Tuesday, April 9, 2013

Cekodok Jagung Teh tarik

Teks: Aishah Hussein

Juadah ini adalah juadah yang paling digemari oleh suami dan anak sulung saya.  Kalau saya buat memang satu besen pun boleh habis dikerjakan dua orang ini.

Cekodok Jagung
Bahan-bahan:
3 tongkol jagung dihiri-hiris isinya
4 cawan tepung
Bawang Merah dihiris
Cili merah dihiris
Ikan bilis - jika suka
Garam
kalau suka boleh letak lada hitam sedikit
Air untuk membancuh

Cara-caranya:
 1.   Gaulkan jagung ke dalam tepung dan tambahkan garam secukup rasa.
 2.   Bancuh tepung dan jagung dengan air.
 3.   Bancuhan biarlah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
 4.   Goreng cekodok dalam minyak yang panas.
* Resipi di atas boleh diubahsuai mengikut kehendak masing-masing.  Jika suka jagung lebih banyak dari tepung, boleh kurangkan tepung atau lebihkan bilangan jagung.
  
Teh Tarik
Apa kata hari ni kita buat teh tarik di rumah.  Asyik minum kat kedai mamak aje.  Kita pun boleh buat teh tarik sehebat teh tarik mamak. 
Untuk mendapatkan warna teh tarik yang menarik, serbuk teh mestilah dimasak di dalam air yang panas.  Kalau boleh rebus teh sehingga ia betul-betul kembang.
Untuk mendapat rasa dan bau teh yang harum, bolehlah dicampur pelbagai jenis teh.  Contohnya teh boh, teh lipton atau kalau ada serbuk teh-teh yang lain.{ini yang saya baca di internetlah, tapi saya sendiri campur apa yang ada aje}
Selepas dah kembang teh, tapiskan air ke dalam teko dan letak susu pekat mengikut selera masing-masing.  Jika yang tidak mahu susu pekat, boleh juga dicampurkan susu serbuk hiraq.  Memang sedap.

1 comment:

  1. Nanti sampai airport ibu bawak brownies. Hehe kawan saya nak rasa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...