-->
Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Hari ini saya merasa sangat seronok
kerana pagi tadi saya mendapat respon yang sangat baik dari usahawan di bidang
makanan untuk tugasan menemuramah. Salah seorangnya adalah usahawan bisnes roti. Rendah diri orangnya dan malu
untuk berkongsi pengalaman katanya kerana masih baru. Tetapi
pengalaman dari usahawan kecil-kecilan inilah yang akan membantu suri rumah yang masih buntu untuk mula bisnes di bidang
ini.
Seorang lagi usahawan adalah seorang
yang terkenal. Seorang chef juga seorang
penulis dan telah lama saya ikuti beliau di satu forum masakan secara
senyap-senyap. Sejak mula saya kenal dia
iaitu di sekitar tahun 2004, sehingga sekarang peribadinya masih seperti yang
saya kenal 9 tahun yang dulu. Seorang
yang sangat rendah diri dan sangat-sangat
terkesima saya bila beliau sendiri yang mengusulkan untuk berjumpa dengan saya
di Shah Alam. Kebetulan beliau akan
berada di KL untuk shooting masakan beliau.
Jika diizinkan Allah, saya akan berjumpa beliau secara personal awal
April ini. Biarlah saya rahsiakan dulu
siapa orangnya. In shaa allah, andainya
semua berjalan lancar, nantikan penampilan beliau di dalam ebook yang akan
diterbitkan. Saya hanya berusaha,
semuanya ditentukan Allah. Apa-apa pun
terima kasih Allah kerana menemukan dengan sahabat-sahabat baru di alam maya
ini.
No comments:
Post a Comment