Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah, hari ini dapat meluangkan masa untuk membuat entri. Hujung minggu ini, memang tidak ke mana. Habiskan masa di rumah sahaja, jadi ada lah masa untuk mencuba resipi-resipi yang sudah lama tertunda.
Inshaallah, akan dikongsikan satu persatu. Untuk resipi Cinnamon Pull Apart Bread juga saya sudah kongsikan di sini.
Satu minggu ini, banyak masa dihabiskan untuk urusan along yang akan pulang ke Mesir bulan hadapan. Moga segala urusan dipermudahkan oleh Allah hendaknya.
Minggu lepas juga terpaksa menolak tempahan kerana bimabnag tidak dapat fokus kepada beberapa urusan. Lagipun usai kenduri anak buah minggu lepas, masih terasa kepenatan.
Kadang-kadang saya terfikir, alangkah bagusnya jika saya berhenti kerja dari dulu lagi. Boleh juga saya mulakan bisnes makanan ini dari dulu lagi. Dapat rasakan keseronokannya jika badan masih muda, tenaga pun masih banyak untuk membuat segala kerja-kerja memasak.
Tetapi, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya dan keluarga.
Bagi surirumah yang ingin mula bisnes dari rumah dan tidak tahu apa yang ingin dijual, kalian yang ada kebolehan memasak boleh cuba bisnes makanan. Boleh fikirkan beberapa cara yang mudah bagi kita untuk mula secara perlahan-lahan.
Mulakan dengan memberi percuma
Bagi yang masih bekerja, mulakan dengan bawa sampel makanan yang ingin dijual ke pejabat. Boleh mulakan dengan tempat kerja kita sendiri ataupun di pejabat-pejabat lain yang berdekatan dengan tempat kerja kita. Kenapa yang berdekatan adalah supaya senang kita menghantar produk kepada pelanggan yang dekat dengan tempat kerja. Tidak perlu tambah kos untuk pengangkutan. Bagi yang memang surirumah sepenuh masa, boleh letakkan sampel-sampel produk di kedai-kedai. Atupun beri kepada jiran-jiran atau rakan-rakan untuk promosi secara percuma.
Label produk
Ketika memberi sampel percuma, jangan lupa untuk labelkan pada bungkusan produk. Letak label yang murah dan ringkas sahaja untuk permulaan. Letak nama dan nombor telefon untu dihubungi supaya bakal pelanggan dapat menghubungi kita. Apabila sudah maju, barulah mula letak label yang lengkap dengan nama syarikat jika ada.
Jual produk yang biasa kita masak
Produk yang kita jual biarlah produk yang sudah kita biasa buat untuk keluarga kita. Dengan cara itu kita sudah tentu dapat komen ikhlas dari keluarga terlebih dahulu sama ada makanan yang kita masak itu sedap atau tidak. Tambahan pula, apabila kita sudah biasa buat, kita sudah mahir dengan apa yang kita masak, jadi kita tidak ada masalah untuk buat anggaran apabila sudah ada tempahan nanti.
Mula dari rumah dahulu
Untuk permulaan, buat bisnes dari rumah dahulu. Ini menjimatkan kita dari membayar kos sewa ruang premis. Apabila sudah ada wang lebih dari hasil jualan, boleh mula meninjau tempat-tempat yang sesuai untuk tapak gerai. Perlu ingat, jika sudah menyewa tapak bermakna kita sudah bersedia untuk memberi komitmen sepenuh masa kepada bisnes kita. Ini juga sudah membuka ruang untuk kita melangkah setapak ke hadapan secara serious dalam bidang perniagaan.
Promosi
Selalu buat promosi produk kalian. Bagi yang ada kelebihan ilmu internet, boleh war-warkan di facebook. Buat fanpage dan blog dan ceritakan tentang produk kalian. Mulakan dengan yang percuma dahulu. Iklankan di forum yang menyediakan platform iklan secara percuma.
Bagi yang tidak pandai internet, boleh buat pamplet dan sebarkan di pasaraya-pasaraya dan jangan lupa gunakan cara yang paling mudah iaitu beri percuma kepada rakan taulan. Niatkan sedekah, inshaallah Allah akan sampaikan promosi produk anda secara percuma kepada pelanggan.
************************************
Dapakan ebook Pakej Wahm Soo - 101 Idea Bisnes Makanan
PM Aishah Hussein untuk pembelian.
Juga pendaftaran dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
PM Aishah Hussein untuk pendaftaran
No comments:
Post a Comment