Wednesday, May 15, 2013

Perjuangan diiringi dengan doa

Teks: Aishah Hussein

Dari hari Isnin anak-anak sudah mula peperiksaan pertengahan tahun. Petang nanti along juga akan mula menduduki peperiksaan.  Sebagai ibubapa, apa yang kita boleh lakukan ketika ini hanyalah berdoa.

Sebelum ini sudah diusahakan dengan memberi ingatan agar mengulangkaji.  Semua jadual sudah disusun untuk kelas tusyen dan waktu untuk belajar.  Bagi yang jauh semua pesanan penaja telah dihantar melalui whatsapp dan ketika skype.  Sekarang tiba masa bagi mereka melalui saat untuk berjuang bagi kejayaan masing-masing.

Setiap pagi saya ingatkan angah untuk meminum air zam-zam dan memakan kismis dan kurma.  Semua itu adalah produk sunnah yang saya usahakan untuk sentiasa ada stok di rumah.  Dan saya tambah dengan supplemen tambahan seperti habbatus sauda dan  coklat minda.

Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya lakukan ketika anak-anak sedang menghadapi peperiksaan.  Mungkin ada juga cara lain tetapi ini yang mudah untuk saya lakukan.

Selain dari melakukan solat hajat, ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan ibu bapa bolehlah sama-sama membantu agar anak-anak kita tenang dan dapat menjawab soalan dengan mudah.

1. Ambil wuduk
2. Duduk dengan mengadap kiblat dan ucapkanlah kalimah syahadah sebanyak 3 kali.
3. Mulakan dengan Bismillah dan bacalah surah Al Fatihah sebanyak 10 kali.
4. Baca surah 3 Qul 1 kali: Surah An Nas, Al Falaq dan Al Ikhlas.
5. Baca Surah Inshirah

6. Baca Selawat 10 kali
7. Baca Surah Yassin sekali
8. Baca Surah Inshirah 100 kali

Amalan ini boleh dilakukan ketika anak-anak sedang di dalam dewan peperiksaan.

Saya bersyukur kerana sekarang saya sudah boleh lakukan di rumah.  Kalau dulu ketika masih bekerja,  kadang-kadang waktu peperiksaan SPM along adalah waktu petang dan sudah tentulah waktu bekerja.  Jadi apa yang saya buat adalah pasangkan surah yassin di komputer perlahan-lahan.  Sambil buat kerja saya akan buat amalan-amalan di atas.  Kita hanya berusaha yang menentukan hanya Allah.

In shaa allah semoga dipermudahkan bagi anak-anak dengan keberkatan doa-doa dari ibu bapa.


Bagi mendapatkan produk sunnah
-> https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline

Buku-buku dan ebook ilmiah
-> https://www.facebook.com/BukuOnline4U








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...