Untuk membuka premis makanan, ada beberapa
peraturan yang perlu dipatuhi.
Di dalam Peraturan 3(1) di bawah
Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dinyatakan semua premis makanan
perlu didaftarkan agar aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan,
pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan
apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembungkusan
semula apa-apa makanan itu dapat dijalankan. Hanya premis makanan
yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan untuk
tujuan jualan sahaja diwajibkan untuk didaftarkan.
Antara soalan-soalan lazim yang saya
petik dari sini:
1. Saya
menjalankan perniagaan katering di rumah. Maka wajibkah saya untuk mendaftar
dengan Kementerian Kesihatan?
Anda wajib mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan perniagaan katering termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan.
Anda wajib mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan perniagaan katering termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan.
2. Kami menyediakan perkhidmatan gudang makanan dan tidak menjalankan apa-apa aktiviti pemprosesan makanan. Mengikut Peraturan terbabit, adakah premis gudang kami dikehendaki berdaftar?
Anda
tidak perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan tetapi perlu
mematuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
3. Saya menjual nasi lemak dan rojak dengan menggunakan kenderaan lori yang diubahsuai. Di bawah kategori manakah saya perlu berdaftar?
Anda perlu mendaftar premis dalam kategori kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.

4.
Syarikat saya hanya menjalankan perkhidmatan pengangkutan / penghantaran
makanan untuk pelanggan. Adakah saya perlu mendaftarkan Syarikat tersebut?
Anda tidak perlu mendaftar syarikat perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan.
Anda tidak perlu mendaftar syarikat perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan.
5.
Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang itu gagal untuk mendaftarkan
premisnya?
Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk mendaftarkan premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.
Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk mendaftarkan premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.
6.
Berapakah yuran atau fi pendaftaran premis yang perlu dibayar?
Tiada yuran atau fi yang dikenakan bagi tujuan pendaftaran premis makanan.
Tiada yuran atau fi yang dikenakan bagi tujuan pendaftaran premis makanan.
7.
Berapa lamakah tempoh pendaftaran sah dan adakah perlu diperbaharui?
Tempoh sah bagi sesuatu pendaftaran premis ialah selama tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Apabila tamat tempoh, pendaftaran premis perlu diperbaharui bagi membolehkan aktiviti penjualan makanan dijalankan.

Seseorang itu adalah
melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk memperbaharui pendaftaran
premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara
selama tidak melebihi dua tahun.
Banyak lagi
soalan-soalan lazim yang boleh dijadikan panduan. Sila ke pautan ini.
Bagaimanakah cara untuk
mendaftar premis anda.
Usahawan makanan bolen mendaftarkan
premis mereka dengan menggunakan salah satu cara di bawah:
· menggunakan aplikasi atas talian
yang beralamat di http://fosimdomestic.moh.gov.my/
· memuat turun Borang Pendaftaran
Premis Makanan di laman web http://fsq.moh.gov.my/
(bahagian depan web & klik > BORANG )
· mendaftar premis makanan di Pejabat
Kesihatan Daerah yang berhampiran
No comments:
Post a Comment