Hari ini cuaca kembali panas. Semalam cuaca redup dan nyaman sampai ke petang, sampai kucing pun malas nak keluar rumah.
Apa aktiviti kita pada hari ini ye. Kebiasaannya hujung minggu adalah hari bersama keluarga. Bagi saya pula, hanya akan melayan hal anak-anak sahaja. Pagi-pagi lagi sudah siapkan nasi goreng kampung untuk mereka.
Hujung minggu ini tiada perancangan apa-apa. Kepanasan minggu peperiksaan masih berbahang. Along masih lagi ada exam petang nanti, angah bersambung ke minggu hadapan begitu juga adik. Jadi hujung minggu ini tengok-tengokkan mereka untuk mengulangkaji sambil melayan permintaan mereka nak makan apa. Mungkin sebentar lagi keluar hanya mencari peralatan untuk memasak di kawasan berdekatan sahaja.
Hari ini saya nak kongsikan gambar muffin yang saya buat untuk adik pada hari Khamis lalu. Walaupun sebenarnya kepenatan sebab sudah dua hari berpuasa tetapi kesian pula tengok dia merayu "nanti malam kalau saya lapar tak ada apa nak makan". Dalam gambar muffin ni nampak macam kering tetapi sebenarnya dia lagi lembap dari resipi yang kongsi sebelum ini.
Resipinya
lebih kurang resipi yang sebelumnya cuma saya tukar sedikit
Bahan-bahan:
A.
220gm self
raising flour {bagi yang tiada penimbang, boleh gunakan dalam anggaran 2 cawan
}
3 sudu besar
serbuk koko
1/2 sudu teh
soda bikarbonat
2 sudu teh
baking powder
1 cawan gula
merah
B.
250ml susu
(lebih kurang 1 cawan)
1/3 cawan
minyak
2 biji telur
1 sudu teh
esen vanilla
C.
100-150g
coklat chip
Cara-caranya:
1.
Ayak tepung, baking powder dan baking soda.
2.
Masukkan gula perang, dan gaul rata.
3.
Masukkan pula setengah dari chocolate chip. Bakinya untuk ditabur di atas
untuk hiasan.
4. Di
dalam mangkuk lain, satukan minyak, susu, esen vanilla dan telur. Pukul
bagi rata sahaja.
5.
Tuang bahan-bahan basah ke dalam bahan-bahan kering dan gaul rata
menggunakan senduk.
6.
Masukkan ke dalam mangkuk kertas yang disusun di dalam muffin tray dan
taburkan coklat chip di atas adunan.
7. Bakar
pada suhu 180C selama 20-25 minit. Perlu diingatkan suhu dan masa
untuk memasak bergantung kepada oven
masing-masing.
Jika
menggunakan cawan kerta yang bersaiz 8, resipi akan menghasilkan lebih kurang
25 biji muffin.
No comments:
Post a Comment