Hari ini barulah saya dapat
menghabiskan bacaan ebook Super Wahm Super Mom. Walaupun saya sendiri sudah memegang jawatan
seorang WAHM sejak 2 minggu lalu, tetapi terlalu banyak tugasan yang perlu
dibuat. Tiada ruang untuk saya selitkan bagi pembacaan ebook ini. Alhamdulillah
akhirnya Allah mengizinkan saya menamatkan pembacaan ebook ini.
Ingin saya memetik salah satu
kegembiraan dan keseronokan bekerja dari rumah yang disenaraikan oleh penulis:
Pilih yang
terbaik untuk kehidupan. Hidup hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan
perkara
yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja,
jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.
Salah satu sebab kenapa saya berhenti kerja adalah untuk berada
bersama-sama dengan anak-anak saya.
Ketika saya tekad untuk berhenti kerja, saya memang betul-betul berserah
kepada Allah untuk menentukan pilihan saya.
Kerja sehingga usia 50 tahun pun tidak
akan mendapat ganjaran yang kita inginkan.
Saya tidak mahu lagi melepaskan peluang untuk melayan anak-anak seperti
peluang yang telah saya lepaskan sewaktu dengan anak sulung dulu. Betul, mereka membesar hanya sekali dan saya
rasa amat rindu untuk membelai anak sulung saya ketika beliau kecil dulu. Seperti wujud satu tidak kepuasan di dalam
diri ini.
Sebelum saya mengenali penulis, saya memang pernah dengar
perkataan WAHM dan SOHO. Tetapi tidak tahu perbezaannya. Setelah membaca ebook ini, barulah saya faham
apa takrifan yang sebenarnya.
Ebook ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bukan
sahaja untuk suri rumah sepenuh masa tetapi juga untuk ibu-ibu yang
bekerja. Bagi wanita-wanita yang
bercadang untuk berhenti kerja dan bekerja dari rumah, memang elok membaca
ebook ini untuk dijadikan panduan.
Sayangnya saya tidak diketemukan dengan ebook ini sebelum saya membuat
keputusan untuk berhenti kerja. Apa-apa
pun, syukur masih belum terlambat untuk dijadikan panduan.
Di dalam ebook ini terdapat tips untuk menguruskan stres, tips sukses
urus masa dan tips urus rumahtangga.
Ramai yang menyangka suri rumah sepenuh masa ada banyak masa untuk
bersembang dan menonton tv. Tanpa
pengurusan masa, satu tugas pun tidak akan selesai.
Saya sendiri juga sudah melaluinya. Walaupun masih baru bergelar WAHM, saya
sudah rasa seperti masa 24 jam itu tidak
cukup buat saya. Masa mula-mula berhenti
kerja, semua kerja di rumah saya rasa saya perlu untuk selesaikan. Mula rasa stress mana satu nak buat ni. Dengan kain sampai 2 bakul tidak berlipat,
masa untuk masak lagi, masa untuk selesaikan kerja online. Tetapi Alhamdulillah, sekarang saya sudah
mula boleh selesaikan sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.
Saya mulakan dengan bangun lebih awal dan selesaikan persiapan
untuk anak-anak seperti biasa. Setelah
mereka semua sudah pergi ke sekolah dan pejabat, saya akan berehat dan
selesaikan dulu urusan saya dengan Allah. Kemudian barulah saya selesaikan
tugas di rumah dan sambung dengan tugasan online saya.
Tidak dinafikan juga bekerja sendiri ini kita dapat menyusun
jadual kita sendiri. Tetapi semangat
kena kuat untuk disiplinkan diri.
Secara keseluruhannya ebook Super Wahm Super Mom ini amat sesuai
dimiliki oleh semua wanita yang bekerja di pejabat mahupun di rumah.
Dapatkan ebook ini segera di Buku Online atau
No comments:
Post a Comment