Friday, March 22, 2013

Murtabak Raja - 22.03.13

Teks : Aishah Hussein
 
Sudah menjadi kebiasaan, saya akan mengambil sarapan yang ringan sahaja.  Air milo yang dicampurkan quacker oat atau pun air milo dicicah bersama biskut cream cracker.  Cukup untuk melapik perut sebelum makan tengahari nanti.  Tetapi pagi semalam, saya bersarapan dengan sarapan yang eksklusif sedikit. 

Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.  Dua hari lepas, seorang jiran datang menghantar buah tangan kepada saya.  Katanya Murtabak Raja.  Saya selalu dengar nama Murtabak Raja disebut-sebut oleh kawan-kawan dan juga di internet.  Apa hebatnya Murtabak Raja ni ye.  Saya sendiri tak pernah rasa dan melihat rupanya.  Yang saya cuma tahu Murtabak Raja adalah lebih tebal dari murtabak biasa dan harganya lebih mahal.  Jika murtabak biasa harganya dalam lingkungan RM2-2.50 tetapi harga Murtabak Raja boleh mencecah ke RM14.00 sekeping.  Memang mahal tetapi jika saya bandingkan dengan Murtabak Raja yang saya dapat dari jiran ini, ia memang kena dengan harganya.


Murtabak biasa hanya mengandungi inti yang biasanya diperbuat dari daging atau ayam cincang (minced) yang dimasak bersama bawang dan mungkin sedikit rempah. Dibancuh bersama telur dan dibungkus dengan sekeping tepung roti canai.  Murtabak Raja yang saya makan ini adalah terdiri dari 2 lapis murtabak biasa menjadikan ia satu keping lapis murtabak yang tebalnya lebih kurang 1 1/2 inci.  Dan inti di dalamnya memang penuh dengan daging dan rasanya memang sedap.  Memang patutlah ia dipanggil dengan gelaran itu.

Oleh kerana jiran saya memberi bungkusan Murtabak itu waktu petang, jadi saya simpan di dalam peti sejuk di bahagian bawah sahaja.  Esok paginya saya cuma panaskan di dalam oven berkongsi sarapan bersama Hikari(kucing jiran).  Kerana saya percaya rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.  Bukankah satu rezeki yang kita sedekahkan, akan datang sepuluh kali ganda rezeki kepada kita.

Mulakan amalan sedekah secara ikhlas setiap hari secara konsisten.  In shaa allah  rezeki anda juga akan bertambah setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...