Friday, November 21, 2014

Kek Victoria Sandwich

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi sendiri

Alhamdulillah.  Salam hari Jumaat.  Moga kita semua diberkati Allah semua.

Setelah asyik melihat Kek Victoria sandwich lalu lalang di dalam instagram, saya teruja untuk mencuba membuatnya.  Alhamdulillah, 3 hari lepas berjaya membuat VSC yang berbentuk 4 segi.

Entah mengapa, susah nak berhenti makan kek ni rupanya.  Sedap sangat, memang kena dengan krim (saya guna Swiss Meringue Butter Cream).   Untuk mengelakkan dari menambah kalori, cepat-cepatlah berikan kepada jiran-jiran kek ini.   Boleh juga cuba guna "Krim cream cheese" atau "whip cream" bersama kek ini, tetapi saya lebih suka swiss meringue.



Kek Victoria Sandwich
Resipi asal: The Kitchen Guardian
Bahan-bahan
250g butter asli
250g gula castor
250g tepung naik sendiri
250g telur
1 1/2 tsp vanilla
3 sudu besar susu
1 botol jam strawberi atau raspberi

Cara-cara:
1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit.
4. Masukkan susu dan kaup sahaja.
5. Bakar dalam tin 8 inci selama 20-25 minit atau sehingga masak.  Bergantung kepada oven masing-masing.
6.  Untuk hiasannya, krim disapu di atas lapisan kek yang ertama.  Diikuti dengan jam beri.
7. Lapis kek kedua di atas nya.  Andai tidak suka untuk menghias di atas nya, sudah cukup hanya taburkan serbuk snow.
8. Kek perlu disimpan di dalam petisejuk supaya tahan lebih lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...