Thursday, March 28, 2013

Bisnes "Pack Lunch" ke Ofis

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Setelah 22 tahun bekerja di ofis yang sama, saya dapat rasakan kebosanan untuk membuat pilihan menu makan tengahari.  Asyik-asyik makan nasi campur yang sama.  Bayangkan kedai yang sama, peniaga yang sama, malah kedudukan tray lauk pun sama.  Takkanlah setiap hari nak keluar cari makan kat tempat lain.  Nak keluar parking, balik nanti dah tiada tempat.  Lagipun cuaca selalunya panas di luar sana.  Jadi nak tak nak, beli bungkus dan makan di pantry.  Paling kurang sejuk sikit duduk dalam aircond.  Makan lah nasi campur yang sama ataupun order yang goreng-goreng.  Asyik-asyik Mee Kungfu, dah jemu tukar pulak Mee Sup.  Pedek kata dah habis lah senarai menu tu kami cuba.

Terpikir jugak saya kenapa tiada orang yang cuba untuk buat bisnes “pack lunch”  untuk pekerja-pekerja di ofis.  Apa yang perlu dibuat, hantar pamphlet yang ada pilihan menu ke ofis-ofis.  Menu tidak perlu menu yang hebat-hebat tetapi mesti sedap dimakan.  Buat masakan yang stail “home made”.  Di Kuala Lumpur ni memang laku. Contohnya pakej nasi, gulai nangka dan ikan goreng atau pakej nasi, ayam masak cili api dan sayur kobis.  Hantar menu di waktu pagi, dan ambik semula pesanan waktu petang.  Boleh juga tinggalkan nombor telefon pada pamphlet tetapi lebih baik jika kita sendiri yang datang berjumpa pelanggan.  Dengan ini dapat memberi keyakinan kepada pelanggan.  Dan yang penting harga mesti berpatutan.


Dalam seminggu, boleh cuba buat Menu Istimewa Minggu ini.  Contohnya, Nasi Briyani Kambing/ Ayam Goreng.  Atau sekali-sekala buat makanan barat seperti Sphagetti Oglio dan seangkatan dengannya.  Dengan itu pekerja yang sudah jemu makan di gerai-gerai depan ofis seperti saya dan kawan-kawan dapat juga menukar selera sekali-sekala.  Silap-silap terus jadi pelanggan kekal.
Pakej "pack lunch" boleh dibungkus di dalam polisterin, tetapi lebih elok diletakkan di dalam kotak  ataupun bekas yang boleh dipanaskan di dalam microwave.  Ini memudahkan pelanggan memanaskannya bagi mereka yang suka makanan yang panas.  Bila sudah berada di kawasan pejabat, kita boleh sms wakil dari setiap pejabat untuk mewar-warkan yang anda sudah berada di kawasan tersebut.  Jadi kita tidak perlu mengangkat semuanya ke atas.  Cuma jumpa di lobi atau tunggu di kereta yang diletakkan di kawasan berdekatan dengan pintu masuk bangunan.  In shaa allah, memang seronok punya pelanggan sekali-sekala dapat tukar selera.

4 comments:

  1. idea yang menarik!

    Memang betul bila makan makanan yang sama, di gerai yang sama... jemu hihi

    ReplyDelete
  2. kalo sy sediakan pack lunch Tortilla Wraps, agak2 laku tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanan. Sebenarnya, kalau nak test market boleh cuba buat survey. Atau buat free pek kecil dan distribute kat area situ. Boleh tengok dari situ feedback ok tak. Kalau yang suka selera barat memang akan suka. Bukan apa, boring juga asyik makan nasi campur tiap-tiap hari :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...