Sunday, May 18, 2014

Tempahan "Blog Header"

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Semalam seharian di luar memenuhi jemputan kenduri.  Pagi ini baru dapat masuk ke SOHO.
Seperti yang saya janjikan kepada Sue, saya ingin mempromosikan perkhidmatan membuat "header" untuk blog.  Bukan. Bukan saya yang buat.  Tetapi Sue Haida yang buatkan untuk saya.

Si Along komen comel, "sweet" aje.  
Saya tak kembang sebab bukan saya yang buat pun ;)

Yang berminat nak tempah "header" blog boleh hubungi Sue Haida
Email : sue_546@yahoo.com
No telefon : 012-722 3482
Facebook : SueHaida1986
Alamat Blog : Sue Suka Susun

Boleh singgah di blog Sue untuk lihat beberapa "header" yang Su telah hasilkan.

Ini antara contoh bisnes yang boleh dilakukan di rumah sahaja.  Kepakaran ada, kembangkan melalui online.  Untuk PROMOSI, hubungi beberapa prospek dan berikan percuma dahulu.  Kemudian prospek ini akan membantu PROMO secara PERCUMA untuk bisnes kita.  Tidak perlu keluarkan banyak belanja untuk permulaan.  Apabila orang sudah lihat hasil kerja kita, orang tidak teragak-agak untuk tempah.  Itu salah satu cara.

Di ABDR sahaja ada hampir 700 blog, peluang untuk Sue mendapat tempahan sangat tinggi.  700 itu hanya blog utama, belum masuk blog kedua dan ketiga dan seterusnya.  Begitu juga dengan iklan di SOHO directory, apabila kalian iklan di situ, link SOHO akan berada di blog kalangan peserta ABDR.  Itu antara cara untuk menarik trafik ke blog dan bisnes kalian.

Apa-apa pun, kalau tiada blog macam mana nak tempah "header" blog kan ;)

Jom belajar bina blog bersama ABDR terlebih dahulu.  Lepas itu, nak buat berapa banyak blog pun sudah tidak ada masalah.


Ini antara 2 kelas yang sangat banyak pesertanya:

1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Ini antara perkhidmatan yang Akademi Bekerja di Rumah tawarkan:
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline yang terkini 14 Jun 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog

Sekiranya berminat, hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...