Foto: Carian google
Pagi ini kembali bertugas seperti biasa. Rutin hari bekerja. Mmm awak bukannya kerja pun. Suri rumah sepenuh masa aje kan. Bukannya sibuk pun. Kita orang sibuk, keluar pagi balik petang. Awak boleh rehat-rehat kat rumah, bergolek depan tv.
Mentaliti seperti ini sepatutnya harus dihapuskan dari fikiran masyrakat. Jika kita wanita sendiri berfikir begini, bagaimana masyarakat akan menghormati kerjaya sebagai seorang suri rumah. Suri rumah adalah suatu kerjaya juga. Walaupun ia suatu pekerjaan yang tidak dbayar gaji di dunia ini, tetapi ketahuilah bahawa bayarannya akan melebihi dari segala gaji-gaji yang mereka dapat di dunia ini. Tetapi semua tugasan haruslah dilakukan dengan ikhlas.
Tidak dinafikan ibu-ibu yang bekerja di pejabat juga adalah ibu yang yang hebat. Di pejabat mereka bekerja, balik ke rumah sambung lagi tugasan di rumah. Itu belum ditambah dengan yang ada membuat kerja sampingan seperti bisnes online, bisnes bakeri, menjahit dan sebagainya. Kalau dilihat dari luaran wanita adalah lembut tetapi semangatnya adalah lebih kental dari fizikalnya. Jadi suami-suami di luar sana, hormmatilah wanita di dalam hidup anda, ibu, isteri, kakak dan adik perempuan anda. Tanpa mereka siapalah anda.
Maaf, membebel pula pagi-pagi ni.
Hari ini, adik sekolah pagi sahaja dan angah balik awal kerana minggu peperiksaan tiada kelas tambahan. Jadi perlu masak lebih awal hari ini. Dapatlah saya makan tengahari bersama mereka di rumah hari ini.
Jadi apa tunggu lagi. Saya pergi sarapan dulu ye kemudian sambung masak.
Bagi suri rumah yang ada bisnes online dan ingin membuat blog asas dan fan page untuk produk anda boleh lihat di sini:
No comments:
Post a Comment