Teks: Aishah Hussein
Bersambung lagi kisah semalam. Sebenarnya semalam pergi ke KL untuk mencari pejabat Turkish Airline. Kata mereka untuk pembayaran perlu bayar di pejabat di KL juga.
"Tidak boleh buat online payment ke?", tanya saya. Maklumlah saya buat bisnes online, jadi saya ingat company seperti itu sudah tentu jauh lebih maju. Kata mereka, "pembayaran hanya di pejabat di sini sahaja". Hmm.
Saya terfikir, bagaimana pula dengan orang yang di luar KL, adakah mereka perlu pandu sejauh beratus-ratus KM hanya untuk membuat pembayaran di KL. Sudah zaman orang bayar online sekarang ni pun masih ada lagi company yang mundur ke belakang.
Tidak terhenti di situ sahaja. Apabila kita tanya di mana pejabat, oh di sebelah KLCC. Anakandaku seorang ini pun betul bendul. Ok kita pergi ke KLCC.
Sampai di KLCC, memang macam orang kampung masuk bandar lah. "Banyaknya menara sebelah KLCC. Cuba call dia orang tanya apa nama menara dia orang" kata saya kepada along.
Suasana di KLCC bukannya sunyi sepi, dengan segala bunyi bising ada. Yang dengar festitch, apa festitch. Bantai lah LABU. Tinjau-tinjau kiri kanan, tidak ada pun yang mula dengan huruf F atau pun P, ya lah yang sipi-spi bunyinya seperti festitch. Pening betul Darah sudah menyirap ni. Padan muka. Datang tidak tanya dulu siap-siap.
Sampai situ sudah masuk waktu zohor. Semasa telefon tadi dia orang kata datang pukul 3 ya nanti. Fikir saya, apa kata kita solat dulu. Bagi tenang dulu. Selepas itu, nak pusing keliling KLCC cari menara apa pun boleh.
Tiba-tiba teringat pada apps Foursquare. "Along cuba try check in kat foursquare, selalunya dia orang akan senaraikan landmark yang berdekatan. (Terpaksa suruh Along sebab handphone ibu sudah ahabis bateri, ipad yang dibawa broadband sudah luput tarikh.
Alhamdulillah, Allah berikan petunjuk setelah kita berserah kepadaNYA. Maka keluarlah Menara Prestige. Allahuakbar. Setelah dapat tahu nama menara, guna pula apps Maps, jejak jalan paling pendek ke situ. Sudah jadi macam Treasure Hunt pulak rasanya. Sambil pegang handphone along mengikut route yang diberi.
Sebenarnya saya nak bagi tahu di sini yang ada gajet kalau tidak ada bateri, tidak ada servis broadband pun tidak berguna. Pelajaran yang saya pelajari di sini, google lah dulu tempat yang dituju. Jangan ambil mudah walaupun "dia kata sebelah KLCC aje". Sampai sana, mana lah kita tahu sebelah kiri ke kanan ke, berapa darjah keliling KLCC. Entrance sebelah mana. Pokok-pokok lindung memang tak nampak landmark pun.
Jadi sudah ada gajet, gunakanlah apps yang mana boleh membantu kita bila kita dalam kesusahan. Jangan setakat download games :)
Catatan seorang pesakit Plantar Fasciitis
10.09.13
No comments:
Post a Comment