Berani untuk Berubah
Sumber: http://saniahmatsanat.blogspot.com/2013/08/berani-untuk-berubah_24.html
Assalamualaikum.
" Berani Untuk Berubah " slogan yang secara spontan keluar dalam minda saya semasa berbual dengan guru online, Puan Aishah Hussein. Malah saya lebih teruja apabila turut serta dalam kelas online ini berdasarkan konsep ayat sebelas surah Ar- Rad yang bermaksud " Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya " .
Semasa menerima tugasan untuk mengulas tentang kelas online ini dari Puan Aishah Hussein, saya masih tercari-cari apa yang ingin saya tuliskan. Setelah membaca ulasan-ulasan dari alumni penulis dari rumah, saya tahu perlu menulis dari hati. Itulah juga tips yang saya baca dari ebook belajar asas blog dan penulisan. Saya masih tidak percaya sebenarnya saya boleh menulis walaupun saya amat meminati aktiviti membaca buku. Dorongan dari Puan Aishah Husein dan Puan Masayu Ahmad (pengasas Akademi Belajar Dari Rumah ) amatlah saya hargai.
Kelas yang santai dan mesra sangat membantu saya, tambahan pula saya bukanlah berpendidikan tinggi. Sebagai seorang surirumah sepenuh masa dan berkahwin semasa muda, saya sebenarnya juga berasa rendah diri. Melalui kelas ini saya membina keyakinan, tiada yang mustahil apabila kita berusaha. Terima kasih banyak-banyak buat Puan Aishah Hussein dan Puan Masayu Ahmad. Allah sajalah yang dapat membalasnya.
Semoga ada manfaatnya. In shaa Allah. Astagfirullah. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment