Tuesday, June 25, 2013

Tips Bisnes Makanan Dari Rumah

Teks: Aishah Hussein

Assalamualaikum sahabat-sahabat.  Maaf kerana lama tidak membuat entri.

Sejak dari minggu lepas, saya sangat-sangat sibuk menyiapkan tempahan cookies, brownies dan muffin untuk beberapa majlis kahwin dan bertunang.  Mujur ada pembantu yang dapat ringankan tugasan-tugasan di rumah.  Siang-siang membakar, bila malam nak buat entri mata pun dah layu.





Bisnes makanan dari rumah sebenarnya sangat-sangatlah mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak.  Sesiapa sahaja boleh lakukan, janji ada kemahuan.

Saya sendiri tidak memasarkan produk saya ke mana-mana.  Apa yang saya buat pada asalnya adalah membawa ke pejabat dengan niat  hendak menjamu kawan-kawan.  Tiada niat untuk berniaga. Tetapi setelah itu, kawan-kawan sudah mula menempah brownies dan cookies.  Sekarang pun, saya hanya lakukan suka-suka sahaja dan tiada niat untuk membuat bisnes secara besar-besaran.

Suri rumah yang bekerja sangat mudah untuk menjana pendapatan tambahan melalui bisnes makanan.  Cuba buat resipi-resipi yang kita rasa mudah untuk kita sendiri lakukan.  Banyak resipi-resipi di internet yang kalian boleh google dan cuba.  Cari resipi yang ada banyak komen positif. Buat sehingga kalian sudah rasa yakin, kemudian bawa produk tersebut ke pejabat, surau atau ke kenduri doa selamat.  Boleh juga diberi kepada jiran-jiran.

Dengan cara ini, kita dapat tahu terus komen-komen tentang produk kita.  Selalunya jika produk kita memang sedap, mereka pasti akan terus bagi tahu.  Jika ada yang betul-betul suka akan terus ingin menempah dengan kita.

Tetapi jika mereka makan dan hanya berdiam diri, kalian jangan cepat mengalah.  Cuba perbaiki lagi produk kita.  Mungkin ada tersilap di mana-mana ataupun cuba resipi lain pula.  Kalian harus kuat semangat dan cuba sehingga berjaya hasilkan produk yang disukai oleh orang lain bukan yang disukai oleh kalian sendiri.

Pernah ada pakar motivasi berkata "jika kita buka restoran dan jual lauk yang kita sendiri suka, baik tak payah buka restoran.  Sebabnya kita jual untuk orang lain beli bukan untuk kita yang beli.  Jadi masaklah makanan yang orang lain suka makan, bukan yang kita suka makan".

Saya doakan sahabat-sahabat di luar sana yang ingin mulakan bisnes makanan dari rumah diberi kekuatan untuk teruskan niat kalian.  Moga berjaya kerana sudah ramai mereka yang berjaya di luar sana.

Ikuti kisah pahit getir pengalaman usahawan-usahan dalam ebook 101 Idea Bisnes Makanan.


 pre-order sekarang dengan harga RM30

7 comments:

  1. kdg mmg peel org2 slalu suka rasa sample jer..tp xpenah nk beli brg...ada jer org mcm tu..kerenah manusia pelbagai ragam..sbr je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi wan rokiah. memang macam2 ragam. tapi tak apalah, kita boleh cuba pelbagai cara lain lagi. kadang-kadang dia tak beli masa tu, tahun depan mana tau dia tempah dengan wan.

      Delete
  2. mgkn die yg rs.. tp die ceritekan kt kwn2 die.. :D
    wlpun bukan die yg beli, mgkn kwn2 die yg beli..
    sy ade kwn yg mcm tu :D

    ReplyDelete
  3. Bole buat duit banyak ni ada ebook sendiri. Teringin gak nak try business dari rumah ni. Tapi rasa sayang nak tgglkan gaji skrg ni. Kalau nak ikutkan aku ada jek skill forex n binary option ni. Mgkin if ada duit backup lebih sikit aku nak try gak la buat kerja online ni...Just kena polishkan lagik skill yang ada..wish me luck.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...