Foto: Carian Google
Bermacam-macam kedai makan boleh diusahakan. Ia boleh dibahagi kepada beberapa
kategori. Antaranya :
Foto: www.paksucorner.com |
- restoran
- gerai
- Van/trak makanan(gerai mobil)
- kantin sekolah
- kafe
- kedai makanan segera
- kiosk
Foto: sharinginfoz.blogspot.com |
Waktu
beroperasi bagi bisnes seperti ini ada yang bermula seawal subuh, ada yang
hanya dibuka dari pukul 3 petang hingga tengah malam dan ada yang dibuka 24
jam.
Bagi
yang memulakan perniagaan untuk hidangan sarapan, kerja-kerja pembelian bahan
mentah harus dilakukan seawal mungkin, ataupun membuat stok sehari awal.
Penyediaan masakan harus dimulakan seawal pukul 3 pagi.
Foto: melayuinovatif.blogspot.com |
Untuk
membuka kedai makan, kita harus mempunyai tukang masak yang cekap. Cekap
dalam menyediakan makanan dengan pantas. Tukang masak juga harus pandai
memasak masakan yang sedap yang dapat menarik minat dan memikat citarasa
pelanggan. Ia akan banyak membantu memajukan bisnes kedai makan kita.
Tetapi
kejayaan sesuatu bisnes makanan bukan sahaja terletak kepada makanan yang
sedap. Servis dan layanan kepada pelanggan juga adalah keutamaa kepada
pelanggan. Walaupun rasa dan mutu makanan sedap, tetapi jika servis yang
lambat diberikan kepada pelanggan, kemungkinan kita akan kehilangan pelanggan
kepada kedai lain.
Foto: mgsklang.weebly.com |
Bisnes kedai makanan juga perlu konsisten. Bisnes sebegini tidak boleh sesuka hati beroperasi. Pelanggan akan cepat kecewa bila didapati kedai tidak beroperasi tiap kali mereka ke kedai.
No comments:
Post a Comment