Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah, hari ini 4 Syawal. Bagaimana hari raya kalian? Tentu seronok bagi yang dapat beraya di samping keluarga tercinta. Mungkin hari ini masih ada lagi sahabat-sahabat yang masih berada di kampong halaman dan mungkin juga ada yang sudah beredar ke rumah masing-masing.
Syukur juga kerana kita masih diberi peluang untuk menjamah pelabagai juadah hari raya. Sejak dari 1 Syawal kita diuji dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah. Wahai Allah kau ampunilah kelekaan kami ketika menikmati nikmat rezekiMu.
Setelah pulang beraya ke Pahang, hari ini pula kami bergerak ke Perak untuk menghadiri kenduri kahwin saudara di sana. Moga Allah sentiasa di hati kami ketika menikmati juadah di samping bertemu sanak saudara.
P/s Bagi sahabat-sahabat yang mengirimkan emel tempohari, saya sudah pun membalas. Jika kalian tidak menerimanya, harap boleh semak di spam folder, ataupun boleh hubungi saya semula. Terima kasih bagi yang sudi menghubungi saya. Moga persahabatan kita di alam maya berterusan.
No comments:
Post a Comment