Thursday, April 11, 2013

Pembahagian Masa - 11.04.13

Teks : Aishah Hussein

Sejak bergelar seorang WAHM, saya masih sibuk ke hulu ke hilir.  Cabaran yang saya rasa paling susah adalah menguruskan masa.  Ini baru minggu pertama, saya harap minggu yang seterusnya saya dapat menyusun masa saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dan pada yang sama menghabiskan tugasan untuk ebook saya.  Moga Allah merahmati segala pengorbanan seorang isteri kepada suami dan keluarganya.

Antara tips yang saya ingin berkongsi hari ini ialah {saya sendiri juga cuba mempraktikkan}:

1.  Mendidik anak-anak supaya membantu kita di dapur.
     Ini bukan sahaja untuk ibu yang bekerja yang tiada pembantu rumah tetapi juga sesuai untuk suri rumah sepenuh masa.  Setiap kali selesai waktu makan (kami selalunya makan bersama-sama), saya akan tugaskan anak-anak untuk membantu mengemas meja makan.  Saya sudah mendidik agar anak-anak membahagikan tugas. Anak sulung membasuh pinggan-mangkuk dan anak lelaki akan berkemas dan mengelap meja.  Dan mereka sendiri juga akan bertukar-tukar tugas antara mereka setiap hari.  Ini dapat memberi ruang untuk kita berehat setelah kita bertungkus-lumus memasak.  Setelah anak sulung tiada di rumah, rutin ini diteruskan pula oleh adik yang berusia 8 tahun bersama abangnya pula.  Mungkin kalian fikir 8 tahun masih kecil, tetapi jika tidak dididik dari awal, bila sudah berumur 12 tahun sudah susah untuk disuruh membuat kerja.
    

2.  Basuh periuk belanga sambil memasak.
    Tips ini sebenarnya bunyi macam biasa aje.  Tetapi sebenarnya ia dapat membantu suri rumah secara psikologi.  Membasuh periuk belanga adalah satu tugasan yang memenatkan bila kita memasak dalam kuantiti yang banyak dan berjenis-jenis masakan.  Cuba bayangkan jika selesai masak, kita tinggalkan semua besen, periuk belanga tidak berbasuh bertimbun-timbun.  Bukan ke pening dibuatnya.  Nanti nak masak untuk makan malam pula baru nak basuh.  Sakit mata dibuatnya.  Kalau ada pembantu rumah itu tidak menjadi hal.

    Pada hakikatnya, jika kita tangguhkan tugas membasuh, kita akan jadi bertambah malas.  Kita hanya akan membasuh apa yang kita nak guna pada masa itu sahaja.  Jadi tiada kesudahannya dengan pemandangan yang menyakitkan mata itu.  Untuk mengelakkan kita merasa penat bila melihat periuk belanga bertimbun, sambil-sambil memasak kita basuhlah sikit-sikit. Bila kita selesai memasak, dah tinggal sikit aje yang perlu diselesaikan.  Dan kalau kita gunakan tips no 1 yang saya berikan di atas, ia juga banyak membantu.  Hadirkan anak-anak ketika kita sedang memasak.  Hubungan ibu dan anak bertambah erat.

www.healthyfamilymatters.com


Foto:
s706.photobucket.com 
withoutwax.tv

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...