Kalau minggu lepas berdebar-debar bagi anak-anak yang menduduki peperiksaan PSRA, minggu ini pula sudah mula debaran dari anak-anak yang akan menduduki PMR. Saya tahu perasaan mereka sebab Angah saya salah seorang dari mereka. Hihi, sejak dari 2 minggu lepas, angah asyik menghitung hari.
Alhamdulillah, memang nampak perubahan Angah. Kalau dulu waktu UPSR, tinggal 2 bulan lagi nak sampai tarikh peperiksaan baru dia mula pegang buku. Tapi kali ini, sudah nampak kematangan angah. Dari awal tahun sudah bersemangat. Macam-macam lah yang ibu berikan pada angah. Dari air zam-zam, kismis, coklat minda dan tidak lupa juga bebelan dan doa :)
"Untuk berjaya bukan sahaja kena baca buku. Angah perlu dekat dengan Allah. Baca Quran, baca surah Yassin setiap hari. Rajinkan solat hajat, istikharah dan dhuha. Dan perlu ingat selain keredhaan Allah, keredhaan ibubapa. Bantu ibu selalu supaya apabila hati ibu gembira, secara automatik angah dapat keredhaan ibu. Bila ibu gembira, ayah juga akan gembira dan mudah juga dapat keredhaan ayah.
Jangan sakitkan hati adik-beradik, bila sakitkan hati adik, mereka tak nak doakan kejayaan angah. Juga minta cikgu doakan kejayaan angah".
Ya Allah panjang nya bebelan ibu. Semua itu membantu menyedarkan angah. Paling tidak, angah sudah berusaha. Cemerlang atau tidak, itu ketentuan Allah. Yang penting kita berserah dan usaha.
Alhamdulillah, angah berubah perlahan-lahan. Rajin mengulangkaji, rajin solat sunat, rajin baca Quran. Moga ia berkekalan begitu, bukan sahaja untuk tahun yang ada peperiksaan.
Bukan senang hendak mendidik anak menjadi anak yang soleh. Tetapi sebagai ibubapa kita perlu mencuba yang terbaik untuk anak-anak, kejayaan di dunia dan akhirat. Doakan yang terbaik buat anak-anak.
-----------------------
Mengapa perlu siapkan 44 entri
pertama? 44 entri pertama sangat penting untuk latihan menulis setiap
hari. Pelajar digalakkan/wajib mempunyai catatan nota harian. Ini latihan asas
mengumpul idea. Idea yang paling mudah adalah catatan harian, kemudian tulis
semula dalam blog.
Dua label
penting dalam blog adalah catatan harian dan catatan pengalaman. Inilah uniknya perkongsian kita berbanding orang lain. Pengalaman dan rutin kita tidak sama untuk setiap orang, jadi blog kita akan lebih menarik dengan perkongsian ini.
Itulah bezanya blog kita dengan blog orang lain. Rutin kita dan pengalaman kita mungkin biasa bagi kita, tetapi luar biasa bagi yang membacanya.
Bolehkah menulis lima atau 10 entri serentak sehari? Ya, boleh ini mempercepatkan usaha untuk ke fasa seterusnya.
Mengapa perlu analisa? Tiga soalan dari lapan soalan penting adalah, pendidikan, pengalaman, minat dan kemahiran. Ini salah satu momentum dan isi gali utama menjadikan blog kita ada matlamat pengisian. Setiap orang tidak sama untuk jawapan analisa, itulah sebab selepas khatam ebook asas blog, pelajar akan mula dibimbing berdasarkan jawapan analisa untuk tugasan sterusnya.
Ada ke pelajar putus asa, cepat atau lambat? Ya, ada. Ini dilihat berdasarkan apa matlamat mahu sertai kelas ini. Ia flekibel, ada pelajar dalam beberapa minggu sahaja cepat selesai, sebulan dua bulan. Ini berdasarkan fokus dan matlamat pelajar itu sendiri.Pelajar sentiasa diberi peluang untuk bermula semula, dan mengambil semangat pelajar yang laju.
Apa yang sudah diperolehi pelajar terdahulu? Dua pelajar sudah menyelesaikan ebook
dengan menggunakan teknik blog ini. Dua pelajar sudah mempunyai ruangan sendiri di majalah, dijemput sebagai penulis bebas. Lebih 100 blog bergabung di akademi bekerja di rumah, menjana aliran trafik untuk ruang iklan sohodirectory. Kini pendaftaran aktif, menerima setiap hari pendaftaran, dan setiap hari blog baru. Alhamdulillah.
Mahu sertai kami, piilih dua kelas di bawah:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fanpage (untuk mula
bisnes)
Analisa dahulu sebelum masuk kelas, pm untuk pendaftaran.
No comments:
Post a Comment