya untuk jualan tetapi dapat membuat untuk makan bersama kawan-kawan dan keluarga juga adalah satu kepuasan.

Sebenarnya ramai usahawan di luar sana, walaupun sudah untung beribu-ribu tetapi masih juga pergi ke kelas-kelas.  Kelas tidak terhad kepada kelas kemahiran teknikal berkaitan dengan bisnes kita sahaja. Kelas-kelas lain seperti kelas pemasaran, kelas pengendalian makanan, kelas membuat blog atau fanpage, apa-apa juga kelas yang boleh menambah baik bisnes juga patut dihadiri.

Ilmu itu tidak terhenti selepas kita memegang ijazah sebenarnya.  Ia adalah suatu yang tiada noktah.

Sempena Hari ibu saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat pembaca-pembaca blog saya walau di mana anda berada tidak kira kalian "silent reader"  atau pun yang ada berhubung dengan saya.

Semoga kalian sukses dan menjadi wanita solehah.  



Bagi yang ingin mendaftar Kelas Asas Blog dan membuat fanpage
Sila click
--> http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/kelas-asas-blog-penulisan.html
 

Untuk mendapatkan buku-buku ilmiah
--> http://www.facebook.com/pages/Buku-Online/465062893560060
      http://buku-online4u.blogspot.com/


Mencari produk sunnah
--> http://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline


Ingin mencuba sabun untuk kecantikan dan kesihatan
--> https://www.facebook.com/MZSecretSoapSbg2



Thursday, May 9, 2013

Fokus dan disiplin

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah sudah sebulan saya menjadi WAHM.  Sejak saya bergelar WAHM, saya rasa saya masih lemah di dalam pengurusan masa.  Mesti kuatkan diri untuk mendisiplinkan diri.

Sejak duduk di rumah rasanya kain tidak pernah berhenti membukit, walaupun dilipat setiap hari.  Semasa kecik dulu tengok arwah mak tak pernah mengeluh pun dengan kerja di rumah.  Sekarang baru faham apa yang dirasai oleh arwah mak dulu.

Ya Allah, moga diberi kekuatan untuk mengharungi penghidupan baru aku ini.  Mohon agar didekatkan jiwa aku denganMU, walau sesibuk manapun aku.

Moga minggu depan akan lebih fokus dengan tugasan.

Bakal terbit ebook 101 Idea bisnes Makanan


Membeli buku dan ebook
https://www.facebook.com/BukuOnline4U

Untuk mencari produk Sunnah
https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline


Ingin mencuba produk kesihatan dan kecantikan
https://www.facebook.com/MZSecretSoapSbg2

Tuesday, May 7, 2013

Rezeki Allah yang bagi

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah demam pilihanraya sudah pun kebah.  Moga semua redha dengan keputusan.  Apa yang kita boleh teruskan adalah berdoa demi kesejahteraan agama dan perpaduan bangsa di negara kita.

Semalam Selangor bagi cuti pada rakyatnya.  Kami gunakan peluang itu untuk melawat seorang sahabat yang baru memulakan bisnes rumah urut.  Eh bukan rumah urut yang tut, tetapi urut refleksologi.  Alhamdulillah juga, bila dah bekerja sendiri ni, nampak aje peluang berniaga dan peluang bekerjasama dengan sahabat rapat.

Keputusan saya menjadi WAHM ini keseluruhannya saya serahkan kepada DIA.  Sesungguhnya DIA yang menentukan, kita hanya berusaha.  Segala perasaan risau dan takut akan tidak cukup rezeki saya serahkan kepada DIA.  Hasbunallah wa ni'mal wakil. "Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung".

Tawaran promosi masih berjalan sehingga 20 Mei 2013.
Dapatkan segera di Buku Online.

Sila singgah ke kedai-kedai saya:

Untuk mendapatkan buku-buku ilmiah
--> http://www.facebook.com/pages/Buku-Online/465062893560060
      http://buku-online4u.blogspot.com/

Mencari produk sunnah
--> http://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline

Ingin mencuba sabun untuk kecantikan dan kesihatan
--> http://www.facebook.com/pages/MZSecretSoap/232801930195614

Ingin mendaftar Kelas Asas Blog
--> http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
atau untuk pertanyaan
--> http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/kelas-asas-blog-penulisan.html
 

Monday, May 6, 2013

Ayam Masak Sos Tiram

Teks: Aishah Hussein

Resipi yang ingin saya kongsi pada kali ini ialah Ayam Masak Sos Tiram.  Masakan yang tidak pedas dan sesuai untuk dimakan oleh anak-anak juga.

Jika ingin dihidangkan untuk ibu dalam pantang, bolehlah menggantikan ayam dengan ayam kampong ataupun daging.  Dan abaikan sos tiram dari resipi.  Tambah bawang putih supaya sesuai dengan keadaan ibu dalam pantang.

Ayam Masak Sos Tiram


Bahan-bahan:
10 ketul Ayam 
6 ulas Bawang putih  } ditumbuk
4 ulas Bawang merah} ditumbuk 
Halia 2 inci  } ditumbuk
5 biji Buah pelaga } ditumbuk
2 biji Bunga lawang  } ditumbuk
Kulit kayu manis
Lada hitam
1/2 cawan Sos Tiram

Garam secukup rasa
Air


Cara-caranya:
1. Ayam digoreng dengan minyak sedikit.  Goreng sehingga ayam berwarna kuning sahaja. Tidak perlu sehingga masak
2. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.  Masukkan juga kulit kayu manis.
3. Kacau semua sehingga rata.
4.Masukkan sos tiram dan kacau rata.
5. Masukkan air separas ayam.
6. Masak sehingga ayam betul-betul masak dan kuah menjadi pekat.
7. Sekiranya ayam masih belum masak tetapi kuah sudah pekat, boleh tambah lagi air dan masak sehingga pekat.

Sunday, May 5, 2013

Sphagetti Daging

Teks: Aishah Hussein

Kali ini saya ingin berkongsi resipi barat yang diubahsuai mengikut citarasa orang Melayu.
Bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati dan boleh dibuat stok di rumah.  Jadi tidak perlu bila nak buat baru nak cari.

Seperti biasa, resipi ini adalah resipi yang mudah dan pantas dimasak.  Hari bekerja juga boleh dibuat.  Semoga suri rumah di luar sana dapat manfaatkan resipi ini untuk dihidangkan menu yang mudah dan enak kepada keluarga masing-masing.


Sphagetti  Daging (Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan:
250gm daging kisar
2 ulas Bawang putih  } dipotong dadu atau ditumbuk kasar
2 ulas Bawang Besar } dipotong dadu
2 biji tomtato
1 tin Tomato puree
1 tin cendawan butang
Lada hitam
Lada putih
Oregano
Garam secukup rasa
Gula 1/2 sudu teh
200gm sphagetti


Cara-caranya:
1. Sphagetti direbus bersama air dan diletakkan sedikit garam.
   Untuk kuah:
2. Panaskan periuk dan letak sedikit minyak. {boleh diabaikan jika tidak suka meletakkan minyak}

3. Tumis bawang-bawang yang telah dipotong daud dan ditumbuk.
4. Setelah naik bau, masukkan daging kisar.
5. Setelah daging sudah berwarna cerah masukkan tomato puree dan buah tomato.
6. Tambah 1 tin air ke dalam periuk.
7. Masukkan garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa, serta masukkan oregano 1 sudu besar.
8. Bila sudah menggelegak, masukkan cendawan butang.
9. Masukkan gula sedikit untuk menghilangkan keasidan tomato di dalam kuah.
10. Biarkan ia mereneh dengan api yang perlahan.  Setelah pekat sedikit bolehlah ditutup api.






Saturday, May 4, 2013

Semangat patriotik sikit hari ini

Teks: Aishah Hussein

Esok adalah hari kita mengundi.  Dalam keseronokan kita untuk memangkah calon-calon yang kita pilih, jangan lupa untuk beristikharah kepada Allah sebelum membuat keputusan.

Hanya DIA yang mengetahui pilihan yang mana yang tepat untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita.

Tetapi jangn langsung tidak keluar mengundi pula kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat kepada negara.

Moga apa juga keputusannya esok, kita tetap bersatu demi ISLAM.

Dapatkan ebook 30 tipssihat ibu hamil & pantang di Buku online 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...