Monday, September 23, 2013

10 teratas dalam carta minggu ini

Teks: Aishah Hussein

Cuaca panas begitu panas hari ini.  Keluar sekejap untuk menghantar si adik, berbahang rasanya.  Namun setiap yang Allah berikan ada hikmahnya.  Bukan hak kita untuk mengeluh panas atau sejuk.  Syukur di atas setiap pemberianNYA.

Sejak saya aktif di dunia blog ini, banyak ilmu baru yang saya pelajari, sama ada dari mentor Pn Masayu mahupun dari rakan-rakan di Akademi Bekerja Dari rumah.  Semakin banyak kita belajar sebenarnya semakin banyak yang kita tidak tahu.  Dan ilmu itu akan menjadi manfaat kepada kita apabila kita mengamalkannya.

Bagi saya, walaupun saya adalah salah seorang guru online, tetapi saya juga belajar ilmu lain dari peserta-peserta kelas saya.  Tiada jurang antara kami kerana bagi saya kami sama-sama berkongsi ilmu Allah.

Hari ini ingin saya kongsikan apa yang diajar di dalam akademi yang mana jika diamalkan memang akan membuahkan hasil yang kita inginkan.

Peserta kelas asas blog seringkali diingatkan agar sentiasa konsisten membuat entri yang menarik minat pembaca.  Buat entri yang berkaitan dengan tajuk blog.  Pembaca blog sentiasa dahagakan ilmu, dan sekiranya pembaca singgah di blog dan mendapati entri kita tidak berubah, masih lagi entri minggu lepas, pembaca akan bosan.

Berlainan dengan blog kedai, walaupun kita update entri produk sekali-sekala, pelanggan akan tetap mencari niche produk yang kita jual.  Jadi harus pastikan produk yang kita jual adalah produk yang memang dicari orang.  Blog kedai saya sendiri yang menjual produk sunnah, memang ada sahaja orang yang sms atau whatsapp bertanyakan susu kambing suffy.  Pada mulanya memang saya pelik sebab saya sudah jarang promo produk tersebut akibat sibuk dengan tugasan lain.  Kemudian saya terfikir tentang google search.  Saya pernah tanya pada seseorang yang telefon mencari susu kambing, dari mana dia dapat nombor saya, katanya dia cari di internet.

Jadi hari ini saya search di google dengan keyword "susu kambing suffy" dan "suffy marketing", memang blog saya berada dalam carta 1-11 teratas pada hari ini.  Alhamdulillah.

Bagi menguatkan lagi kesahihan fakta ini, saya juga semak untuk protege saya yang memang konsisten menulis di blog beliau, iaitu Monalita Mansor.  Dan Monalita baru menyertai kelas ini tidak sampai sebulan.  Semuanya atas usaha beliau sendiri.

Di bawah ini adalah screen capture carian google yang saya temui.  Blog Monalita sudah pun menduduki carta 10 teratas.  Dan apa yang saya temui juga,  carta 4 teratas juga adalah dari blog ahli lain di akademi juga.  Carta ini akan berubah sekiranya, kita tidak membuat entri secara konsisten.




Banyak lagi yang diajar di dalam kelas sebenarnya. Antaranya:

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.

Boleh pm saya Aishah Hussein di inbox apabila sudah bersedia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...