Alhamdulillah, bertemu lagi dengan Khamis pagi ini.
Setelah 2 hari tidak produktif dan bermalas-malasan akibat demam, maka hari ini perlu kuatkan semangat. Ada tugasan yang perlu diselesaikan.
Insyaallah, hari ini membuat sampel cookies untuk doorgift yang bakal diserahkan pada Jun nanti. Selesai itu nanti, perlu fokus untuk ebook yang sepatutnya disiapkan Mei. Sudah tersasar sebenarnya.
Masih lagi bersyukur dengan apa juga rezeki yang datang walaupun tidak mencurah seperti waktu bekerja dulu. Niat saya untuk berhenti kerja adalah untuk berada bersama keluarga. Dan semua kerja saya hanya mampu melakukan secara online. Jika saya perlu keluar untuk berjumpa pelanggan adalah setakat menghantar produk. Saya tidak mempunyai masa yang lebih untuk melepak di kedai-kedai makan bersama orang yang saya tidak kenali, lebih-lebih lagi di waktu malam. Melainkan mereka memang sudah lama saya kenali. Dan saya akan keluar jika perlu menghadiri bengkel-bengkel kemahiran.
Saya harap jangan ada yang salah faham konsep WAHM yang kami ibu-ibu yang bekerja di rumah sedang lakukan. Walaupun kami juga ada melakukan kerja secara offline tetapi semuanya ada batasan. Kami ada anak yang perlu dihantar dan diambil dari sekolah. Saya tidak tahu tentang WAHM yang lain tetapi bagi saya, tujuan utama saya untuk menjadi WAHM adalah kerana anak-anak dan keluarga. Jadi saya tidak boleh tersasar dari tujuan itu.
Saya harap Allah sentiasa membantu saya untuk menjana pendapatan tambahan untuk keluarga saya kerana niat saya yang ikhlas untuk bersama keluarga. Terima kasih Allah.
Seronoknya bergelar WAHM. Mudah-mudahan saya pun dapat memegang title tu tidak lama lagi...
ReplyDeleteTerima kasih siti kerana sudi singgah di blog akak. Ya mudah-mudahan satu hari nanti impian siti untuk menjadi Wahm akan tercapai. Allah Maha Mengetahui niat ikhlas seorang isteri dan ibu :-)
Delete