Foto: Google Image
Bagi suri rumah yang bekerja,
masakan yang disediakan untuk makan malam perlu disediakan dalam waktu yang
singkat. Maklum, kalau duduk di Kuala
Lumpur sampai rumah pun dah pukul 7 malam.
Kalau ikutkan hati, nak senang beli aje kat kedai tapi hari-hari beli
jemu juga. Kalau masak pula dua jam baru
siap, mana nak kejar maghrib lagi. Pukul
berapa nak makan malam. Memang semuanya
nak kena cepat. Takkan lah nak masak
ikan goreng dengan nasi aje. Tetapi
sebenarnya kita yang bekerja ni pun boleh juga masak lauk-lauk yang hebat
seperti suri rumah yang duduk di rumah masak.
Ada beberapa langkah yang perlu dibuat agar kita boleh jadi setanding
dengan suri rumah sepenuh masa.
1. Rancang apa menu yang nak
dimasak esok. Pagi-pagi keluarkan
ayam/ikan/apa-apa lauk yang kita nak masak dari freezer dan letakkan di
bahagian bawah peti sejuk. Contohnya, jika kita rasa nak masak ayam masak
merah, keluarkan ayam dari freezer. Sampai di rumah esok, kita tak perlu lagi
nak tunggu lama untuk defrost lauk-lauk mentah tersebut.
2. Sekali lagi rancang apa menu
yang nak dimasak esok. Contoh jika kita
nak masak sup tulang. Ish lama tu nak
tunggu tulang empuk. Mahu 8 jam baru
boleh makan. Sebenarnya ada cara yang
mudah.
3. Jadikan freezer sebagai penyelamat
wang anda dan pengubat stress suri rumah.
Suri rumah
boleh menyimpan/ mendingin bekukan pelbagai makanan, samada yang telah dimasak
atau pun yang mentah. Apa yang saya
selalu simpan ialah cili kering yang telah dimesin. Di hujung minggu, saya mesin cili kering dan
memasukkan ke dalam bekas-bekas kecil.
Bekas ini saya simpan di dalam freezer.
Sebelum pergi ke pejabat saya akan keluarkan bekas cili yang hendak
digunakn dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk. Dengan cara ini, saya dapat mengelakkan cili
kering dari menjadi berkulat. Ianya juga
menjimatkan kerana kita hanya akan mengeluarkan sedikit demi sedikit.
4. Di hujung minggu, kita boleh
lebihkan masakan kita. Satu bahagian
untuk dimakan, satu lagi bahagian untuk disimpan di dalam freezer dan
dilabelkan tarikh. Akan tiba satu hari
di mana pembaca sekalian rasa begitu penat untuk masak ataupun sampai lambat
dari biasa. Jadi sampai di rumah, kita
hanya keluarkan masakan yang dalam freezer dan panaskan. Percayalah, masakan ini lebih sedap dari apa
yang kita beli. Lagipun ini lebih
menjimatkan wang kita.
* Makanan
yang disimpan di dalam freezer boleh bertahan sehingga 2-3 bulan bergantung cara
pengendalian makanan tersebut. Simpan
makanan di dalam kedap udara dan labelkan supaya kita tidak simpan makanan
terlalu lama.
Salam perkenalan...tips yg cukup brguna...thanks 4 share...
ReplyDeleteT kasih singgah di sini MamaQis. in shaa allah akan cuba memberi tips yang memberi manafaat kita bersama .
Delete