Thursday, May 23, 2013

Cuti sekolah, cuti untuk ibu

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Tinggal satu hari lagi sekolah akan bercuti.  Anak-anak yang sudah habis exam sudah mula rileks kembali.  Tetapi peringatan tetap diberikan bahawa cuti ini hanyalah sementara.  Nak rehat boleh tetapi hanya untuk 3-4 hari lepas itu harus panaskan semula enjin, almaklum peperiksaan besar menunggu bulan September.

Tetapi sebenarnya, bila cuti sekolah datang, ibu dia yang sebenarnya lagi rasa lega.  Pagi-pagi tidak berkejar-kejar buat persiapan.  Tugas menggosok baju sekolah boleh cuti juga dulu.  Tugasan di rumah juga nanti boleh minta pembantu-pembantu yang sedang bercuti ni buatkan.


Kalau dulu masa bekerja, lega banyak bila waktu cuti sekolah begini sebab jalan pun kurang trafik.  Tetapi sekarang bila sudah bekerja dari rumah, trafik jam tiada lagi dalam senarai.  Trafik jam waktu petang sahaja bila waktu nak ambil anak dari sekolah, itupun jika mengambil alih tugas en suami.

Lebih kurang 3 minggu lagi along pula akan pulang bercuti.  Meriah semulalah rumah dengan suara-suara bergaduh along dengan angah.  Namanya pun adik-beradik.  Bila dia orang tak ada, sunyi pula rumah rasanya.  Tetapi itu memang sudah lumrah ibubapa.  Kena terima yang pada suatu hari nanti anak-anak akan pergi juga untuk teruskan kehidupan bersama keluarga mereka pula.  Jadi berlatihlah dari sekarang.






 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...