Teks : Aishah Hussein
Foto: Google Image
Pagi semalam, along
menghantar whatsapp meminta dimasukkan duit untuk pesanan tiket penerbangan
yang mana pembayaran kepada agen perlu dibuat pada hari Ahad, iaitu hari ini.
Kalau pada perkiraan saya memang tidak sempat sekiranya membuat
“transfer-on-line” kepada bank yang berlainan. Jadi tengahari tadi kami
keluar pergi masukkan cash deposit melalui ATM. Setelah selesai urusan
perbankan, kami tuju ke kedai makanan barat kepunyaan bumiputra di Shah Alam.
Setelah semua pesanan diambil, kami sangkakan semuanya tiada masalah.
Setelah pesanan pertama, Mushroom Soup dan Garlic Bread sampai, kami merasa
makanan tu sikit seorang. Selebihnya si adik yang habiskan kesemua
sup itu. Pesanan kedua, Lamb Stew En. Suami pula sampai, saya dan
angah hanya rasa sikit-sikit aje, kononnya nanti dah kenyang tak habis pula
Smoke Salmon. Tapi hati ni macam berkata-kata, entah-entah belum dimasak
pun pesanan kami ni, memandangkan dah lama betul masih tak dapat-dapat lagi.
Bila kami tanyakan pada waiter, rupanya betul tekaan saya, pesanan untuk saya
dan angah tidak dimasukkan ke dalam senarai pesanan di dapur. Memang
kecewa betul saya dengan bisnes yang sebegini. Layanan waiter pun macam
di gerai kecil-kecil aje sedangkan kedai ada nama. Tanpa berlengah, saya
terus batalkan oder kerana En Suami ada temujanji dengan sahabat beliau pula
selepas itu.
Setiap kali kejadian macam
ini berlaku di kedai makan bumiputra, membuatkan kita rasa kecewa.
Sepatutnya mereka menjaga reputasi kedai mereka dengan memberikan servis yang
terbaik kepada pelanggan. Nasib baik rasa makanan mereka boleh tahan
juga, jadi kami belum senaraihitamkan kedai ini lagi.
-->
Apa-apa pun, saya dan
angah pulang ke rumah dengan perut yang kosong. Nasib baik di rumah ada
lagi kepingan roti “Wraps” dan “Beef Green Peppercorn Slice” serta salad.
Sampai di rumah angah cepat-cepat sediakan satu set untuk saya dan dia.
Terima kasih angah kerana perihatin dengan keadaan ibu yang tak berapa sihat
ini. Maaf gambar tak sempat nak snap sebab dah lapar sangat. Nanti
saya masukkan dalam entri resepi.
No comments:
Post a Comment