Satu lagi resipi yang mudah ingin
saya kongsi dengan para pembaca. Resipi menduduki
kedudukan 10 teratas dalam carta resipi mudah yang memang dalam senarai saya
bila sampai lewat dari pejabat. Cara
yang saya berikan di sini adalah cara yang mudah dan pantas bagi suri rumah
yang kesuntukan masa untuk menyediakan makan malam. Ingat ye pembaca sekalian, jangan sempitkan fikiran
kita dengan ketiadaan bahan-bahan. Guna
pakai apa yang ada di dalam stok di rumah untuk merealisasikan masakan kita. Tak ada asam keping gantikan dengan asam jawa
atau limau ataupun lemon. Nanti saya
akan kongsikan cara untuk memastikan supaya stok bahan mentah sentiasa dekat dengan
dapur kita. Tunggu…..
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal {boleh diganti
dengan ikan kembung atau apa sahaja ikan}
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Bawang Merah dihiris
Sos tiram
Kicap / Sos Ikan
2 Asam keping/ Limau Kasturi
Cili padi
Serai
Garam
1. Jerangkan air di dalam pengukus.
2. Ikan yang telah dibersihkan
disapukan garam dan diletakkan ke dalam bekas tahan panas.
3. Tuang sos tiram dan sedikit kicap /
sos ikan ke atas ikan.
4. Raburkan bawang dan halia yang
telah diris berserta serai yang telah dihirisa atau di ketuk.
5. Letakkan asam keping dan jika suka
boleh tambah perahan limau kasturi.
6. Taburkan cili padi yang telah
dihiris mengikut citarasa.
7. Kukuskan ikan selama ½ jam ataupun
sehingga masak.
8. Jika suka boleh tambahkan potongan
tomato, daun sup, bawang dan daun ketumbar 5 minit sebelum diangkat.
No comments:
Post a Comment