Syukur hari ini kita dapat berjumpa lagi. Setelah sibuk di hujung minggu kini kembali kepada rutin asal. Cuti 2 minggu membuatkan badan ini sedikit liat untuk bergerak cergas menyiapkan kelengkapan anak-anak ke sekolah. Ini sudah kira terbalik, emak budak pula yang liat, sedangkan anak-anak sudah siapkan segala beg-beg dari malam tadi.
Sebelum tidur malam tadi ibu sudah menyuruh adik setkan minda. Selepas dia membaca semua surah yang telah dia hafaz, saya suruh dia beritahu pada diri sendiri, "esok saya mudah bangun solat Subuh. Esok saya seronok untuk pergi ke sekolah".
Pagi ini memang adik mudah bangun Subuh. Sampai depan tempat transit pun boleh terus keluar kereta ambil beg dan masuk dalam mandi. Senyum manis aje muka adik hari ini. Kalau tak selalunya muka mengantuk dan silap-silap haribulan ada sahaja kesilapan yang dicarinya setiap pagi. Alhamdulillah pagi ini mood dia ceria.
Untuk ibu, pagi ini sudah set minda untuk siapkan mana-mana tugasan yang masih sangkut. Dan projek doorgift masih berterusan. Projek brownies sentiasa datang walaupun bukan setiap hari, saya bersyukur kerana Allah memakbulkan doa saya. Apa yang saya doa, "Ya Allah, mohon kurniaMU agar diberikan rezeki dari segenap arah untuk segala hal dunia dan akhirat mengikut kemampuanku ya Allah, hanya engkau yang lebih mengetahui yang terbaik buat diriku".
Saya tahu jika Allah memberi saya tempahan yang banyak, saya sendiri juga tidak mampu lakukannya kerana keadaan kesihatan saya. Tetapi sesungguhnya DIA yang lebih mengetahui, jika dia memberi juga tempahan yang banyak, dia juga yang akan memberikan bantuan kepada saya.
In shaa allah, minggu ini juga Allah kirimkan bantuan tenaga kepada saya, dari Mesir datangnya tapi bukan asalnya ya. Saya harap dengan bantuan dia, saya dapat fokus kepada fasa akhir ebook saya sambil menyiapkan tempahan dan juga membuat penghantaran beberapa tempahan produk-produk yang lain. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Sahabat-sahabat yang menyokong dan turut mendoakan kejayaan saya, saya ucapkan terima kasih. Moga kalian juga akan berjaya dunia akhirat.
Ebook 101 Idea Bisnes Makanan
Mula terbit secara rasmi 30 Jun 2013!
Mula terbit secara rasmi 30 Jun 2013!
Pre Order sekarang hanya dengan RM30.
Tempah di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html
No comments:
Post a Comment