Foto: Carian Google
Produk organik sudah
semakin mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Mungkin juga kerana kesedaran gaya hidup
sihat sudah semakin bertambah di kalangan penduduk, bisnes makanan organik juga
sudah bertambah. Ini dapat dilhat dengan
bertambahnya kedai-kedai menjual produk-produk organik di Kuala Lumpur sendiri. Di pasaraya-pasaraya yang besar seperti Giant dan Tesco juga sudah ada bahagian yang menjual produk-produk organik.
Apa sebenarnya yang
dimaksudkan dengan organik. Organik
bermaksud sayur dan buah-buahan yang ditanam tidak menggunakan sebarang racun
perosak dan baja yang diperbuat dari bahan kimia. Dan bagi makanan yang diproses pula tidak
menggunakan sebarang bahan perasa dan mematuhi piawaian organik
yang ditetapkan oleh kerajaan dan organisasi antarabangsa.
Antara bisnes yang boleh dihasilkan dari produk organik ialah
kedai menjual produk organik, restoran makanan organik, pekebun tanaman organik, penternak ayam
organik, pengusaha roti organik, jam, bijiran dan lain-lain.
foto: hpaonline.com
Kalau dulu, produk organik lebih menjadi pilihan kepada
pesakit kanser. Tetapi kini orang yang
sihat juga lebih cenderung kepada pilihan organik.
No comments:
Post a Comment