Wednesday, April 10, 2013

Hadiah buat anak-anak -10.04.13

Teks: Aishah Hussein

Tiada yang lebih menggembirakan hati anak-anak melainkan dilayan oleh ibu mereka setiap masa.  Begitu juga perasaan ibu ketika melayan anak-anak. Memang penat, tetapi hati seolah dapat satu kepuasan.

Minggu ini saya sudah bergelar WAHM tetapi saya masih lagi menyusun masa perlahan-lahan untuk fokus kepada tugasan.  Hari ini saya masih perlu meneruskan rawatan di hospital hari, namun saya cuba meluangkan masa supaya  dapat bersarapan bersama si kecil (yang dah tidak berapa kecil lagi sebenarnya).  Walaupun hanya besarapan di kedai sahaja kerana perlu hantar si abang ke sekolah awal-awal pagi, tetapi masa yang singkat itu sebenarnya adalah masa berkualiti.  Pandangan kasar kita 15 minit adalah terlalu singkat tetapi belaian dan pesanan yang diberikan dalam waktu 15 minit dapat memberi impak kepada pemikiran anak-anak kita.

Seperti kata-kata dari seorang sahabat kepada saya, "sebenarnya keputusan untuk berhenti adalah sebuah hadiah kepada anak-anak".  Mudah-mudahan pengorbanan saya diredhaiMU wahai Allah.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...