Saturday, April 6, 2013

Tempat Jatuh lagi dikenang - 05.04.13

Teks:  Aishah Hussein

Akhirnya tiba hari yang dinanti-nanti.  Setelah hampir 22 tahun berkhidmat, saya akhirnya meletak jawatan untuk bersama dengan keluarga.  TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG inikan pula tempat..apa ya.  Ini adalah tempat pertama dan terakhir saya bekerja.  Pindah tempat bekerja memanglah ada.  Dari tingkat 10 ke tingkat 9.  Dari tingkat 9 ke tingkat 6 kemudian ke rumah kedai.  Tetapi masih tetap majikan yang sama. Dari masih anak dara sehinggalah dapat anak tiga, saya masih setia di sini.  Ia adalah tempat saya mencari rezeki selama 21 tahun.

Semalam juga majikan memberi bonus kepada pekerja-pekerjanya bagi servis tahun lepas.  Tetapi bagi pekerja yang tidak setia seperti saya, bonus tidak dibayar, walaupun saya masih memberi servis kepada syarikat pada tahun lepas.  Berapa lamakah tempoh agaknya diperlukan oleh seorang pekerja untuk membuktikan kesetiaan kepada majikannya.  25tahun? 40tahun?

Walau bagaimanapun, di dunia ini hanya ada satu majikan sahaja yang pemurah.  Jadi, saya rasa saya tidak perlu susah hati mahupun berkecil hati.   Hanya pada MAJIKAN ini yang saya patut minta bonus.  Dan MAJIKAN ini juga telahpun memberikan saya bonus kepada saya tanpa saya sedar.  DIA kurniakan saya bonus yang tidak ternilai iaitu sahabat-sahabat handai yang banyak membantu saya waktu susah dan senang.  Tidak kira lelaki mahupun perempuan.  Terima kasih Allah.  Sewaktu saya berbicara dengan En Suami sewaktu dalam perjalanan ke rumah dari pejabat petang sesemalam, tanpa saya sedari airmata mengalir laju.  Sedih bukan kerana saya tidak diberi bonus tetapi kerana saya akan merindui sahabat-sahabat saya.

Wahai sahabat.  Perhubungan kita tidak akan berakhir di sini sahaja.  Moga ia kekal hingga ke akhir hayat.

2 comments:

  1. assalam kak sha.. sedey plak saya membacanya...
    jgn sedey sgt ye..alhamdulillah kak sha diberi kesempatan utk berehat bersama kelarga..setelah berpuluh thn berkhidmat...turn kiteorg belum lg..doakan kami ye..!!

    -kelly-

    ReplyDelete
  2. In shaa allah kelly. Satu hari nanti ye. Ameen

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...