Semalam pulang dari Cameron Highland terus menuju ke kenduri kahwin. Selesai kenduri, en suami membawa kami untuk menjamah teh di restoran Pakistan. Rasanya dari Jumaat asyik makan sahaja, tetapi saya rasa seronok kerana dapat menggembirakan hati anak-anak dengan makanan. Kalau masa anak-anak masih kecil, saya memang berkira untuk membeli mainan yang tidak berfaedah, walaupun dirayu oleh mereka. Tetapi saya akan kalah apabila mereka meminta belikan makanan, selagi ia bukan makanan ringan.
Sekarang bila mereka sudah besar, masih lagi meminta makanan. Tetapi selalunya minta ibu dia masak itu dan ini. Along sudah sediakan senarai permintaan. Ada yang sudah dibuat dan ada yang akan dimasak pada bulan Ramadhan. Bila sudah bergelar WAHM, antara keseronokan yang dikecapi adalah dapat melayan kerenah anak-anak.
Rutin sebagai Wahm
Konsultan bisnes online
Saya menjalankan beberapa perniagaan, yang menjurus kepada konsultansi bisnes online dan
juga pemakanan kesihatan, serta dalam proses penjenamaan semula butik barangan ibu
menyusu dan bayi dan beberapa aktiviti sukarela yang saya terpaksa berhentikan seketika
kerana sibuk dengan kerjaya yang lalu.
Rutin sebagai wahm
Setiap hari saya bangun jam 6 pagi, menyiapkan kelengkapan suami ke pejabat dan anak-anak ke tadika. Selepas menghantar mereka, samada saya terus pulang ke rumah, atau ke
pasar, atau berada di 'pejabat bergerak' saya di Suria KLCC atau The Curve untuk
menyiapkan kerja-kerja. Selepas itu saya menyiapkan pesanan pelanggan serta pengurusan
rumahtangga, sebelum mengambil anak dan suami pada sebelah petang.
Saya suka membaca dan masa senggang biasanya saya habiskan dengan membaca. Waktu malam biasanya masa untuk keluarga, bersama anak-anak menonton rancangan kegemaran mereka, mengajar mereka dan sebagainya. Biasanya saya akan kembali ke komputer setelah anak-anak tidur.
Selalunya dalam jam 12 tengah malam ke atas.
Mommy Lyna
Sumber:
http://
Sukses adalah suatu ukuran yang subjektif.
Ada yang merasakan sukses bila mana mereka mendapat pendapatan yang banyak
berbanding semasa bekerja makan gaji. Bagi saya sukses sebagai wanita/ibu berkerja dari
rumah adalah apabila keluarga bahagia, terjaga dan ada di depan mata, punya masa untuk
mendidik anak, sentiasa bersedia menjaga makan pakai dan sakit pening mereka. Rezeki
wang ringgit adalah bonus atas usaha dan pengorbanan dalam perniagaan. Mungkin rezeki
yang datang itu sedikit di mata kasar tetapi yang saya cari biarlah ia berkat.
Saya percaya sebagai seorang isteri, redha suami dalam membuat sesuatu urusan adalah
sangat penting. Saya selalunya akan meminta pendapat suami sebelum meneruskan
perancangan dalam perniagaan saya.
Motivasi dalam diri sangat penting.
Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji di pejabat. Pengurusan masa juga
sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu
yang bekerja dari rumah tanpa pembantu, jadi perlu tangkas menyelesaikan pelbagai urusan.
Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.
Sentiasa cuba
menyelesaikan tugasan berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih panjang
kerana kita tidak pasti dengan keadaan kesihatan keluarga. Bersedia menghadapi masa di
mana sumber pendapatan tidak menentu, jangan merasa sedih dan sentiasa percaya rezeki
pemberian Allah ada jika kita berusaha.
Farah Fahizah
Sumber: http://
Mahu mula bekerja dari rumah, ini pakej wahm sahm soho, sesuai bahan bacaan asas.
Pakej Asas Wahm Soho
Harga promosi RM100 sahaja
bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku
bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku
Bayar di sini Borang Tempahan untuk pembelian.
No comments:
Post a Comment