Thursday, May 1, 2014

Refleksi minggu exam

Teks: Aishah Hussein

Kenapa.
Kita nak anak kita berjaya setiap kali exam?
Adakah supaya mereka menjadi TOP student di sekolah?
Adakah supaya mereka berjaya masuk ke universiti?
Adakah supaya mereka mendapat tajaan?
Adakah supaya mereka mendapat pekerjaan yang hebat?
Adakah supaya mereka menjadi orang yang hebat selepas graduate?
Realitinya, apa yang kita mahu adalah mereka mengikut skrip doa kita. Skrip keinginan kita. Skrip keinginan masyarakat kita.

Bukankah lebih indah jika kita dapat katakan kepada anak-anak dan ingatkan diri kita sendiri.

Anakku.
Tidak mengapa tidak masuk universiti asalkan keadaan dirimu adalah dalam keadaan fitrah. Asalkan jalan kau pilih adalah jalan-jalan yang memenuhi kehendak fitrah.
Tidak mengapa mahu jadi apa pun asal apa yang kau buat itu hebat di mata ALLAH bukan di mata sesiapa.
Buat kerana mahu HEBAT pada pandangan ALLAH.

Lyana Zakaria tiada apa yang susah dalam dunia ini jika kita lakukan untuk ALLAH, kerana ALLAH semata-mata. Be the best for ALLAH and the rest is history.
~Refleksi
Exam week.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...