Tuesday, May 27, 2014

Rancang sebagai langkah persediaan

Teks: Aishah Hussein

Anak-anak ada acara Hari Guru.
Saya men'cutikan' diri saya dari aktiviti terapi sudah seminggu lebih.  Bagus sekali.
Tidak mengapa lutut sakit, kembalikan kepada Allah. Redha dan ikhlaskan kerana itu pilihan kita.
Hari ini. Cuba untuk kuatkan diri pergi ke tempat rawatan.  Moga berjaya dan diizinkan Allah.

Hari ni cadangnya dengan angah nak masak nasi lemak lauk sotong untuk dinner.  Awal pagi lagi sudah merancang. Sangat bagus untuk suri yang sibuk, rancang dari awal apa nak masak supaya senang siapkan bahan-bahan.  Tidak lah bila hendak masak baru nak suruh suami belikan barang apa yang tidak ada.

Selamat bercuti kepada rakan-rakan yang bercuti.
Yang bekerja, bekerja dengan hati yang tenang.  Lakukan kerana Allah dari hati bukan hanya di mulut.
Senyum sokmo barulah ada tanda-tanda hati itu tenang dan gembira :)
Selamat menyambut Israk Mikraj.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...