Monday, March 18, 2013

Mushroom Chicken Pie


Teks : Aishah Hussein

Kali ini saya ingin berkongsi resipi yang susah sedikit tetapi dimudahkan dengan tips mudah masak.  Jadi pembaca sekalian tidak perlu risau bila tengok resepi yang susah aje sudah mula rasa susah nak buat. Kalau saya yang kurang pengalaman boleh, pembaca sekalian juga tentu boleh siapkan resepi ini lebih baik dari saya.

Resipi yang ingin dikongsi adalah Mushroom Chicken Pie dan ia termasuk dalam kategori pastri puff tetapi saya tidak mahu membincangkan secara terperinci tentang jenis pastri dalam entri ini.

Cuma saya ingin berkongsi tips untuk menjimatkan masa, kita boleh menggunakan atau membeli frozen pastry puff yang telah siap diadun. Boleh didapati di kedai-kedai bakeri atau boleh juga disimpan sebagai stok dalam sejuk beku di rumah. Ia boleh didapati dalam bentuk gulungan besar, sederhana atau kecil. Dijual mengikut harga timbangan. Jadi apabila adik beradik, sahabat handai mahu bertandang, boleh sediakan dalam masa yang singkat. Mudahkan, mari kita tengok resipi di bawah.




Mushroom Chicken Pie
Bahan-bahan:
A.  Pastri Puff

B.  Inti
1 sudu besar butter
200gm isi ayam yang dipotong dadu
* 3 biji kentang yang direbus
* 1 biji carrot
* 1 cawan Batang Seleri
* 1 labu bawang besar
* 1 cawan Sayur campur dingin beku {boleh didapati di bahagian frozen di supermarket, ada campuran karrot, jagung dan kacang pea}
Yang bertanda * dipotong dadu
1 tin cendawan butang tin / segar dihiris nipis
Sekiranya tiada stok sayur lain, tambahkan kuantiti sayur campur

C. Perasa
1  sudu teh sos tiram
1  sudu teh kicap
Serbuk lada putih dan hitam mengikut citarasa
¼ kiub stok ayam

D. Pemekat
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
Kedua-dua ini dibancuh untuk memekatkan

E. Sapuan Glaze Telur
1 biji kuning telur
1  sudu air
sedikit garam
Campur kesemua bahan

Cara-caranya:
1.       Untuk membuat inti.   Panaskan butter di dalam kuali.  Tumis bawang sehingga naik bau. 
2.       Masukkan ayam, cendawan butang.  Goreng sebentar sehingga bergaul rata.
3.       Masukkan bahan B yang lain kecuali sayur campur.
4.       Setelah semuanya kelihatan hampir masak, tambah bahan pemekat dan sayur campur.  Kacau sehingga masak dan simpan.
5.       Ambil puff pastry dan potong untuk saiz yang besar dari saiz pan. Pastikan lapisan pastri muat untuk menutupi bahagian bawah dan keliling pan dan biarkan ada lebihan berjuntai dari pan.
6.       Isikan inti ke atas pastri sehingga sama paras dengan pan.
7.       Sediakan satu lagi lapisan pastri dan potong saiz yang besar sedikit dari saiz pan untuk menutupi bahagian atas pai.  Setelah meletakkan ia di atas, tekan supaya ia melekat dengan pastri bahagian bawah yang terjuantai di tepi pan. Potong lebihan yang telalu besar.
8.       Pastikan bahagian tepi bertutup rapat untuk mengelakkan inti dari meleleh keluar.  Jadi kita boleh dikelim di keliling pastri seperti mengelim tepi karipap atau hanya menggulungkan bahagian tepi supaya ia bergulung ke bawah.
9.       Potong atau cucukan bahagian atas pastry dengan pisau atau garfu. 
10.    Sapu glaze telur ke bahagian.
11.    Bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit atau sehingga ia masak.  Seperti selalu kenali oven anda.  Pastikan suhu yang sesuai kerana oven yang kita gunakan mungkin berlainan antara satu sama lain.  Jadi suhu dan masa untuk memasak bergantung kepada oven masing-masing.

 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...