Saturday, March 16, 2013

Sedar kepadaMU

Teks : Aishah Hussein

Sudah hampir dua minggu cuti sakit, termasuk 1 minggu di wad.  Sakit di lutut seperti yang sebelum injection sudah tiada lagi.  Cuma bila berdiri lama masih terasa sengal.  Sepanjang cuti ini, selalunya malam memang tidur lambat.  Mungkin kerana waktu siang makan ubat yang membuat rasa mengantuk dan pening, jadi selalunya siang memang akan lelapkan mata.  Bila malam mata nak lelap tu susah sikit lah.  Ditambah pula dengan hawa yang panas di waktu malam semenjak dua tiga hari ini.

Selalunya, bila semua orang dah lelap dan bila mata ini terkebil-kebil lagi, saya hanya zikirkan ayat-ayat quran yang mana dah hafal tu.  Tetapi dua tiga hari ini, hati ni asyik memikirkan Along yang di perantauan.  Sedar tak sedar sudah hampir 6 bulan Along di bumi anbiya’ menyambung pelajarannya di sana.  Lagi seminggu Along akan menduduki peperiksaan Mid-term.  Jadi, sememangnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya.  DIAlah yang mengaturkan segala-galanya.  Rupanya Allah jadikan mata si ibu ini terkebil-kebil di malam yang sunyi ini supaya dia ada ruang untuk mendoakan anaknya yang memerlukan doa mustajab seorang ibu.  Setiap malam saya panjatkan doa buat Along tanpa sedar bahawa  peluang itu diatur oleh Allah.

Astagfirullahhala’zim.  Mohon keampunan Mu ya Allah diatas dosa saya ini.  Dipanjatkan doa ini buat anak saya wahai Allah.

Mohon agar dimakbulkan doa ini Ya Allah:
  
Ya Allah, peliharalah kesihatan anakku sebelum hari peperiksaan dan juga di hari peperiksaan.  Mohon agar anakku diberi ketenangan ketika menjawab semua soalan serta dipermudahkanlah dia dalam segala urusan.

Ya Allah, mohon agar diberi kejayaan yang cemerlang buat anakku ini dan moga dengan itu ianya akan membuka jalan dan peluang untuk dia mendapat tajaan bagi menampung segala perbelanjaan pendidikannya di bumi anbiya’mu itu.

Dan dengan kejayaan itu juga Allah, akan menjadikan anakku itu hambaMu yang cemerlang di dunia dan di akhirat dan juga menjadi hambaMu yang lebih bersyukur kepadaMu ya Allah.

Terima kasih Ya Allah.  Ameen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...