Tuesday, May 21, 2013

Seharian membakar

Teks: Aishah Hussein

Seharian membakar 3 jenis jenis brownies hari ini.  Pukul 6 petang selesai semua, tinggal untuk dihantar esok pagi.  Penat jangan ceritalah.  Proses membuat tidak menjadi hal, tetapi bila hendak mengemas penat betul rasanya.  Macam itulah nasib orang yang tiada pembantu.

Bila sudah sibuk macam ni, nak makan pun tiada selera.  Jadi memang tidak masak pun hari ini kerana anak-anak pun petang baru akan diambil.

Bila sudah selesai semua kerja, barulah terasa lapar perut, tetapi nak masak pun sudah penat.  Jadi malam ini tukar perancangan.  Saya ikut en suami menghantar anak ke kelas tae kwando, jadi makan malam adalah di kedai mamak kegemaran adik setiap hari Selasa malam.

Lega dapat makan nasi, walaupun hanya lauk ayam goreng(ayam goreng di Restoran Hakim, Shah Alam memang sedak kalau panas-panas).  Terima kasih Allah untuk rezeki ini.

Bila perut dah kenyang, mata pun sudah layu.  Lama lagi nak tunggu angah habis kelas. Tidur dalam kereta dulu la nampaknya.  Kita jumpa esok ye.

Sebenarnya saya ingin berkongsi resipi brownies yang saya selalu buat.  Tetapi belum kesampaian.  In shaa allah jika diizinkan Allah saya akan masukkan di sini.

Selamat malam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...