Thursday, March 21, 2013

Kemahiran Memasak

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google
  
Skop bisnes masakan ini begitu luas.  Antaranya bisnes bakeri, katering, kuih-kuih tempatan dan  lain-lain.  Dan di dalam jenis-jenis itu pulak boleh lagi dipecahkan kepada beberapa kategori lagi.  Contohnya bakeri boleh terbahagi kepada kek, cupcake, pastry dan idak terkira banyaknya.  Tidak kira apa jenis cabangnya, bisnes masakan ini boleh dilakukan di rumah (home based) ataupun di kedai.   Tetapi walau di manapun ia dijalankan, seseorang itu perlu ada beberapa kemahiran sebelum dia memulakan bisnes tersebut.  Kemahiran tersebut perlu ada sebelum kita mengambil langkah untuk membuat bisnes masakan bagi memastikan bisnes kita stabil dan berdaya saing dengan rakan-rakan niaga yang lain dan mampu bertahan dalam apa juga keadaan.
Sebelum memulakan bisnes masakan, seseorang itu wajib ada kemahiran memasak. 
Contohnya jika ingin membuka bisnes bakeri, seseorang itu patut mendalami ilmu bakeri itu sendiri.  Sekarang sudah banyak kelas-kelas yang dianjurkan oleh chef-chef mahupun individu yang mahir memasak.  Dengan bayaran sebanyak RM150-250, kita sudah boleh belajar 2-3 jenis kek ataupun kuih moden.  Tetapi jika untuk masakan nasi berserta lauk mungkin mahal sedikit harganya.  Kalau dulu, kelas-kelas masakan kek-kek ini hanya dipelopori oleh kaum Cina tetapi kini sudah ramai kaum bumiputera yang memonopoli dunia bakeri.  Jadi kita tidak perlu risau akan status kehalalan bahan-bahan yang mereka gunakan di dalam kelas.

Kadang-kadang kita rasa ilmu yang kita cedok dari internet, tanpa berguru sudah cukup kuat untuk kita memulakan bisnes masakan.  Tetapi bila kita berguru, kita akan diajar dan didedahkan dengan tips yang berguna seperti pemilihan bahan-bahan masakan dan di mana kita boleh dapatkan bahan-bahan yang halal.  Guru-guru ini juga akan ajar teknik-teknik yang betul ketika memasak untuk menghasilkan masakan yang sedap dan menarik pelanggan.  Kalau kita bernasib baik dan dapat guru yang tidak lokek berkongsi ilmu, macam-macam tips lagi akan dikongsi sewaktu kelas.  Dan yang paling penting, di dalam kelas-kelas itu juga kita boleh kembangkan networking kita, secara tidak langsung boleng mengembangkan pasaran bisnes kita.  Sebenarnya jangan fikir orang-orang yang tiada atau kurang kemahiran sahaja yang akan hadir ke kelas-kelas sebegini.  Melalui pengalaman saya, ramai tukang masak yang sudah mahir pun masih menghadiri kelas-kelas masakan bagi menambah ilmu di dalam bidang yang mereka masih belum mahir.  Jadi kenapa pula kita yang masih sedikit ilmu harus merasa malas untuk menambah ilmu.  Semakin banyak kita belajar semakin banyak yang kita tidak tahu rupanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...