Sunday, March 17, 2013

Ruang Dapur

 Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Sewaktu anda membeli rumah, anda akan pastikan ruang mana yang paling anda suka itu sesuai dengan kehendak dan citarasa anda.  Bagi saya dan suri rumah yang suka memasak, tentunya ruang dapur adalah yang pertama sekali akan diperiksa.  Ketika menyewa rumah, saya terpaksa menyesuaikan diri denga ruang dapur yang begitu kecil.  Tetapi bila sudah beli rumah sendiri, saya berpuashati kerana ruang dapurnya adalah lebih besar dari rumah yang disewa.  Walaubagaimanapun, bila aktiviti memasak makin bertambah, koleksi peralatan memasak juga semakin bertambah, lalu saya membuat keputusan untuk mengubahsuai bahagian dapur.  Ketika memilih rekabentuk dan konsep, banyak informasi yang saya dapat yang boleh jadikan sebagai panduan bagi suri rumah yang bakal mengubahsuai dapur sebelum memasuki rumah baru.

Bagi yang berkemampuan, ruang dapur boleh dibahagi kepada dua bahagian:

Ruang Dapur Basah di mana ruang ini selalunya menempatkan sink, dapur, peti sejuk dan oven dan di kawasan inilah selalunya ruang utama aktiviti masak-memasak seperti menumis cili, mengoreng dan sebagainya.  Jadi keperluan untuk memasang hood dapur adalah patut dipertimbangkan bagi menyedut asap dan minyak yang terhasil ketika memasak.

Ruang Dapur Kering pula selalunya digunakan untuk aktiviti memasak yang ringan contohnya, stim ataupun rebus ataupun membakar yang tidak menghasilkan asap yang banyak.  Di situ ditempatkan peralatan dapur seperti wok, kutleri, oven, oven microwave ataupun mesin basuh serta ruang kabinet bagi menyimpan segala peralatan dapur dan rempah ratus kering.











 



 Tapi bagi yang tidak mampu, boleh digabungkan kedua-dua dapur dan selalunya ruang memasak ditempatkan di ruang belakang supaya senang untuk dinyahkeluarkan segala asap yang terhasil ketika memasak.
















  

Jadi terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.  Tepuk kocek tanya selera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...