Teks: Aishah Hussein
Hari ini separuh hari sudah dihabiskan di Kuala Lumpur. Urusan along perlu diselesaikan. Ingatkan semalam boleh habiskan urusan ibu juga rupanya dekat dua jam juga hanya untuk membuat pembayaran. Mujurlah kesabaran ini masih menebal di dalam jiwa.
Esok pagi terpaksa turun ke KL lagi. Minggu ini memang agak sibuk sedikit. Walaupun mejadi seorang WAHM, sibuk mengalahkan orang bekerja di ofis. Siapa kata "bila sudah berhenti kerja jemu nanti". Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga ini.Kehidupan sebagai WAHM menjemukan? Tepuk dada tanya selera. Kalau pandai uruskan masa, inshaallah 24 jam pun tidak menang tangan rasanya. Tidak sempat pun hendak menonton "Cinta Jannah" hihi.
Selain dari selesaikan urusan-urusan along, perlu juga menyiapkan tempahan muffin. Hujung minggu anak buah akan melangsungkan perkahwinan. Muffin itu akan diberikan sebagai buah tangan kepada tetamu yang menepung tawar. Tempahan dari seorang rakan juga perlu disiapkan untuk hujung minggu ini. Allahuakbar.
Sebenarnya rezeki itu tidak pernah putus, walaupun bukanlah banyak tetapi syukur nikmat dan rezeki yang diberikan. Kalau diikutkan hati memang ingin jadikan bisnes makanan sebagai satu dari kerjaya saya, tetapi memandangkan keadaan kesihatan saya memang tidak mengizinkan saya. Kalau setakat sakit lutut sahaja saya masih boleh bertahan tapi bila tumit juga turut meragam, memang menyukarkan saya untuk lakukan pergerakan ke sana ke mari. Lebih-lebih lagi tiada pembantu di rumah. Namun syukur di atas ujian DIA.
Saya memang minat memasak, terutamanya membuat kek dan makanan barat. Kadang-kadang, bila sudah lama tidak "membakar", saya mesti rasa seolah-olah rindu kepada oven. Mulalah malam-malam buat apa-apa yang mudah dan ringkas. Janji bahan ada, jalan terus. Selalunya saya akan buat muffin sebab itu yang paling mudah dan pantas untuk disiapkan.
Dengan ujian yang Allah berikan ini, minat saya agak terbatas untuk dilaksanakan. Namun, Allah berikan saya peluang untuk menyumbangkan penulisan di dalam ebook 101 Idea Bisnes Makanan. Masih berkaitan dengan bidang yang saya minat cuma tidak memerlukan kudrat fizikal.
Semuanya bermula dari blog, berkongsi minat dan lahir lah ebook. Bunyinya macam senang, tetapi tanpa tunjuk ajar dari guru, saya rasa agak sukar untuk saya hasilkan semua ini. Terima kasih Allah di atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga kerana menemukan saya dengan rakan-rakan di Akademi Bekerja dari Rumah.
Pendaftaran di 2 kelas di bawah masih dibuka:
1. Kelas Asas blog dan penulisan bagi yang ingin berkongsi kepakaran dan minat.
2. Kelas Asas Blog dan fan page bagi yang baru mula bisnes.
PM saya Aishah Hussein untuk analisa sebelum mula kelas.
Dapatkan Pakej wahm soho-mula bisnes makanan dengan harga promosi RM105 sahaja.
Pakej 3 ebook untuk harga termurah pada tahun ini.
1. Super Wahm Super Mom
2. Asas Blog
3. 101 Idea Bisnes Makanan.
No comments:
Post a Comment