Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Foto: Carian Google
Sebelum masuk ke Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu, saya memang
sudah ada blog sendiri. Tetapi, blog itu
hanya menjadi sawang setelah 3 tahun tidak dikemaskinikan. Bukan setakat tidak dikemaskini malah nak terus
menulis pun tak ada idea, lebih-lebih lagi penyakit malas pun dah menyerang.
Pada hari pertama saya mula kelas, saya
sudah diberikan satu dokumen rujukan yang mengandungi langkah-langkah untuk
membina blog. Dan sifu saya ni memang seorang
yang bersemangat tinggi. Tugasan pertama
memang sudah tertera di dalam nota tugasan.
Setiap malam, selalunya beliau akan online untuk sebarang pertanyaan dan
tunjuk ajar. Namun pada hakikatnya, beliau
sebenarnya sentiasa online 24 jam. Namanya pun online, jadi sifu akan terima
soalan-soalan melalui mesej di facebook dan beliau akan jawab semua soalan
secepat yang mungkin. Tetapi janganlah
mengharapkan jawapan serta-merta. Puan
Masayu kita pun ada tugasan lain juga di siang hari. Tetapi selalunya beliau akan menjawab semua
pertanyaan sebaik sahaja beliau online.

Bagi saya yang tidak mempunyai asas
penulisan, saya rasakan bukanlah satu tugas yang mudah untuk menulis sesuatu
entri. Lebih-lebih lagi nak tulis entri
yang bertepatan dengan tajuk blog yang telah dipilih. Bila masuk Kelas Asas Blog dan Penulisan ini, Puan Masayu bukan setakat
mengajar cara untuk wujudkan blog sahaja tetapi juga akan memberi tunjuk ajar
cara penulisan. Bukanlah dibiarkan
sahaja kita merapu dalam blog. Malah
sebelum wujudkan blog juga, perbincangan awal antara sifu dan pelajar akan
dijalankan bagi menentukan tajuk dan konsep blog. Setiap hari pelajar akan diberikan dua
tugasan dan bila siap beliau akan semak dan sunting entri pelajar-pelajar. Tetapi, jangan risau, tugasan semuanya bukanlah
kena buat tergesa-gesa. Sifu pun tidak
akan memaksa pelajar-pelajar untuk siapkan tugasan. Ikut pada kadar kemampuan dan masa pelajar
itu sendiri. Dan yang pentingnya beliau
akan sentiasa memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang perlahan macam saya
ni. Beliau juga akan buat promosi blog
pelajar-pelajarnya di facebook supaya trafik blog kita meningkat. Bila trafik bertambah laju bertambah, laju jugalah
semangat pelajar untuk menulis.

Setelah mengikuti kelas online ini, saya
rasa memang cukup berbaloi mendaftar di Kelas
Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu. Bukan kerana setakat ilmu menulis blog yang
diperolehi tetapi juga kerana matlamat akhir kelas ini. In shaa allah di pengakhiran kelas ini sifu
akan membantu pelajar-pelajar untuk menerbitkan sebuah ebook. Saya tak pernah impikan yang saya akan ada ebook
sendiri dan rasanya tidak akan dapat melakukannya sendiri tanpa ilmu dan bimbingan
dari sifu saya ini. Saya amat
menyarankan sesiapa yang ingin mencuba menulis blog dan belajar asas penulisan
cepat-cepatlah mendaftar di Kelas Asas
Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu Ahmad. Bayarannya berpatutan dengan ilmu yang bakal
dipelajari dari seorang sifu yang tidak pernah kedekut ilmu.
Terima kasih atas tunjuk ajarmu SIFU!
Berminat untuk menimba ilmu membina blog seperti
saya. Hubungi saya untuk pendaftaran
atau sebarang pertanyaan, melalui emel noraisah.hussein@gmail.com
Pendaftaran masih dibuka
untuk Kelas Asas Blog dan Penulisan.
Yuran
pendaftaran adalah RM120 sahaja dan akan mendapat:
1. Belajar asas blog
2. Create blog (personal dan juga bisnes)
Selepas pandai pembaca boleh buat seberapa banyak blog.
3. Tips penulisan di blog
2. Create blog (personal dan juga bisnes)
Selepas pandai pembaca boleh buat seberapa banyak blog.
3. Tips penulisan di blog
Mendapat
Bonus (bernilai RM75)
i. Ebook super wahm super mom
ii. Ebook mula bisnes butik
i. Ebook super wahm super mom
ii. Ebook mula bisnes butik
Hasil akhir
-Sebuah ebook penulisan bersama Puan Masayu Ahmad.
Daftar segera.
No comments:
Post a Comment