Friday, March 29, 2013

Harga Sebuah Persahabatan - 29.03.13

Teks: Nor Aisah Hussein

Persahabatan juga seperti pemasaran. Ada sahabat online dan juga offline.  Sejak 2 minggu lepas saya seronok kerana dapat mengenali beberapa kenalan online.  Kesemuanya hebat-hebat dengan pelbagai latar belakang.  Tetapi tidak bermakna saya akan melupakan sahabat offline.

Semalam beberapa sahabat rapat di pejabat membuat kejutan menghadiahkan jamuan makan tengahari yang eksklusif di hotel.  Tidak cukup dengan makanan yang enak, dihadiahkan juga kepada saya hadiah yang memang bertepatan dengan keperluan saya.  Sebuah jam tangan yang cantik yang saya rasa saya sendiri tidak akan membelinya.



Terima kasih kepada sahabat-sahabatku. Moga kalian akan kekal menjadi sahabat dunia akhirat.  Bukanlah jamuan yang mahal mahupun hadiah yang menarik untuk saya menilai persahabatan kami.  Tetapi masa yang kami habiskan semalam bersama-sama, itulah hadiah yang tersemat di dalam hati saya.  Bukan senang dapat keluar makan sama-sama, gelak-gelak tak perlu fikir pasal kerja.  Dan bukan hanya semalam saya hargai persahabatan kami tetapi sejak dari mula kenal lagi.

Semoga persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat.

Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...