Thursday, January 29, 2015

Selamat Harijadi Along

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
21 tahun telah berlalu ketika saya melahirkan bayi perempuan.  Hanya dia sahaja bunga di kalangan 2 lagi lelaki permata hati kami.  Cepat betul masa berlalu.  Rasa macam baru semalam menghantar Along ke sekolah tadika.  Terasa juga sudah lama rupanya hidup di dunia.  Tiada apa yang saya inginkan ketika ini.  Hanya keredhaan Allah ke atas kami sekeluarga.

Moga anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.  Apabila anak-anak sudah besar dan jauh dari kita, yang mampu kita lakukan hanyalah doa.  Peringatan hanya boleh disampaikan melalui whatsapp.  Sama ada dia dengar dan ikut, itu semua berserah kepada Allah.

Susah sebenarnya untuk kita melepaskan anak-anak.  Tetapi sampai masanya kita perlu lepaskan dengan redha.  Perlu redha yang mereka sudah dewasa dan perlu mengorak langkah untuk menjalani kehidupan yang lebih mencabar.  Perlu sedar bahawa sesungguhnya bukan kita sebaik-baik pelindung untuk anak-anak.  Allah lah yang Maha Pelindung.

"Selamat Harijadi Along.  Jadi yang terbaik di sisi Allah dan Allah akan jadikan Along yang terbaik di sisi ummah."

"Seperti yang diminta, Devil's Food Chocolate Cake untuk Along.  Hanya gambar kek aje buat Along.  Jangan risau kami tak makan semua. Separuh untuk kanak-kanak di rumah acik.  Separuh lagi untuk bff ibu :)"








p/s kalau nak oder Kek Devil's Food ni boleh pm ke fb ataupun wassap ya :) 
Hanya kawasan Shah Alam dan sekitarnya.

Tuesday, January 20, 2015

Al-Quran di hati

Alhamdulillah.
Dalam berpagi-pagi bergerak mencari rezeki di bumi Allah.
Usah kita lupa untuk dahulu kan hak Allah.

Ketika saudara kita di bumi Kelantan diuji dengan ujian yang hebat sehingga tinggal sehelai sepinggang. Rakan-rakan AQDH ada yang pergi ke sana untuk memberi bantuan. Salah satu dari perkongsian mereka ialah seorang makcik tua menyatakan dia redha di atas semua kehilangan. Cuma bantuan yang makcik itu sangat perlukan ketika itu adalah telekung dan Quran.

Teringat kata-kata salah seorang sahabat, lebih kurang begini:
"Barangkali jika ujian yang sama terjadi kepada saya, saya juga akan menjadi seperti makcik itu. Memohon diberikan Al-quran kerana ketika itu tiada gajet yang dapat membantu saya untuk membaca Al-Quran. Kalau nak baca apa yang dihafal pun beberapa surah sahaja lah yang saya hafal, itu pun tunggang langgang."

Ya Allah, tersentap saya. Sekarang kita sangat selesa dengan Al-quran digital, apps Al-quran yang boleh kita capai. Andai semua itu ditarik oleh Allah, tiada apa lagi yang ada pada kita.
Sebenarnya bukan hanya itu sahaja sentapan yang Allah berikan. Banyak lagi insiden-insiden dari kejadian banjir ini yang memberi sentapan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada orang lain.
Moga kita sama-sama perbaiki diri. Dekatkan diri dengan Al-quran. Mulakan hari kita dengan Al-quran, walau hanya 1 mukasurat.

Dan baca terjemahan sekali. Baru kita faham apa yang Allah perintah, apa yang Allah larang.
Hanya perkongsian dari hamba yang lemah.

** semalam tersentap lagi.
Ustaz Riduan menyatakan Al-quran adalah syifa dan penawar.  Apabila sakit atau apa sahaja, rujuk pada Al-quran.
Soalan cepumas dari ustaz "Yakinkah kita pada Al-Quran?"  
Sudah pasti jawapannya "YA"
"Jadi bila demam, apa yang kita cari dulu, Al-Quran atau panadol?  Sila jawab dengan jawapan sendiri :)
Ustaz sambung, "Jadi kalau kita kata kita yakin pada Al-Quran sebagai syifa, mulai esok, bila demam bacalah Al-fatihah dulu kepada air dan minum atau sapu pada kepala anak-anak yang demam.  "Lepas itu barulah pi cari ubat :)"

====================================
Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
-Grup Coaching 
-Kelas Online 12/01/15, Isnin pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog

*** Bagi yang mahu hadir ke Kelas offline di Shah Alam, boleh hubungi saya untuk tetapkan hari dan tarikh ya.
Sekarang ini jadual saya hanya ada hari Selasa dan Khamis.



Wednesday, January 14, 2015

Selamat tahun baru 2015

Teks: Aishah Hussein

Terlebih dahulu, mohon kemaafan kerana terlalu lama tidak kemaskinikan blog saya.  Alasan sibuk macam tidak masuk akal pula ya.  Orang lain pun sibuk juga cuma saya perlu bagi alasan juga kan.  Dari minggu lepas sehingga semalam saya sibuk dengan kelas baking dan juga tempahan.  Mengambil tempahan secara serius ini tiada dalam diari saya sebenarnya.  Hanya suka-suka.  Tetapi mungkin memang minat agaknya.  Cuma saya sekarang masih tidak mahu fokuskan kepada tempahan semata-mata atas sebab kesihatan.  Buat setakat yang mampu, yang selebihnya saya berserah kepada Allah.

Biasanya awal-awal tahun ni kesibukan agak sedikit capai ke tahap gaban.  Ketika inilah selalunya kami perlu selesaikan bayaran yuran Along.  Kalau lambat nanti Along tidak boleh menduduki peperiksaan.  Ketika ini selalunya mencari jalan untuk mencukupkan amaun yuran.  Sedikit kekalutan di situ.  Moga Allah permudahkan kami untuk selesaikan separuh lagi yuran Along sebelum bulan Mac.

Ketika ini juga segala urusan budak-budak mula persekolahan.  Tahun ini pula ibu juga sibuk ke kelas untuk menambah ilmu.  Nak buat macam mana, hanya waktu itu sahaja cikgu nya ada masa.
Apa pun saya bersyukur kerana diberi rezeki Allah.  Mungkin tidak mewah dalam bentuk wang ringgit tetapi diberi rezeki dalam bentuk ilmu dan silaturrahim.  Bertemu dengan orang yang hebat dalam bidang agama dan juga baking.

Tahun ini misi saya juga adalah meletakkan Quran di hati ahli keluarga.  Terima kasih kepada tim AGP kerana mendorong tim kami agar sentiasa meletakkan Al-Quran sebagai perkara pertama yang kami lihat sebelum melihat facebook, instagram dan lain-lain.  Bukan setakat membaca Al-Quran tetapi juga membaca terjemahan dan menghubungkan Al-quran dengan hati.  Bukan membaca terjemahan dan menghubungkan dengan orang lain dan apa yang terjadi di sekeliling tetapi hubungkan dengan diri kita sendiri.

Teringat seperti kata Ustaz Riduan, tanda ilmu itu bermanfaat pada kita ialah "semakin banyak kita belajar semakin nampak cela diri.  Semakin banyak kesalahan aku rupanya.  Bukan semakin nampak kesalahan orang lain".  Allahurabbi.  Moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah buat kita semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...