Monday, April 22, 2013

Gerai Burger

Teks: Aishah Hussein

Salah satu dari cabang makanan segera produk tempatan adalah gerai burger.  Gerai-gerai burger ini selalunya dibuka berhampiran dengan kedai-kedai makan.  Tetapi ada juga yang didirikan di kawasan perumahan.

Sasaran pelanggan peniaga-peniaga ini adalah anak-anak remaja serta kanak-kanak.  Tetapi golongan dewasa ada juga yang menyukai burger produk tempatan ini.

Gerai burger ini selalunya menjual Benjo, Burger Daging, Burger Ayam, Burger Arnab, Burger Kambing, dan yang sedang popular sekarang adalah Burger Bakar.  Setiap satu menu itu juga ada yang ditambahkan pakej istimewa di mana ditambah telur ataupun pun keju.


Gerai burger selalunya mula beroperasi lewat petang sehingga lewat malam.  Ini adalah kerana sasarannya adalah pelajar-pelajar dan anak bujang yang suka keluar untuk makan dan minum lewat malam.

Bisnes ini selalunya dimonopoli oleh golongan remaja lelaki kerana proses menyediakannya mudah.
Bahan-bahan mentah untuk bisnes burger seperti kepingan daging dan sayur-sayuran  juga senang didapati di pasaraya-pasaraya.




Foto:
joinme.com.my
virtualmystic.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...