Monday, May 27, 2013

Apabila angah ke dapur

Teks: Aishah Hussein

Malam tadi pulang dari Kuantan, badan rasa lain macam.  Sampai terus bersihkan diri, lepas mandi rasa sejuk sangat.  Terus cari selimut dan tidur terus.  Bila adik rasa dahi, "panas lah badan ibu".  Sudah lama tak demam sebenarnya.  Sebenarnya demam itu ada kaitan dengan sakit kencing kotor.  Pagi tadi jumpa doktor, sudah diberi segala antibiotik dan ubat-ubatan.  Harap-harapnya semua selesai dalam 2,3 hari ini.

Bila ibu demam, chef no. 3 (gelaran yang diberi oleh adik) akan mengambil alih.  Angah akan mengambil alih tugas ibu.  Jadi inilah menu tengah hari tadi, ikan kerisi masak singgang, ikan selar goreng dan sambal tempoyak.   Alhamdulillah, walaupun ikan terlebih garing,  semuanya makan dengan selera.



Untuk makan malam, chef no. 1 sudah sihat kembali, jadi menu malam ini adalah laksa kuah putih (terengganu).  Gambar tidak diambil kerana ulam-ulaman semua tak cukup, hanya ada timun.  Menu bidan terjun sebab chef tiada selera nak makan nasi.

Tetapi laksa ini sudah masuk dalam senarai along, makan yang dia nak makan apabila pulang ke Malaysia nanti.  Jadi in shaa allah jika ada peluang, saya akan masukkan gambar laksa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...