Foto: Carian Google
Restoran 24 jam adalah restoran yang beroperasi
sepanjang masa, yakni 24 jam.
Selalunya restoran jenis ini berada di sekitar
universiti, kolej dan juga kawasan perumahan.
Bila kita sebut restoran 24 jam ini, dalam kepala
saya hanya terfikir restoran mamak.
Tetapi ada juga restoran lain contohnya restoran makanan segera seperti
Mc Donald atau KFC. Cuma restoran mamak ini
memang yang paling digemari oleh pelanggan.
Sasaran pelanggannya adalah pelajar-pelajar yang
suka melepak di kedai-kedai makan pada waktu malam. Mereka ini selalunya suka melepak di situ
kerana selalunya restoran sebegini menyediakan wifi secara percuma. Sambil-sambil borak sambil membuat tugasan atau
kertas kerja. Kadang-kadang bukan untuk
buat tugasan tetapi sebab keperluan online untuk melayari laman web. Dengan hanya oder segelas air sahaja pun
mereka sudah boleh online sepanjang malam.
Bukan sahaja pelajar kolej tetapi ahli perniagaan
online juga suka menggunakan restoran mamak sebagai tempat mereka berbincang
dan berniaga. Kemudahan wifi percuma
memang menarik pelanggan yang memerlukan perkhidmatan wifi untuk urusan penghantaran
emel dan penggunaan laman sosial.
Restoran mamak ini juga bukan sahaj menyediakan wifi
percuma tetapi ada juga yang menyediakan skrin besar untuk menonton bola dan
sebagainya.
Ada buruk dan baiknya kebenaran untuk membuka restoran 24 jam ini. Pihak berkuasa juga harus memantau supaya trend melepak di kedai-kedai sebegini tidak mendatangkan gejala sosial pula kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment