Wednesday, May 28, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.  Syukur atas setiap nikmat yang Allah kurniakan.
Kadang-kadang ada yang bertanyakan kepada saya, jika mereka sudah ada blog tetapi ingin bergabung dengan Akademi bekerja di Rumah(ABDR), bagaimanakah caranya.
Jawapannya:
Ramai di antara peserta kami yang memang sudah ada blog.  Tetapi setelah sertai kelas asas blog dan membina blog baru mengikut format dan cara yang diajarkan di ABDR, mereka tidak menyangka sama sekali yang trafik ke blog baru mereka naik lebih cepat berbanding blog yang lama.  Blog lama tidak perlu diabaikan.  Masih boleh dimasukkan linknya ke dalam blog baru.
Baca juga ulasan peserta, seorang usahawan yang baru sedar tentang efektifnya pengaruh networking ABDR.

Sumber: http://norainidollah.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html
Saya mula melibatkan diri dalam bisnes secara online pada tahun 2011. Sebelum itu pada tahun 2008-2009 saya ada membuka kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan jahitan serta membuat kursus belajar menjahit. Kedai ini diusahakan bersama sahabat saya tetapi terpaksa ditutup kerana masalah pekerja dan kami masing-masing ada komitmen baru. Jadi selepas bersalin suami meminta saya menjaga sendiri anak di rumah. Bermula dari situ saya mula mencari peluang bisnes dari rumah.

Saya menyertai bisnes secara dropship tanpa modal di internet. Produk dropship agak bagus malangnya saya tidak pandai bahagian pemasaran. Kemudian saya pergi ke kursus belajar FB ads untuk beriklan di facebook. Setelah faham cara beriklan di facebook, saya ditemukan dengan sahabat saya yang belajar di USM dahulu yang telah menjadi pemborong barangan kanak-kanak. Apalagi saya terus menjadi agennya dan berbekal ilmu FB ads saya berjaya mendapat untung bersih mencecah 4 angka, dan kini saya menjadi pemborong pula. Tetapi sejak akhir-akhir ini FB semakin mengetatkan polisi iklan dan kos iklan di facebook semakin mahal.

Kemudian saya ditemukan dengan kak Masayu Ahmad yang sering bercerita tentang Akademi Belajar Dari Rumah di facebooknya. Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.

Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik berblog melalui Akademi Bekerja Dari Rumah ini. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung.

Namun dengan menyertai Akademi ini, saya mendapat jaringan bines yang luas dan capaian blog saya lebih tinggi kerana ada lebih 600 blog yang bergabung dan saling membantu sesama ahli akademi untuk menaikkan blog kita di google. Dengan ini kita akan mendapat lebih ramai pelawat dan tentu sekali lebih ramai pelanggan! Nasihat saya, jika ingin berbisnes online jom bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.


Bergabung bersama 700 blog di ABDR.
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog

PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.
SMS/whatsapp: 013 383 7768

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...